Monday, February 14, 2011

Keterangan mengenai negara Islam

Islam yang diturunkan Oleh Allah Subhana Wa Taala melalui Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam dengan perantaraan Jibril Alaihi Salam bukanlah sekadar anutan agama semata-mata tetapi merangkumi pelbagai aspek kehidupan didalamnya. Malah melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan kita merupakan suatu kewajipan sesuai dengan firman Allah Subhana Wa Taala yang bermaksud:

"Jika kamu tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah, nescaya akan berlaku kekacauan dan kerosakan besar dimuka bumi ini" (surah Al-Anfal ayat 73.

merujuk kepada ayat diatas, apa yang dimaksudkan bukan sahaja sekadar peraturan Allah dalam soal pentadbiran semata-mata. Malah ia juga turut meliputi aspek moral dan keimanan dalam jiwa hambanya.

Dalam membentuk sesebuah negara Islam, ia hendaklah dimulakan dengan diri seorang hamba itu terlebih dahulu. Ia perlu dimulakan dari moral seorang pemimpin terlebih dahulu kemudiannya diserapkan ke jiwa rakyat. Untuk menjadikan negara Islam, beberapa orang Ulama' telah menghuraikan ciri-cirinya mengikut beberapa kaedah yang telah dipersetujui oleh jumhur Ulama'.

Negara Islam dimata Sheikh Muhammad Abu Zuhrah menyatakan bahawa ciri-ciri sesebuah negara Islam ada dua perkara iaitu sistem pentadbirannya serta kekuatan ketenteraannya berada dibawah pemerintah Islam. Disini jelas menunjukkan bahawa kekuatan Islam dalam sesebuah negara terletak pada kaedah pentadbiran serta pertahanan.

Pada pendapat seorang tokoh mazhab Imam hanafi iaitu Sheikh Muhammad Ibni Hassan Al-Syaibani mengatakan Negara Islam bermaksud keamanan bagi orang Islam yang diperintah oleh orang Islam. Ini bermaksud selagi negara tersebut diperintah seorang yang beragama Islam dan penduduk Islam dinegara tersebut masih mampu bergerak dengan aman maka negara tersebut telah diiktiraf sebagai negara Islam.

Imam Syafie Rahmatullahi Alaihi pula menyatakan bahawa Negara Islam ialah sebuah negara yang asalnya sebuah negara Islam tetapi ditewaskan oleh negara kafir. Ini menunjukkan bahawa negara Islam diiktiraf walaupun pernah mengalami zaman penjajahan oleh bangsa kafir.

Jelas apa yang diperkatakan disini bahawa negara Islam bukanlah bermakna perlaksanaan hukumnya semata-mata tetapi ia bermaksud keamanan dalam melaksanakan aktiviti agama Islam serta kebebasan melakukan ibadah tanpa diganggu gugat oleh orang kafir.

Oleh yang demikian bagi persoalan Parang pedang, apakah sekadar melaksanakan hukum hudud tanpa mengambil kira faktor-faktor lain sudah memadai untuk membentuk sebuah negara Islam? Dalam melaksanakan hudud, perlulah mengambil kira urusan lain supaya tiada sikap sebelah dalam melaksanakannya.

No comments: