Monday, August 29, 2011

Mengenang Pengorbanan Wira Bukit Kepong

Parang Pedang masih teringat sebuah filem berkaitan perjuangan anggota keselamatan di Bukit Kepong. Kisah yang diabadikan oleh pengarah terkenal iaitu Dato’ Jins Shamsudin berkisar tentang peristiwa hitam angkara kekejaman komunis membunuh seramai 25 orang anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka. Ditembak, ditikam benet malah dibakar hidup-hidup antara tindakan yang dilakukan oleh 200 orang komunis dengan diketuai oleh Mat Indera terhadap pasukan keselamatan Bukit Kepong. Amat membanggakan apabila tiada sebarang penyerahan diri oleh anggota keselamatan terbabit, yang ada hanyalah simpang siur peluru kedua-dua belah pihak dengan laungan takbir membakar semangat anak melayu yang berjuang. Tanpa ada bantuan dari mana-mana pihak (pasukan Home Guard tidak dapat memberikan bantuan kerana tentangan pengganas dari arah mereka) anggota Polis Bukit Kepong mempertahankan berek yang mereka diami bersama keluarga disamping mempastikan balai tidak jatuh kepada komunis.

Sangat malang apabila Parang Pedang terdengar ada yang memuji pengganas komunis dan meletakkan mereka sebagai perwira. Mat Sabu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis adalah perwira yang sebenar. Tidakkah beliau terfikir akan fahaman komunis yang menolak kewujudan Tuhan? Sedang saat beliau menghukum pemimpin dan pejuang kemerdekaan sebagai kafir dan berfahaman penjajah barat tanpa menyedari beliau sedang berpihak kepada suatu kelompok yang tiada beragama dan memegang teguh pada Teori Darwin.

Hanya kerana bencikan UMNO, beliau sanggup bersekongkol dengan kumpulan yang paling banyak mendera dan membunuh Ulama’ dizaman itu. Komunis sedar bahawa jika Islam berkembang maka usaha menyebarkan dakyah Komunisma akan terbantut dengan teori kewujudan manusia seperti yang termaktub didalam Al-Quran. Dengan musnahnya kumpulan Ulama’, maka usaha penyebaran fahaman logikal (Darwinisme) akan berjalan dengan mudah.

Selaku timbalan Presiden PAS yang kukuh dengan perjuangan berdasarkan syariah, tindakan Mat Sabu sangat menduka citakan seluruh umat Islam terutamanya ahli keluarga pejuang yang terkorban. Ramai juga ahli PAS yang amat kecewa dan marah dengan tindakan Mat Sabu mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan baik buruknya.

Hanya ada satu persoalan diminda Parang Pedang, adakah Mat Sabu dibayar untuk mengeluarkan kenyataan ini atau adakah apa yang dikatakan ini datang dari fahaman dan prinsip Mat Sabu sendiri ekoran kebencian terhadap UMNO? Hanya dia sahaja yang mampu menjawab persoalan ini. Apa pun Parang Pedang sendiri sebak melihat lakonan semula peristiwa hitam Bukit Kepong kerana sejarah tidak pernah menipu kita. Lihat sahaja kisah Leftenan Adnan Saidi yang dibunuh dengan kejam apabila jasadnya digantung dipokok (dalam guni) kemudian ditikam hingga hancur tak merupai jasad lagi oleh tentera Jepun. Ini semua sejarah dan akan kekal diingati oleh generasi akan datang, takkan berubah walau sepatah pun setiap peristiwa ini.

Parang Pedang ingin menasihati Mat Sabu agar memohon maaf kepada semua pihak yang marah dengan kenyataan tersebut. Sebagai muslim, keutamaan seharusnya diberikan kepada saudaranya terlebih dahulu, bukan bersekutu dengan pihak yang tidak sepatutnya. Akhir penulisan Parang Pedang ini, fikirkanlah nasib umat Islam jika dasar Darwinisme disebarkan. Akan pasti huru hara berlaku kerana fahaman ini bertentangan dengan hukum Allah.

“Allah Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, Kaabah kiblatku, Muslimin dan muslimat saudaraku”
SALAM PEJUANG, SALAM KEMERDEKAAN DAN SALAM AIDILFITRI

No comments: