Saturday, March 26, 2011

Cubaan Pembangkang menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai Pulau Pinang kedua

Penderitaan, tidak stabil, kegoncangan sistem pentadbiran negeri. Ini merupakan peristiwa yang bakal berlaku kepada Sabah serta Sarawak apabila pihak pembangkang (PKR, DAP dan PAS) menguasai kedua-dua negeri tersebut. Ini jelas terbukti apabila pembangkang cuba menyuapkan janji palsu kepada kaum pribumi disana. Pembangkang khususnya yang berpusat di Semenanjung hanya menyimpan niat untuk menjatuhkan kekuatan Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak kerana mereka tahu bahawa Sabah dan Sarawak menjadi kubu kuat disamping negeri yang diberi tumpuan utama dalam soal pembangunan oleh BN. Selama ini pelbagai usaha menaikkan kemajuan negeri Sabah dan Sarawak seiring dengan negeri maju Semenanjung. Tambahan pula kesanggupan BN menanggung pelbagai kos dalam urusan keperluan penduduk setempat seperti Utiliti (bekalan air bersih, tenaga elektrik serta hubungan telekomunikasi. Kerajaan BN juga telah berusaha menaik taraf jalan-jalan kampong pedalaman yang belum dimajukan menjadi sebuah jalan bertar dan luas. Kegiatan ekonomi juga diberi keutamaan kepada penduduk di kedua-dua negeri tersebut untuk meningkatkan kualiti sara diri.

Satu soalan dari parang pedang, apa pula jasa pembangkang yang datang dan merosakkan fikiran serta masa depan Sabah Sarawak? Dimanakah hasil pembangunan yang dilakukan oleh Pembangkang? Jika diteliti, tidak ada sedikit pun jasa baik yang pernah ditaburkan mereka. Bahkan pada penelitian Parang pedang, Pembangkang terutamanya dari Semenanjung mempunyai niat untuk mengaut hasil dari Sabah dan Sarawak dan dibawa ke Semenanjung untuk menampung kos pentadbiran Parti mereka seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang dimana penduduk pribumi menderita akibat ketidakstabilan pentadbiran dibawah pimpinan DAP. Parang Pedang amat khuatir jika apabila Sabah dan Sarawak jatuh ke tangan mereka maka penduduknya akan menderita seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Apalah kiranya jika jika penduduk Sabah dan Sarawak terus bersama pimpinan BN bagi menikmati kemakmuran serta kemajuan negeri disamping meningkatkan ekonomi rakyatnya dengan bantuan kerajaan BN. Fikirkanlah masa depan anak-anak kita yang masih kecil. Fikirkanlah bagaimana sekiranya mereka berhadapan dengan kemunduran, kesukaran akibat tindakan kita membuat keputusan yang salah ekoran emosi semata-mata tanpa pemikiran rasional.

Ingatlah bahawa kita bukanlah pewaris masa depan kepada generasi akan datang, malah kitalah jua yang meminjam masa depan itu dari mereka.

2 comments:

Unknown said...

SALAM, BRO DEPA DUK GERAM SAMPAI TERLIOR HUTAN BALAK KAT SARAWAK LUAS TERBENTANG UNTUK DI BAHAM.

Laksamana Parang Pedang said...

betoi tu bang....tu yang kelantan dok banjir tu pasai juak2 pas asyik terlior jer...