Tuesday, December 18, 2012

Salahkah tindakan Ustaz Fathul Bari?

Hairan bila melihat orang PAS yang marah bagai lembu naik minyak bila melihat tindakan Ustaz Fathul Bari menegur salahlaku ahli parti tersebut yang dilihat menyongsang akidah para penyokong parti berkenaan. Apa yang diperkatakan oleh Ustaz Fathul Bari adalah bertujuan memastikan umat Islam di Malaysia berada pada landasan yang betul. Sayang sekali bila ada yang lebih suka terpesong akidah demi kepentingan parti politik semata-mata. Isu kafir mengkafir, isu Mazhab serta isu tauhid.

Parang Pedang memandang serius perkara ini kerana melihat asal sahaja menyertai PAS sudah pun mendapat gelaran ustaz dan ustazah. Jika mempunyai ilmu pengetahuan, sememangnya layak bergelar demikian. Bagaimana pula jika ilmu didada kosong? Pasti saja kenyataan yang memesong juga diterima kerana gelaran ustazah yang dipakai tu.

No comments: