Saturday, January 19, 2013

Baru pegang Pulau Pinang, dah berani edar Risalah Kristian.

Apa dah jadi? Baru pegang Pulau Pinang, belum seluruh Malaysia. Dah mula berani biarkan risalah kristian disebar kepada seluruh kanak-kanak dan remaja. Apa pula jadi bila seluruh Malaysia dibawah pakatan pembangkang? Rasanya kristian boleh jadi agama rasmi kot pada pendapat mereka.

Hati hatilah sebab ini isu sensitif, bukan isu main-main. Bab agama ni pegangan hidup kita, penentu syurga dan neraka. Bila dah jadi macam ni, siapa nak jawab? Sebab tu la isu kalimah Allah jangan dibuat main. Kita kena ingat... Allah ada 3000 nama sebahagiannya untuk sebutan para malaikat, sebahagian lagi untuk nasrani dan bani israel manakala 99 pula untuk umat islam.

Tapi hairan, kenapa orang kristian taknak guna nama yang dah diberikan melalui kitab mereka? Kenapa nak guna nama Allah yang dikhaskan dalam kitab Al-quran? Allah atau al-ilah merupakan nama khusus bagi kegunaan umat Islam saja.

Jangan ikut negara Indonesia, atau negara lain. Lain negara lain caranya sebab kita dicipta Allah dengan pelbagaibangsa dan bahasa. Allah merupakan sebutan oleh bangsa melayu Malaysia yang bermaksud tuhan bagi umat Islam. Tidak bagi sebutan oleh agama lain.

Apa yang Parang Pedang tahu, kaum Nasara dahulu ketika zaman Baginda Isa Alaihissalam memang mengesakan Allah tanpa melibatkan unsur lain. Maka mereka memang mentauhidkan Allah sebagai tuhan yang satu. Akan tetapi perubahan pada kitab injil oleh para paderi telah membentuk konsep tiga ketuhanan iaitu Tuhan, anak tuhan dan roh suci.... Sangat jauh dari konsep satu tuhan saja iaitu Allah yang satu.

Apa yang Parang Pedang nak beritahu ialah Nama Allah hanya layak diguna pakai bagi agama tauhid yang meletakkan Allah itu hanya satu. Tidak ada dua atau tiga. Semoga kes penyebaran agama kristian atau apa apa agama selain agama Allah dikalangan remaja ....

Ya Allah, jangan Engkau biarkan Islam ini tenggelam disebabkan oleh kelemahan hambaMu, Amin Ya Allah.

No comments: