Monday, July 30, 2012

Kebakaran di Premis Taman Panglima, Ipoh Perak.

Ipoh, 30 Julai 2012. Sebuah premis kediaman disini mengalami kebakaran hingga menyebabkan sebuah rumah musnah. Kejadian yang berlaku di Taman Panglima didiami oleh sebuah keluarga terpaksa meninggalkan rumah sehelai sepinggang, hanya beberapa buah dokumen penting yang dapat diselamatkan. Waktu kejadian adalah sekitar jam 8.00 malam.

Kejadian yang berpunca dari puntung rokok bermula ditingkat atas premis berkenaan. Tindakan awal diambil oleh seorang penduduk tempatan iaitu saudara Rosmahadi menggunakan alat pemadam api mudah alih. Walaubagaimana pun keada api yang besar tidak dapat dikawal. Sebanyak dua buah jentera Bomba dikerahkan ke tempat kejadian.

Turut hadir ke tempat kejadian ialah ahli Majlis Bandaraya Ipoh iaitu Tuan Councilor Kok Pak Foo.Turut mengiringi beliau ialah Saudara Nizal Izham selaku Pemangku Ketua Cawangan UMNO Cawangan Rapat Setia. Beliau (Tuan Councillor Kok Pak Foo) telah menguruskan segala keperluan berbentuk bantuan kilat kepada keluarga mangsa kebakaran.

Berkenaan dengan kejadian, menurut salah seorang dari keluarga mangsa iaitu puan Rohani mengatakan bahawa dia tidak menyedari kejadian kerana berada ditingkat bawah premis berkenaan. Penduduk tempatan cuba membantu keluarga berkenaan menyelamatkan diri. Walaubagaimanapun tiada ksebarang kecederaan mahupun kehilangan jiwa dilaporkan. Pihak Bomba sedang menjalankan siasatan berkenaan kes ini. Bantuan dari Pihak JKM akan diserahkan kepada keluarga mangsa melalui Tuan Councilor Kok Pak Foo merangkap ahli Majlis Bandaraya Ipoh Zon Rapat Setia. Api dapat dipadamkan sejam selepas kejadian.

Fire 1
Keadaan rumah yang terbakar. gambar 1


Fire 2
Anggota Bomba dan penduduk tempatan bertungkus lumus memadamkan kebakaran


Fire 3
Turut kelihatan memantau tempat kejadian ialah Councilor MBI Zon Rapat Setia iaitu Tuan Kok Pak Foo

Fire 4
Councilor MBI Tuan Kok Pak Foo bersama Pemangku Ketua Cawangan Rapat Setia iaitu Saudara Nizal Izham.


Fire 5
Ajk UMNO Rapat Setia iaitu Saudara Rosmahadi antara yang terawal membantu memadamkan kebakaran.


Fire 6
Antara anggota Bomba yang terlibat memadam kebakaran.


Fire 7
Keluarga mangsa yang mengumpulkan saki baki barang yang terselamat.


Fire 8
Salah seorang ahli keluarga mangsa.


Fire 10
Keadaan tingkat atas premis yang terbakar teruk.


Fire 12
Councilor Kok Pak Foo bersama ahli keluarga Mangsa di tempat kejadian.


Fire 13
Councilor Kok Pak Foo mendengar penerangan dari Ketua Bomba.

1 comment:

Unknown said...

assalam, tahniah atas keperihatinan orang2 BN