Thursday, August 30, 2012

Kemerdekaan: suatu anugerah Allah buat hambaNya yang sedar erti kebebasan

Salam pejuang dan salam kemerdekaan, esok adalah suatu hari yang penuh keramat dan harus disyukuri oleh setiap warganegara Malaysia. Sejak 1511, kita telah mula dijajah oleh pelbagai bangsa asing yang mahukan hasil bumi kita. Nenek moyang kita sejak dahulu kala lagi telah berjuang dengan pelbagai cara termasuklah pertumpahan darah demi menjamin kemerdekaan tanah air dari penjajahan.

Sesungguhnya bumi kita Malaysia ini sangat diidamkan oleh bangsa asing disebabkan muka bumi ini yang kaya dengan hasilnya. Sama ada dengan cara muslihat mahupun dengan cara kekerasan. Ramai pahlawan tanah air terkorban demi membela nasib tanah air daripada dicabuli oleh pihak asing. Mereka bukan sahaja dari golongan tentera, malah turut juga melibatkan pihak polis, pendekar, pendeta dan ulama’.

Darah mereka mengalir bagai sungai semata-mata mahu menjamin generasi akan datang seperti kita agar dapat menghirup udara kebebasan. Begitu juga generasi selepasnya yang menjalinkan hubungan diplomatik demi memujuk pihak penjajah untuk membebaskan negara.

Sebagai generasi x dan y, kita harus menghargai kemerdekaan ini dengan mempertahankannya dari dijajah semula sama ada dari sudut pemerintahan mahupun sosio budaya. Kita tidak sedar bahawa dalam diam ada pihak yang cuba menjajah kita semula menerusi budaya atau pemikiran. Kita harus sedar bahawa mempertahankan kemerdekaan itu lebih sukar berbanding menuntutnya.

Kita anak bangsa pribumi mahupun warganya harus bertindak segera menyedarkan diri kita bertapa pentingnya kemerdekaan ini agar kita tidak mempersiakan apa yang telah nenek moyang kita dapatkan untuk kita supaya udara kebebasan ini dapat dinikmati oleh generasi akan dating. Ingatlah bahawa kita tidak mewarisi kemerdekaan ini, sebaliknya meminjamnya untuk diserahkan kepada generasi akan datang.

Salam kemerdekaan dari saya Parang Pedang.

No comments: