Friday, December 12, 2014

Kenapa penghidap kencing manis perlu Vitamin B kompleks?

Jom.. Jom... Jom.. Kita sembag hari ni pasal penyakit diabetes.

Kenapa sembang penyakit diabetes? Sebab aku nak cerita kaitannya dengan vitamin B kompleks. Ramai yang cakap.. Kalau makan makanan harian pun dah cukup untuk keperluan badan.

Itu cakap korang sebab yang aku nak cakap ni berkaitan dengan pesakit diabetes. Bukan orang sihat jer. Ok, bagi penghidap diabetes... Gula yang diambil agak sukar untuk diproses kerana pankreas mempunyai masalah untuk menghasilkan insulin. Bila gula bertemu insulin yang dirembes oleh pankreas, maka insulin akan mengubah gula tersebut menjadi tenaga. Maka segala gula dalam badan tubuh akan terserap sepenuhnya oleh badan kita.

Tapi sayang sekali bagi penghidap diabetes, bila mana insulin tidak mampu menukarkan gula kepada tenaga menyebabkan gula memasuki darah. Akibatnya gula yang terkumpul dalam darah membuatkan kita dipanggil pesakit diabetes.. Bagi ahli baru penyakit diabetes.. WELCOME TO THE CLUB. Anda tidak akan menjadi orang normal semula kerana diabetes tidak boleh dihilangkan melainkan dikawal.

Ok, kita balik semula kepada Vitamin B kompleks. Kita panggil sebagai sahabat karib pesakit diabetes. Kenapa? Sebab Vitamin B kompleks ni membantu penukaran zat makanan yang kita ambil kepada bentuk tenaga. Korang ingat pesakit diabetes ni kuat ke? Pigirah... Try suruh dia push up 10-20 kali atau lari around the field 2 pusingan... Konfirm semput punya la... Maknanya tenaga tak ada.. Lepas tu kaki kebas2. 

Tak mengaku pesakit diabetes? Come on la.. Parang Pedang pun pesakit diabetes.. Mana nak menyorok? Baik mengaku, lepas ni boleh la Parang Pedang bagi panduan cara life style pesakit diabetes boleh hidup sihat tanpa diketahui bahawa anda adalah penghidap Diabetes. 

Ingat, pesakit diabetes bukan penghidap HIV. Nak kawen? Kawen la.. Nak kongsi makanan? Kongsi la.. Nak cium mulut? Cium la.. Asalkan bukan bini orang yang korang cium.. Itu korang mati dulu bukan sebab diabetes, tapi kena ganyang. Yang penting korang jangan kongsi ubat dengan orang lain sebab ubat korang, korang yang punya. 

Balik kepada Vitamin B kompleks. Ia membantu merawat saraf. Kena ingat bila gula dah masuk ke darah, habis semua saraf badan dikacaunya terutama sekali saraf yang ada sel atau organ lembut lagi sensitif seperti mata. Lepas tu diabetes serang kaki pulak,

Tu yang jadi punca kaki kena potong, jadi hitam. Lepas tu korang buat la farewell ceremony kat kaki sebelum kena potong. Sebab tu la ubat kencing manis kena makan supaya level gula tu turun. Sanggup ke korang check in hotel third class tiap kali gula tinggi? Asyik jumpa pramugari , pelayan cantik je... Cucuk jari tengok level gula setiap dua jam.

Kenapa kaki selalu kena potong dan kenapa kaki selalu hitam? Kita kira , berapa lama kaki kita dibawah dan berapa lama kaki kita melunjur bila tidur? Kira pulak berapa lama kaki kita bergerak dan berapa lama pulak kaki kita berehat? Tambah pula graviti menarik bendalir ke bawah menyebabkan gula terkumpul di bahagian pergelangan kaki ke bawah?

Sekurang kurangnya bila kita ambil Vitamin B kompleks, kita mempunyai seorang sahabat karib yang membantu meringankan penyakit kita. Untuk pengetahuan korang.... Orang yang ambil gula terlalu banyak, Vitamin B akan lebih cepat terurai dan akhirnya Vitamin B akan hilang daripada badan. Jadi , pengambilan Vitamin B dari segi bentuk tablet, pil, kapsul atau cecari mahupun serbuk penting sebagai tambahan kepada Vitamin B semula jadi yang termusnah.

Jadi bagi pesakit Diabetes, korang jangan cakap banyak.. Tutup mata, tangan kiri segelas air kosong dan tangan kanan Vitamin B Kompleks.... Terus telan.

Ok itu saja daripada aku...

Aku ada jumpa satu link pembekal Vitamin B Kompleks. Ni aku bagi link facebooknya... Korang boleh la order by post laju daripada dia.. Insyaallah aku jamin Vitamin B korang sampai.. Korang boleh la PM kat inbox dia..

Jenama Shaklee.. Aku bukan penjual tau.. Ni aku jumpa page dia jual vitamin.


1 comment:

Zue Alhumaira Biz said...

Jemput tgk page sini

https://www.facebook.com/2257410831161704/posts/2531488740420577?sfns=mo