Wednesday, March 2, 2011

Nik Aziz hina bangsa, Rakyat Merlimau di Melaka tersinggung jiwa.

Semua bangsa mempunyai perasaan bangga dengan bangsanya sendiri. Begitu juga dengan orang melayu khususnya di Malaysia. Bangsa merupakan suatu simbolik kepada budaya sesuatu kaum malah status bangsa juga menunjukkan bahawa individu tersebut datang dari suatu keturunan. Tidak ada salahnya mengaku diri sebagai bangsa sesuatu kaum asalkan tidak fanatik hingga menghina bangsa lain.
Melaka merupakan simbolik kegemilangan bangsa Melayu ketika zaman kesultanan suatu masa dahulu. Tentu sekali rakyat Melaka berbangga kerana negeri mereka diiktiraf sebagai pembuka kerajaan Melayu tertua oleh bangsa Melayu sendiri hinggakan dihormati oleh pedagang seluruh dunia.
Tapi sayang sekali kerana ada juga seorang insan yang tidak bangga bergelar bangsa Melayu dalam dirinya. Sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri mengiktiraf baginda seorang yang berbangsa arab. Jika kita memandang ke negeri di Pantai Timur, lelaki yang bergelar Pok Nik (Nik Aziz) telah membuat kenyataan bahawa beliau tidak sedikit pun berasa bangga bergelar melayu dan tidak diminta dilahirkan sebagai Melayu. Apabila beliau ingin menawan jiwa rakyat Merlimau di Melaka, sedangkan beliau tidak menghormati negeri Melaka yang bangga dengan bangsa Melayu rasanya tak perlulah bersusah payah berkempen di sana. Kenyataan beliau semestinya menyinggung perasaan anak-anak jati Melaka khususnya Merlimau kerana kebanyakan penduduk disana mempunyai salasilah keturunan tokoh Melayu Melaka.
Apakah nasib anak Melayu jika Melaka dipegang oleh PAS? Apakah akan kekal status negeri berdaulat jika PAS memegang tampuk pentadbiran Melaka? Itulah persoalan yang bermain difikiran Parang Pedang. Jika Nik Aziz sudah mengisytiharkan dirinya bukan bangsa Melayu, apatah lagi para penyokongnya.
Parang Pedang amat berharap agar Melaka khususnya Merlimau kekal berdaulat seperti zaman kegemilangannya. Menolak habis pengkhianat bangsa seperti ini.

Daulatnya negeri Melaka, bangsa Melayu tetap bertahan,
Agama tetap agama, adat resam dipadam jangan

No comments: