Monday, August 29, 2011

Kebajikan Kerajaan Malaysia dalam sektor perubatan

Tarikh 26 Ogos 2011 salah seorang ahli keluarga Parang Pedang dimasukkan ke wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Petugas hospital semuanya baik belaka serta cekap melaksanakan tugas dengan penuh berhemah dan mengamalkan sikap ramah. Petugas yang Parang Pedang maksudkan ialah petugas di wad 7B Hospital Ipoh. Disini Parang Pedang ingin mengucapkan terima kasih atas layanan yang diberi.
Tujuan Parang Pedang menulis disini bukanlah untuk ceritakan perihal sakit ahli keluarga Parang Pedang, tetapi untuk memberikan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia pimpinan BN yang telah memberikan khidmat kepada rakyat. Baru beberapa hari lalu Parang Pedang melihat usaha BN satu lagi apabila Kelab Putera 1 Malaysia melancarkan satu unit paramedik bersama 11 buah ambulans. Amat membanggakan kerana setakat ini belum ada mana-mana pertubuhan luar negara yang sanggup menubuhkan unit sukarelawan paramediknya sendiri seperti ini. Disamping membantu mangsa yang kemalangan atau sakit, ia juga memberikan pendedahan am berkaitan keselamatan nyawa seperti bantuan kecemasan, CPR, balutan serta beberapa kemahiran yang lain.
Bukan itu saja, sebelum ni Parang Pedang juga melihat Dato’ Seri Najib melancarkan klinik 1Malaysia bagi membantu pesakit kurang berkemampuan dari segi kewangan. Parang Pedang juga mengakui bahawa kualiti rawatan yang diberikan adalah setanding kualiti rawatan dipusat perubatan swasta yang lain. Parang Pedang melahirkan syukur ke hadrat ilahi atas nikmat kurniaNya meletakkan Parang Pedang dibumi Malaysia ini.
Besar harapan diri ini melihat keamanan seperti ini berkekalan sehingga Parang Pedang menutup mata dalam keadaan tersenyum apabila nasib anak cucu Parang Pedang pada masa akan datang turut terjamin.

No comments: