Friday, January 18, 2013

Proses peralihan minda remaja kepada belia bermula dari KBS



Remaja merupakan satu saat kritikal bagi seseorang itu mengenali dunia kehidupan. Tanpa bimbingan yang kukuh, kemungkinan besar remaja berkenaan akan mengalami kejutan budaya dan pelbagai masalah sosial yang merosakkan.

Kementerian Belia Dan Sukan merupakan satu platform bagi remaja untuk mendalami dunia belia menerusi pelbagai aktiviti kelab. Didalam Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, pelbagai kelab bernaung dibawahnya bagi membentuk sebuah komuniti yang bersatu dengan pelbagai skop aktiviti.

Tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa, KBS terus menerajui minda pemikiran para remaja dan belia agar sentiasa positif . Banyak kemudahan dan manfaat yang disediakan oleh KBS dalam memastikan para remaja dan belia terutamanya untuk terus membina jatidiri. 

Jelas disini jasa Kementerian Belia dan Sukan bukan sekadar diatas nama sahaja. Ia sememangnya menjadi payung bagi remaja dalam menuju dunia yang lebih mencabar.

No comments: