Kisah PRN Sarawak adalah satu kenangan manis
buat Barisan Nasional apabila menang besar dalam setiap kerusi yang
dipertandingkan. Ini jelas menunjukkan bahawa DAP tidak mendapat tempat dihati
rakyat Sarawak.
Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang pilihanraya
berlangsung. Akhirnya Sarawak kekal lagi untuk ditadbir oleh BN. Sudah terbukti
bahawa parti BN ini masih relevan bagi mentadbir negara.

Namun begitu, dalam masa perjuangan di
Sarawak… kita telah dikejutkan dengan berita sedih ekoran peristiwa helikoptr
terhempas melibatkan 2 orang wakil rakyat dari Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kesan
daripada itu, dua pilihanraya kecil telah diputuskan untuk berlangsung secara
serentak di dua kawasan tersebut.
Perjuangan para jentera barisan nasional
masih belum selesai. Kubu BN terutama sekali milik UMNO harus dipertahankan. Waspada
dengan permainan parti pembangkang terutama sekali DAP dan rakan sekutunya
iaitu Amanah dan PKR.
Keberadaan mereka menguasai dua kawasan ini
bakal mngundang kemerosotan pembangunan di dua kawasan tersebut. Sistem tadbir pembangkang
yang tidak stabil bakal membuatkan yang hidup susah akan bertambah susah. Lihat
sahaja contoh dibeberapa negeri tadbiran pembangkang. Ada segolongan masyarakat
susah yang tertindas, khilangan tanah dan rumah, masalah utiliti dalam negeri
serta masalah lain lagi.
Bagi membenuk sebuah sistem pentadbiran yang
efisyen, kewangan perlu kukuh. Adakah sekadar melaungkan idologi serta
manifesto sudah cukup bagi membentuk sebuah kerajaan negeri mahupun pusat? Pilihan
bijak ditangan pengundi di terutama sekali di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Buat masyarakat dikedua dua Parlimn ini,
salam takziah saya ucapkan. Smoga roh kesemua mangsa nahas hlikopter mendapat
rahmat kasih sayang Allah Taala disana.
No comments:
Post a Comment