Thursday, September 2, 2010

Dia buat kurang ajar sebab sokong 1 Malaysia?

Baru-baru ni parang pedang dengar si apeks Namewee ada buat video klip terbarunya yang menghina bangsa Melayu lagi. Sebelum ni dia memang dah terkenal dengan lagu negaraku versi sendiri, lagu TNB dan drama pendek bertajuk potong saga.

Nak marah memang tak lalu dah, nak gelak pun rasa ada sebab si bodoh ni buat lawak badutnya. tak habis-habis dengan perangai merapu dia bila ada yang tak kena bagi dirinya, lalu terjadilah protes gaya charlie chaplin.

Apa pun parang pedang menyanjung tinggi akan kemuliaan jiwa seorang pengetua yang berani menghentam bangsa kuning langsat ni. Harapnya peristiwa ini akan membuka mata anak bangsa kita bahawa bertapa tingginya nilai maruah kita.

Sebelum ini Namewee telah dipanggil memberikan keterangan berhubung kebiadaban Namewee di Balai Polis, dia ada mengatakan bahawa apa yang dilakukan adalah untuk 1 Malaysia. Protes yang dilakukannya adalah untuk menyedarkan kepimpinan negara agar tidak melupakan bangsanya dalam segala urusan serta kepentingan bersama.

Bagi parang pedang, kasihan pulak dengan budak ni sebab apa yang dia perjuangkan sekarang bukanlah untuk kebaikan tapi sebaliknya menjurus ke arah hasutan agar terjadinya pecah belah.

No comments: