Monday, November 4, 2013

Pokok Dukung Anak

"Kalaulah anda tahu nilai segenggam herba untuk kesihatan anda. Nescaya anda sanggup menukarkannya dengan ketulan emas".

Itulah yang boleh diungkapkan oleh pakar herba. Aku nak cerita tentang pokok dukung anak. Nampak je macam bodoh-bodoh pokok ni tumbuh tepi jalan. Sebenarnya nilai pokok dukung anak ni hampir setaraf dengan herba terkenal dunia iaitu Ginseng. Kalau diikutkan dulu pun pokok Ginseng ni sama nasib macam dukung anak. Tumbuh je tepi jalan kat negeri China dan Korea tu. Tapi bila orang dah tau khasiatnya, naiklah saham pokok tu.

Apa kegunaan pokok Dukung Anak?

Perlindungan Hati
Herba in lazimnya digunakan untuk merawat jaundis (sakit kuning) dan hepatitis. Di China dan India, kajian untuk menilai kesan pelindungnya terhadap hati dibuat dengan mengenakan haiwan makmal kepada toksin hati (bahan yang meracuni hati) seperti alkohol dan parasetamol. Dalam setiap kes, kesan pelindung telah terbukti. Keputusan ini menyerupai kesan pelindung hati yang terhasil oleh sejenis herba tempatan lain, iaitu Hempedu Bumi (Andrographis paniculata).

Anti-Hepatitis B
Pada lewat 1980-an, kalangan penyelidik dan pengamal perubatan herba telah amat terangsang berikutan ujian yang berjaya terhadap herba ini dalam menentang virus Hepatitis B, virus yang menyebabkan sejenis jangkitan beransur-ansur yang dikaitkan dengan barah hati dan dianggarkan dihidapi oleh sekitar 300 hingga 500 juta orang di seluruh dunia. Manakala sains masih sedang mencari-cari suatu rawatan yang mampu melumpuhkan virus ini dan mencegahnya daripada merebak, beberapa kajian terhadap Dukung Anak telah menunjukkan kesan antivirus yang memberangsangkan dalam menentang Hepatitis B. Namun begitu, ujian selanjutnya di tempat lain menghasilkan keputusan yang bertentangan tanpa sebarang perubahan dilihat. Perbezaan-perbezaan ini mungkin di sebabkan oleh kelainan aras kandungan bahan aktif dalam contoh-contoh yang digunakan. Dalam semua ujian ini, para penyelidik tidak mendapati sebarang kesan sampingan atau tindak balas negatif dan merumuskan bahawa herba ini selamat dan tak toksik. Sekiranya digunakan secara bergandingan dengan herba lain, Dukung Anak sekurang-kurangnya menawarkan satu rawatan alternatif yang berpotensi untuk merawat Hepatitis B.
Batu karang (batu buah pinggang dan batu hempedu)

Di Amerika Selatan, Dukung Anak merupakan penawar yang digunakan dengan paling meluas untuk merawat masalah batu karang, baik batu buah pinggang mahupun batu hempedu, sehingga ia digelar oleh masyarakat tempatan sebagai “Penghancur Batu”. Dalam satu kajian klinikal pada tahun 1999 (Campos, A. H. dan rakan-rakan), pati Phyllanthus Niruri telah menunjukkan kesan perencat tak berkait kepekatan yang ampuh dan berkesan terhadap pembentukan hablur kalsium oksalat (ketulan bahan bina yang menghasilkan kebanyakan batu buah pinggang). Ini boleh menjelaskan penggunaannya dalam kaedah perubatan tradisional untuk mencegah pembentukan batu buah pinggang. Herba ini dipercayai memiliki sifat-sifat unik sebagai bahan antikejang dan pengendur otot khusus bagi saluran kencing dan saluran hempedu yang, mengikut tekaan para penyelidik, memudahkan penyingkiran batu buah pinggang, batu pepundi kencing dan batu hempedu.

Antivirus
Penyelidikan terbaru terhadap Phyllanthus Niruri menunjukkan bahawa aktiviti antivirusnya merangkumi ‘virus kurang imun manusia’ (human immunodeficiency virus) atau HIV, iaitu virus yang menyebabkan penyakit AIDS. Sekumpulan penyelidik Jepun menemukan sifat-sifat perencat virus HIV-1 pada tahun 1992 dengan satu pati ringkas daripada pokok ini. Pusat Penyelidikan Farmaseutik Bristol- Myers Squibb telah mengasingkan sekurang-kurangnya satu daripada juzuk (kandungan) pada pokok ini yang menyumbangkan kepada aktiviti ini – iaitu sebatian unik yang mereka namakan “niruriside”.
Manakala dianggarkan bahawa waktu yang lama lagi masih perlu dilalui sebelum herba ini diambil masuk ke dalam senarai dadah farmaseutik piawai, ia kini digunakan oleh para pengamal perubatan herba dan kesihatan alamiah di serata dunia dalam pelbagai rumusan untuk masalah-masalah tersebut di atas. Bagaimanapun, dalam bidang perubatan pencegahanlah barangkali herba seperti Phyllanthus Niruri digunakan secara paling meluas. Keperluan ini kini menjadi sekian menyerlah dalam menghadapi ancaman semakin membesar daripada pelbagai penyakit virus yang kita tidak mempunyai sebarang rawatan ortodoks untuk menentangnya. Paling utama, herba ini tidak toksik dan bila digunakan secara bergandingan dengan herba lain, membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita terhadap ketoksikan (keracunan) dan penyakit.

Senang ceritalah, kalau penapis darah (hati) ni bersih.. Lagi mudahlah darah kita dicuci dalam badan.

Dari Sumber sahih lain yang aku tahu tentang dukung anak ni ialah kemampuannya menyembuhkan masalah mati pucuk bagi kaum lelaki. Dan dari testimonial yang aku alami sendiri ialah pokok dukung anak ni bertindak sebagai booster kepada masalah keletihan. Kalau tak cukup tidur, cukuplah dengan segelas air dukung anak, dalam beberapa minit keletihan tu akan berkurangan dan sejam selepas tu terus hilang letih. Sangat sesuai kalau demam urat.

Macam mana nak guna pokok Dukung Anak?

Senang saja sebab kita tak perlu tumbuk atau potong. Ambil 3 hingga 5 batang pokok dukung anak dengan akarnya sekali ( pokok berukuran 30cm). Bersihkan keseluruhan pokok. Rebus pokok dukung anak dengan air sebanyak 2 liter. Masak hingga air rebusan bertukar warna kuning pekat. Biasanya dalam anggaran 15 minit. Biarkan sejuk seketika.

Cara minum?

Tuangkan separuh gelas air rebusan dukung anak dan tambah air kosong setengah gelas lagi atau satu cawan teh air rebusan untuk minum patinya. Banyakkan minum air antuk lancarkan peredaran darah.

Minum segelas ( separuh air rebusan dan separuh air kosong) waktu pagi sebelum pergi kerja atau sejam sebelum aktiviti riadah. Malam pula minum secawan pati rebusan (tanpa campur air kosong). Bagi suami yang mahu booster, minum segelas pati air sebusan ( tanpa campur air kosong) sejam sebelum aktiviti anda.



Selamat mencuba. Yang pasti dukung anak ni selalu jadi mangsa mesin rumput.




5 comments:

Unknown said...

Betul ke mujarab utk batu karang? Saya baru nk cuba tp ade terbaca diblog lain yg ianya x sesuai utk batu karang...
Cuba tgk link dibwh ini
http://pondokkulepak.blogspot.com/2009/09/pokok-dukung-anak.html?m=1

Sodin Tranung said...

Betul la tu cik @Suria Abdullah

Berikut adalah kajian yang mengatakan pokok dukung anak mampu memecahkan batu karang

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Khasiatherbadukunganak/Article

SHAFIDA said...

Terima kasih. Sy baru nk cri utk ank saya yg jaundis. Hrini dhhri ke 15.. Haru betul bila setiap hri nk ke klinik ambil drh.

Unknown said...

hi salam..
cik shafida..klau anak kne jaundis..rebus pokok dukung anak ni buat bilas mandi...
mak sedara sye baru je buat mndi kan cucu die..kena jaundis jugak

Unknown said...

Kne rebus dulu ke pkok dukung ank tu..daun dia nk skli wt mndi ke?atau pon lpas rebus daun tu kne buang daun tu?amik air dia sahaja,pls info