Sunday, December 22, 2013

KETUA PEMUDA UMNO GOPENG KP YANG TERBAIK DALAM SOAL KEBAJIKAN EXCO.

Aku tak tipu sahabat semua. Ini dengan mata kepala aku sendiri melihat segala aktiviti pemimpin aku yang banyak berjasa kepada masyarakat. Bukan sahaja kepada orang luar, malah beliau tak putus putus membantu membimbing para exco pimpinan beliau sepanjang wujudnya exco Pemuda UMNO Bahagian Gopeng ini.

Bermula dari penyampaian watikah perlantikan Biro dibawah Pemuda UMNO Gopeng, hingga ke saat ini. Asal sahaja ahli Biro yang ditimpa musibah, maka beliau akan tirun menghulurkan bantuan secepat mungkin.

Bukan itu sahaja, beliau akan menemui para AJK Biro secara persendirian dan duduk berbincang bersama sama bagi menyelesaikan masalah. Pemuda UMNO Gopeng sangat bersyukur memiliki Seorang Ketua Pemuda yang berdedikasi dan menyayangi ahli pimpinan beliau.

Walaupun beliau pernah tewas satu ketika dahulu ketika pemilihan lepas, namun begitu tidak sedikitpun dendam kesumat dihati beliau terhadap pihak lawan. Kini bukan sahaja seluruh Pemuda UMNO Gopeng menyanjungi beliau malah, turut dihormati diseluruh perngkat sayap bahagian Gopeng.

Terima Kasih Saudara Adli Bin Dato Tahiruddin . Ketua Pemuda yang prihatin terhadap nasib ahli bimbingan beliau.

No comments: