Saturday, December 15, 2012

Karpal belum mati pon dah kena langkah hidup-hidup.

Ni kes makan diri la ni.. Sebelim ni diorang kata kita yang banyak konspirasi. Jelas sekali populariti Karpal sudah luntur... Nampaknya ada puak DAP dah berkiblatkan tokoh lain. Ni kira dah over his body 'hidup-hidup...' ....tak perlu tunggu karpal mati... Ikuti artikel dibawah.


KUALA LUMPUR 14 Dis. - Seorang pemimpin DAP hari ini mendedahkan wujudnya konspirasi untuk menyingkirkan Pengerusi DAP, Karpal Singh daripada terus mempertahankan kedudukan beliau dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP ke-16 esok.

Pengerusi DAP Taman Chi Liung Indah, K. Yogasigamany mendakwa, konspirasi itu didalangi sekumpulan pemimpin DAP yang bercita-cita tinggi menawan Putrajaya tetapi gusar dengan kehadiran Karpal yang boleh mengugat hasrat mereka.

"Kumpulan ini juga diketuai seorang pemimpin wanita yang sudah mula menjelajah ke seluruh Selangor sejak sebulan lalu bagi mendapatkan sokongan serta undi untuk beliau, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin DAP lain dalam pemilihan parti nanti.

"Namun, nama Karpal langsung tidak tersenarai dalam 'kempen' mereka. Mesej kumpulan ini sangat jelas bahawa mereka tidak mahu Karpal diundi dalam pemilihan CEC kali ini," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkara tersebut di sini hari ini.

Turut hadir, sebanyak 15 Pengerusi cawangan DAP dari seluruh negara yang menyatakan sokongan penuh terhadap Karpal.

Kongres Kebangsaan DAP akan berlangsung esok di Pulau Pinang dengan menyaksikan 68 calon bersaing merebut 20 jawatan CEC dengan beberapa daripada mereka mempunyai pertalian keluarga.

Menurut Yogasigamany, tindakan kumpulan pemimpin itu bakal berdepan tentangan daripada ahli-ahli DAP termasuk sebanyak 40 pemimpin cawangan DAP seluruh Selangor yang menyatakan sokongan penuh kepada Karpal.

"Karpal merupakan tonggak DAP sejak dulu lagi, jangan mimpi untuk singkirkan beliau daripada kepimpinan tertinggi.

"Kami juga ingin membuat rayuan kepada semua perwakilan supaya mengundi Karpal kerana sehingga hari ini, hanya beliau sahaja yang sering mempertahankan prinsip parti terutama dalam pelaksanaan hukum hudud," katanya.

Dalam pada itu, Yogasigamany turut mendakwa, terdapat ura-ura Karpal akan digantikan oleh anaknya yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo sebagai Pengerusi DAP.

"Walaupun Gobind adalah anak Karpal, tetapi akar umbi merasakan beliau belum cukup matang untuk menerajui pucuk pimpinan tertinggi parti seperti bapanya," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121215/po_01/Konspirasi-singkir-Karpal#ixzz2F86TAhmw 

No comments: