Monday, November 25, 2013

Wangian Arabian Night. Wanginya seindah nama.

Baru baru ni aku pergi shopping kat Mydin Mall. Macam biasalah aku memang akan pergi cari perfume kat area produk "odour oh No!" hihihi... Dan aku paling suka beli wangian kasturi bila ada bajet. Tapi kali ni aku punya gatal hidung pergi cium bau semua perfume yang ada.

Dua bulan sebelumnya, aku ada beli satu spray perfume yang bagi aku sangat unik baunya. Aku tak ingat apa nama perfume tu tapi aku memang ingat baunya.. Memang unik sangat bagi aku. Bila pakai je, aku boleh rasa aura kelakian aku ni meningkat. Dengan rasa yakin dan bersemangat. Nak kata maskulin punya bau, tak la kot jika dibandingkan dengan kasturi kijang. Cuma bau yang aku nak bagitau ni ada keistimewaannya yang tersendiri bila baunya bergabung dengan peluh jantan aku.

Itu cerita dua bulan lepas. Yang ni pulak cerita minggu lepas dimana masa aku dok cium setiap bau perfume yang ada, tiba tiba aku terbau satu jenis bau yang aku cukup kenal sejak dua bulan lepas. Aku pun tengoklah nama bau perfume tu.. Rupanya nama ia adalah "Arabian Night"... Patutlah ada keserasian... Sesuai dengan aku yang masih mengalir darah keturunan Arab... Sejak tu la aku istiqomah guna perfume Arabian Night ni sampai sekarang.

Nak tau aura perfume Arabian Night? Hasil Gabungan bau bunga cina dan ros turki menjadikan bau Arabian Night sangat mendalam ertinya. Lebih hebat jika anda gabungkan bau kasturi kijang yang bersifat maskulin. Pastinya kelenjar adrenalin anda akan menarik kehadiran seorang wanita berdekatan anda.

Selamat mencuba bauan Arabian Night yang unik dan kasturi kijang yang sangat maskulin. Dah dapat tarik awek.. Jangan lupa belanja ayam kentaki untuk aku yang beri tips ni..

Monday, November 18, 2013

RAHSIA SENAMAN BERJALAN UNTUK KUATKAN ALAT SULIT LELAKI

Aku nak cerita sikit tentang senaman berjalan pada sidang pembaca. Satu perkara yang mudah tetapi membawa seribu satu manfaat buat kita semua. Tak kira anda pesakit jantung, buah pinggang (belum kronik), diabetes, darah tinggi mahupun masalah kesihatan yang lain.

Tempoh masa 20 minit setiap hari selama seminggu adalah rahsia kesihatan bagi yang menghidap masalah penyakit kronik. Setelah dilakukan selama seminggu sebagai tindakan generate darah dalam badan, barulah dilakukan tiga kali seminggu.

Aku ada bawa seorang kawan yang namanya dirahsiakan mempunyai masalah kesihatan lelaki dan mengadu kepada aku. Tapi aku cakap kat dia awal-awal... Agak agak la kalau nak cerita, kat orang bujang macam aku pun nak dibagitau. Tapi aku tak potong percakapan dia macam tu je.. Kebetulan kami jumpa dipadang permainan, aku ajak dia sembang sambil berjalan. Lebih kurang dua puluh minit aku layan dia sembang.

Lepas tu aku stop untuk ajak dia duduk kat kerusi taman. Aku tanya dia macam mana rasa badan sekarang? Dia kata satu badan rasa panas cuma lenguh sikit sebab jalan lama. Aku kata kat dia, tunggu awal pagi esok.

Dan seperti yang dijanjikan, kami jumpa untuk minum sama. Aku tanya kawan aku, apa dia rasa pagi ni? Tak ada apa rasanya, cuma badan suam saja.... Petang tu aku ajak dia keluar lagi jalan-jalan ambil angin dan seperti biasa , tempoh masa berjalan kaki cuma lebih kurang dua puluh minit sahaja..

Lebih kurang seminggu (tak sampai pun) kawan aku telefon aku bagitau yang dia dah mula nampak kesan pada masalah kesihatannya. Apa yang aku dengar daripada dia, bila waktu pagi je dia punya torpedo mencanak tegak. Alhamdulillah, tu je yang aku boleh cakap.

Patutlah dalam tv tu dok suruh kita senaman sekurang kurangnya dua puluh minit tiga kali seminggu. Banyak mana kita makan tongkat ali, ubat diabetes, ubat darah tinggi tapi kalau darah tak jalan... Makan ubat apa pun tak berguna.

Aku nasihatkan bagi pesakit kronik supaya amalkan senaman berjalan... Jangan berlari... Sukat kemampuan pergerakan kita. Aku sendiri pesakit diabetes, tapi bila amalkan senaman.... Badan aku macam orang normal saja... Tapi sori la.. Aku tak buat tiga kali seminggu, tapi dua kali setiap hari lepas subuh dan jam 6 petang selama dua puluh minit...

Wednesday, November 6, 2013

RAWATAN ISLAM: merawat barah @ kanser

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihat kan minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada anggota yang kena barah kanser dan mandi pesakit dengan air ini. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.


Herba dan bahan alami yng sesuai untuk merawat kanser

Teh hijau
Cendawan merah ling zhi
Cendawan mekah al kammah
Pokok tujuh jarum (daun dan bunga)
Limau (semua jenis) masam

Tuesday, November 5, 2013

Minah tudung lengan terdedah

Jom nyanyi lagu minah tudung... Alimnyer awek ni.. Pegang bendera PAS tapi lengan masyaallah...

gambar ni diambil oleh seorang sahabat Parang Pedang. Ini ke simbol Islam bawaan PAS?

Monday, November 4, 2013

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Salam Maal Hijrah dari Parang Pedang untuk pembaca semua.



Mi Rebus Naina Mohamad kawww gilerrr....

Rasa sikit manis dan masin bercampur, kuah pekat dan aroma sedap. Aku dah rasa dan itulah rasanya... Kalau korang nak tau rasanya.. Korang pergilah rasa.. Mi rebus mamak Naina ni aku cuba memang sedap. Kuah pekat mi rebusnya buat kita akan datang lagi untuk menjamu selera mi rebusnya. Kat mana lokasinya? Korang datanglah ke Ipoh. Tempatnya di sebelah Medan Selera Tasek, Ipoh. Berhadapan Jalan Sultan Azlan Shah Utara (lot tepi sebaris dengan RHB bank Tasek) ... Ni bukan iklan berbayar.. Tapi aku nak bagitau korang tempat pilihan bagus untuk menjamu selera.





Pokok Dukung Anak

"Kalaulah anda tahu nilai segenggam herba untuk kesihatan anda. Nescaya anda sanggup menukarkannya dengan ketulan emas".

Itulah yang boleh diungkapkan oleh pakar herba. Aku nak cerita tentang pokok dukung anak. Nampak je macam bodoh-bodoh pokok ni tumbuh tepi jalan. Sebenarnya nilai pokok dukung anak ni hampir setaraf dengan herba terkenal dunia iaitu Ginseng. Kalau diikutkan dulu pun pokok Ginseng ni sama nasib macam dukung anak. Tumbuh je tepi jalan kat negeri China dan Korea tu. Tapi bila orang dah tau khasiatnya, naiklah saham pokok tu.

Apa kegunaan pokok Dukung Anak?

Perlindungan Hati
Herba in lazimnya digunakan untuk merawat jaundis (sakit kuning) dan hepatitis. Di China dan India, kajian untuk menilai kesan pelindungnya terhadap hati dibuat dengan mengenakan haiwan makmal kepada toksin hati (bahan yang meracuni hati) seperti alkohol dan parasetamol. Dalam setiap kes, kesan pelindung telah terbukti. Keputusan ini menyerupai kesan pelindung hati yang terhasil oleh sejenis herba tempatan lain, iaitu Hempedu Bumi (Andrographis paniculata).

Anti-Hepatitis B
Pada lewat 1980-an, kalangan penyelidik dan pengamal perubatan herba telah amat terangsang berikutan ujian yang berjaya terhadap herba ini dalam menentang virus Hepatitis B, virus yang menyebabkan sejenis jangkitan beransur-ansur yang dikaitkan dengan barah hati dan dianggarkan dihidapi oleh sekitar 300 hingga 500 juta orang di seluruh dunia. Manakala sains masih sedang mencari-cari suatu rawatan yang mampu melumpuhkan virus ini dan mencegahnya daripada merebak, beberapa kajian terhadap Dukung Anak telah menunjukkan kesan antivirus yang memberangsangkan dalam menentang Hepatitis B. Namun begitu, ujian selanjutnya di tempat lain menghasilkan keputusan yang bertentangan tanpa sebarang perubahan dilihat. Perbezaan-perbezaan ini mungkin di sebabkan oleh kelainan aras kandungan bahan aktif dalam contoh-contoh yang digunakan. Dalam semua ujian ini, para penyelidik tidak mendapati sebarang kesan sampingan atau tindak balas negatif dan merumuskan bahawa herba ini selamat dan tak toksik. Sekiranya digunakan secara bergandingan dengan herba lain, Dukung Anak sekurang-kurangnya menawarkan satu rawatan alternatif yang berpotensi untuk merawat Hepatitis B.
Batu karang (batu buah pinggang dan batu hempedu)

Di Amerika Selatan, Dukung Anak merupakan penawar yang digunakan dengan paling meluas untuk merawat masalah batu karang, baik batu buah pinggang mahupun batu hempedu, sehingga ia digelar oleh masyarakat tempatan sebagai “Penghancur Batu”. Dalam satu kajian klinikal pada tahun 1999 (Campos, A. H. dan rakan-rakan), pati Phyllanthus Niruri telah menunjukkan kesan perencat tak berkait kepekatan yang ampuh dan berkesan terhadap pembentukan hablur kalsium oksalat (ketulan bahan bina yang menghasilkan kebanyakan batu buah pinggang). Ini boleh menjelaskan penggunaannya dalam kaedah perubatan tradisional untuk mencegah pembentukan batu buah pinggang. Herba ini dipercayai memiliki sifat-sifat unik sebagai bahan antikejang dan pengendur otot khusus bagi saluran kencing dan saluran hempedu yang, mengikut tekaan para penyelidik, memudahkan penyingkiran batu buah pinggang, batu pepundi kencing dan batu hempedu.

Antivirus
Penyelidikan terbaru terhadap Phyllanthus Niruri menunjukkan bahawa aktiviti antivirusnya merangkumi ‘virus kurang imun manusia’ (human immunodeficiency virus) atau HIV, iaitu virus yang menyebabkan penyakit AIDS. Sekumpulan penyelidik Jepun menemukan sifat-sifat perencat virus HIV-1 pada tahun 1992 dengan satu pati ringkas daripada pokok ini. Pusat Penyelidikan Farmaseutik Bristol- Myers Squibb telah mengasingkan sekurang-kurangnya satu daripada juzuk (kandungan) pada pokok ini yang menyumbangkan kepada aktiviti ini – iaitu sebatian unik yang mereka namakan “niruriside”.
Manakala dianggarkan bahawa waktu yang lama lagi masih perlu dilalui sebelum herba ini diambil masuk ke dalam senarai dadah farmaseutik piawai, ia kini digunakan oleh para pengamal perubatan herba dan kesihatan alamiah di serata dunia dalam pelbagai rumusan untuk masalah-masalah tersebut di atas. Bagaimanapun, dalam bidang perubatan pencegahanlah barangkali herba seperti Phyllanthus Niruri digunakan secara paling meluas. Keperluan ini kini menjadi sekian menyerlah dalam menghadapi ancaman semakin membesar daripada pelbagai penyakit virus yang kita tidak mempunyai sebarang rawatan ortodoks untuk menentangnya. Paling utama, herba ini tidak toksik dan bila digunakan secara bergandingan dengan herba lain, membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita terhadap ketoksikan (keracunan) dan penyakit.

Senang ceritalah, kalau penapis darah (hati) ni bersih.. Lagi mudahlah darah kita dicuci dalam badan.

Dari Sumber sahih lain yang aku tahu tentang dukung anak ni ialah kemampuannya menyembuhkan masalah mati pucuk bagi kaum lelaki. Dan dari testimonial yang aku alami sendiri ialah pokok dukung anak ni bertindak sebagai booster kepada masalah keletihan. Kalau tak cukup tidur, cukuplah dengan segelas air dukung anak, dalam beberapa minit keletihan tu akan berkurangan dan sejam selepas tu terus hilang letih. Sangat sesuai kalau demam urat.

Macam mana nak guna pokok Dukung Anak?

Senang saja sebab kita tak perlu tumbuk atau potong. Ambil 3 hingga 5 batang pokok dukung anak dengan akarnya sekali ( pokok berukuran 30cm). Bersihkan keseluruhan pokok. Rebus pokok dukung anak dengan air sebanyak 2 liter. Masak hingga air rebusan bertukar warna kuning pekat. Biasanya dalam anggaran 15 minit. Biarkan sejuk seketika.

Cara minum?

Tuangkan separuh gelas air rebusan dukung anak dan tambah air kosong setengah gelas lagi atau satu cawan teh air rebusan untuk minum patinya. Banyakkan minum air antuk lancarkan peredaran darah.

Minum segelas ( separuh air rebusan dan separuh air kosong) waktu pagi sebelum pergi kerja atau sejam sebelum aktiviti riadah. Malam pula minum secawan pati rebusan (tanpa campur air kosong). Bagi suami yang mahu booster, minum segelas pati air sebusan ( tanpa campur air kosong) sejam sebelum aktiviti anda.



Selamat mencuba. Yang pasti dukung anak ni selalu jadi mangsa mesin rumput.




GOPENG SEDIA BERTUGAS DI SUNGAI LIMAU

Tahniah buat team pemuda Gopeng. Sejak beberapa hari berada di Sungai Limau, kini mereka telah bersedia menempuh detik penting pada pagi ini. Kepada saf jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Gopeng yang berjuang. Selamat berjaya.

INI KALILAH KITA TUKAR SUNGAI LIMAU

Sebelum ni pembangkang dok syok guna perkataan ini kalilah. Sekarang kita pulak guna perkataan tu. biar deme rasa sikit dengan perkataan "ini kalilah". Kita dah nak masuk tahun Baru Hijrah dan masihi. Jangan kita biarkan pembangkang memegang dengan gaya ditakuk lama. Ustaz Azizan sendiri tak berapa gemar cara PAS sebenarnya yang terlalu tunduk pada DAP dan PKR walhal dulu deme ada stand sendiri. Tapi sekarang dah goyang telor bila kena gertak DAP.

Undi UMNO, INI KALILAH!!!!!!!

PEMBANGKANG HINA ALLAHYARHAM USTAZ AZIZAN DENGAN ISU KAKI.

Sungguh hina perbuatan pembangkang apabila menjadikan isu kaki Allahyarham Ustaz Azizan sebagai bahan mainan. Aku agak dah benda ni akan terjadi sebab ramai orang pembangkang yang tak suka dengan Allahyarham yang bersifat terbuka dan tegas dalam soal kepimpinan parti.

Allahyarham Ustaz Azizan sangat dikasihi oleh orang ramai tidak terkecuali dikalangan ahli UMNO kerana beliau tidak ekstrimis sepertimana pemimpin pembangkang yang lain. Aku sendiri cukup senang dengan perwatakan yang ditonjolkan oleh beliau.

Sayangnya ada dikalangan pembangkang yang membuat perancangan membangkitkan isu kaki seolah olah ia dilakukan oleh orang UMNO sendiri walhal jika kami orang UMNO mahu melakukannya, sejak dulu lagi isu ni akan berbangkit. Tapi sebagai saudara muslim, ini bukan caranya.

Logikalnya, pembangkang sentiasa menghalalkan cara untuk kekal memegang kerusi Sungai Limau agar kekal dibawah jajahan mereka.

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Azizan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah Taala dan ditempatkan bersama para solihin. Amin..