Monday, November 4, 2013

PEMBANGKANG HINA ALLAHYARHAM USTAZ AZIZAN DENGAN ISU KAKI.

Sungguh hina perbuatan pembangkang apabila menjadikan isu kaki Allahyarham Ustaz Azizan sebagai bahan mainan. Aku agak dah benda ni akan terjadi sebab ramai orang pembangkang yang tak suka dengan Allahyarham yang bersifat terbuka dan tegas dalam soal kepimpinan parti.

Allahyarham Ustaz Azizan sangat dikasihi oleh orang ramai tidak terkecuali dikalangan ahli UMNO kerana beliau tidak ekstrimis sepertimana pemimpin pembangkang yang lain. Aku sendiri cukup senang dengan perwatakan yang ditonjolkan oleh beliau.

Sayangnya ada dikalangan pembangkang yang membuat perancangan membangkitkan isu kaki seolah olah ia dilakukan oleh orang UMNO sendiri walhal jika kami orang UMNO mahu melakukannya, sejak dulu lagi isu ni akan berbangkit. Tapi sebagai saudara muslim, ini bukan caranya.

Logikalnya, pembangkang sentiasa menghalalkan cara untuk kekal memegang kerusi Sungai Limau agar kekal dibawah jajahan mereka.

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Azizan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah Taala dan ditempatkan bersama para solihin. Amin..

No comments: