Friday, January 18, 2013

100.00 sangat disyukuri... alhamdulillah.

Seronok bila melihat anak-anak murid di tempat Parang Pedang berkerja mendapat Bantuan Pelajar 1Malaysia. Dari riak wajah mereka yang membeli buku kerja dengan wang bantuan yang diterima , jelas terpancar rasa kesyukuran diwajah mereka sama ada pelajar mahupun ibu bapa mereka. Beberapa buah buku yang tertangguh beli kerana kekurangan wang kini dapat dimiliki dan memudahkan urusan pembelajaran pelajar terbabit.

Parang Pedang berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional kerana mewujudkan bantuan sebegini. Kepada puak pembangkang, taknak ucap terima kasih ke? Jangan kata itu wang rakyat sampai nak ucap terima kasih pun susah. Nak tau ke mana duit anda? Ia sudah ke kembali kepada anak anda dan rakyat yang memerlukannya. 

No comments: