Wednesday, May 30, 2012

Kenali Lee Boon Chye

Parang Pedang bukan nak promote wakil rakyat pembangkang. Apatah lagi nak sokong kepimpinannya.Cuma disini Parang Pedang nak tekankan supaya strategi perang perlu diatur bagi berhadapan dengan lawan.

Ada diantara kita dikalangan ahli BN terutamanya UMNO tidak mengenali lawan dengan betul sehingga memandang rendah terhadap lawan.

Akibatnya kita semua tewas kerana tidak mengenali peribadi lawan dengan betul. Ayuh sidang pembaca, tiada salah mengenali lawan untuk mengatur taktik peperangan bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

.......................................................
Dr. Lee Boon Chye

Ahli Parlimen untuk P71 Gopeng, Negeri Perak

Mula berkhidmat : 8 Mac 2008

Majoriti. :7,368

Parti politik. : Parti Keadilan Rakyat

Pekerjaan : doktor perubatan (pakar jantung)
....................................................
Dr. Lee Boon Chye merupakan Ahli Parlimen Gopeng, negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga merupakan seorang doktor pakar jantung di Ipoh Specialist Hospital.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, pada mulanya Parti Keadilan Nasional ingin menghantarnya bertanding di kawasan Ipoh Timur yang juga diingini oleh Lim Kit Siang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), mencabar Thong Fah Chong dari BN-MCA yang mempertahankan kerusinya. Namun tindakan ini dijangka hanya memisahkan "undi pembangkang" daripada Lim dan mungkin menguntungkan Thong.

Oleh itu, walaupun ketika itu DAP sudah keluar dari Barisan Alternatif (BA) (KeADILan merupakan sebuah parti komponen BA ketika itu), namun kedua-dua parti ini cuba berunding atas kerusi yang ditandingi di negeri Perak, akhirnya mereka bersetuju bahawa hanya Lim Kit Siang dari DAP akan mencabar calon BN di Ipoh Timur, manakala Lee Boon Chye dialihkan ke kawasan Gopeng untuk mencabar Tan Sri Dr. Ting Chew Peh dari BN-MCA.

Ahkirnya, Lee kalah kepada Ting dengan hanya memperolehi 15,530 undi berbanding lawannya mendapat 30,312 undi. Majoriti bagi kerusi Gopeng pada masa itu ialah 14,782 undi.


Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datuk Ling Hee Leong dengan majoriti sebanyak 7,368 undi. Beliau memperolehi 29,696 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 22,328 undi.

.........................................................

Anda sudah kenal Siapa dia Dr Lee Boon Chye? Aturlah strategi dengan kadar segera. Bagi Parang Pedang, tiada baju perisai yang sempurna. Tiada atap yang tidak bocor. Lihatlah apa kelebihan beliau dan carilah kelemahannya juga.


Parang Pedang tetap bersama UMNO terutamanya di Bahagian Gopeng,Perak.

Tuesday, May 29, 2012

Wakil Rakyat Lubuk Merbau Tak Peduli Masyarakat.

Zai nude din


Bak kata orang pencen-pencen, kalau tak ada angin maka pokok takkan bergoyang. Begitu juga kalau wakil rakyat tak buat hal, takkan adalah suara yang tak puas hati dengan corak kepimpinannya.

Bukan niat Parang Pedang nak menyibuk kawasan orang, tetapi sekurang-kurangnya ada orang yang mengaduk kat Parang Pedang tentang wakil rakyat PAS ni... Lubuk Merbau  di Parit Buntar Perak. Haji Zainuddin wakil dari PARTI PAS.

PAS telah memenangi pilihanraya lalu pada tahun 2008 dengan majoriti 60 undi memihak kepada PAS. bermula dari saat itu, Lubuk Merbau telah jatuh ke tangan PAS secara tidak langsung ia dimiliki pembangkang. 

Menurut maklumat dari sumber yang sahih, beberapa janji telah dilaungkan oleh PAS untuk penduduk kawasan Lubuk Merbau, namun begitu sehingga kini masih tidak dilunaskan. Antaranya ialah :

1. Sebuah bank di Pekan Padang Rengas

2. Pemberhentian Operasi Kilang Simen

3. Sistem perparitan baru untuk seluruh Lubuk Merbau

4. Pemberhentian Operasi Kilang Kayu Kuala Dal

5. Tempat parking lori bagi penduduk sekitar Perumahan Awam
dan Taman Permai

6. Sumbangan RM1000.00 untuk anak pengundi yang dapat buat
ijazah dan RM 500.00 untuk diploma

7. Bantuan sara hidup RM300.00 untuk warga emas

8. Bantuan RM 500.00 untuk setiap kematian pengundi/
tanggungan di DUN Lubuk Merbau

9. Sumbangan RM 500.00 untuk perkahwinan anak/pengundi

10. Seekor lembu setiap kampung pada setiap kali
Hari Raya Korban.

Begitulah maklumat yang Parang Pedang terima. Rasanya manifesto yang dilaungkan ini sangat diperlukan oleh rakyat sekitar Lubuk Merbau. Adakah wakil rakyat tersebut memandang pendudk disini sebagai tunggul kayu yang boleh dipermainkan begitu sahaja?

Apabila hal ini diketahui, rasanya sangat tidak patut bagi Parang Pedang untuk berdiam diri. Nasib rakyat perlu mendapat pembelaan Barisan Nasional khususnya UMNO daripada dinerakakan oleh pembangkang. 

Satu persoalan yang ingin Parang Pedang bangkitkan ialah tentang sikap wakil rakyat ini yang dikatakan lebih menyebelahi bangsa lain berbanding bangsa sendiri, bukan bersikap perkauman. Tetapi rasanya wakil rakyat ini sepatutnya lebih tahu siapa yang harus diberi keutamaan.

Ada juga masyarakat tempatan yang tak kenal wakil rakyat ini kerana dikatakan tidak pernah turun padang melihat keadaan masyarakat tempatan. Pernah suatu ketika ketika kampung Gapis dilanda banjir, penduduk tempatan mendakwa wakil rakyat ini langsung tidak hadir melawat keadaan sekitar kawasan banjir. Projek pembangunan oleh PBT juga tidak beroperasi, hanya kelihatan projek dari kerajaan pusat dibawah BN sahaja berjalan lancar... Apakah kita masih mahu berpeluk tubuh?

Biarlah pendedahan ini diketahui umum bertapa hapraknya wakil rakyat pembangkang terhadap masyarakat..... Apa yang mampu kita semua lakukan ialah memilih wakil rakyat dari parti BN untuk membantu masyarakat dari ditipu lagi....

Wednesday, May 23, 2012

RAKYAT PERAK PATUT SEDAR SIAPA PERAKMAN.

Photobucket


Parang Pedang bukan sekadar memanggil para pejuang untuk bersatu menentang Anasir PAS di Perak, malah menyeru para sahabat seperjuangan sekalian menyedari siapa mastermind dalam segala bentuk political game di Perak. Siapa mastermind politik di Perak? Siapa lagi kalau bukan si Perakman Nizar al jangguti. Perakman bukanlah panggilan untuk rakyat Perak melainkan ia suatu panggilan terhadap orang zaman batu... Buka buku geografi, anda akan jumpa istilah Perakman.

Kenapa Parang Pedang gelarnya Perakman? Gambar dah ada sejak tahun 2008 dihalaman Parang Pedang ini. Cuma kali ini sahaja nak dibangkitkan sebab kemunculan si Perakman ni dah mula kembali ke dalam perang politik. Pilihanraya semakin hampir, bermakna si Perakman ni akan kembali semula. Parang Pedang bukanlah mengajak para pembaca untuk membenci Si Perakman ni. Cuma mengenang kembali pembohongan serta janji palsunya kepada seluruh rakyat di Perak.

Masih ingat didalam fikiran akan hapraknya si Perakman ni apabila sebaik sahaja PAS menakluk Perak, kedaulatan Sultan dan Raja Melayu diperlekehkan oleh puak puak si Perakman ni. Biadap lagi celaka, pelbagai tuduhan dilemparkan oleh penyokong Perakman ni dengan mengatakan pelbagai cercaan terhadap Baginda Sultan semata mata mempertahankan si Perakman ini. Parang Pedang masih tak dapat lupakan kata-kata maki hamun penyokong Perakman terhadap Paduka Seri Sultan Perak ketika Parang Pedang berkunjung tandang ke rumahnya. Memang menyakitkan telinga, tetapi memikirkan diri ini berada ditempat orang sebagai tetamu maka yang boleh dilakukan ialah menahan telinga dan menyimpannya sebagai suatu iktibar bahawa sesungguhnya pembangkang menghalalkan pelbagai cara untuk menuju matlamat.

Pilihanraya yang semakin hampir ini telah memunculkan semula si Perakman ini, dimana jua asalkan wujud penyokongnya. Baru-baru ni juga si Perakman telah hadir ke satu majlis ceramah yang membidas dirinya sendiri. Pada fikiran si Perakman ni mungkin kehadirannya akan menjadi bukti keberanian dirinya berada digelanggang musuh. Jangkaannya salah kerana kempen pendedahan Nizar Pembohong semakin galak diadakan. Rakyat juga sudah mula sedar siapa Nizar si Perakman.

Beberapa fakta tentang Perakman ini harus diketahui oleh semua orang. Mungkin selama ini janji manis si Perakman ini telah mangaburi mata semua pengundi. Perkara pertama tentang Perakman ini ialah segala aktivitinya tidak lebih dari hanya menjadi boneka kepada DAP dalam setiap urusan pentadbiran di Perak selama 11 bulan. Perkara kedua adalah percubaannya melanggar perlembagaan negara serta Undang Undang tubuh Negeri Perak. Perkara seterusnya adalah berkaitan dengan perpaduan bangsa yang cuba dipecah belahkan oleh si Perakman ini. Begitulah beberapa perkara yang lain.

Orang yang bijak ialah orang yang tidak dipatuk ular yang sama pada lubang yang sama. Kita mesti sedar siapa Nizar Perakman. Bisanya kekal terasa walaupun memerintah selama 11 bulan sahaja. Semoga kita semua terselamat dari terpengaruh dengan Nizar pembohong ini. nauzubillah.

Tuesday, May 22, 2012

Muzakarah parah bila diputar cerita jadi muqabalah.

Nicks quest

Parah.... Memang parah... Dah tak serupo muzakarah. Lebih dilihat kearah muqabalah. Tak cukup dua syarat dalam muzakarah yang akan dilaksanakan, dia tambah satu lagi syarat pelik. Seolah-olah takut dengan perbincangan yang bakal berlangsung dengan UMNO.

Kenapa harus takut untuk berbincang hingga terpaksa mengenakan syarat terhadap UMNO? Haruskah dispesifikasikan tajuk perbincangan dengan UMNO? Rasanya tak perlu sebab muzakarah ni tujuannya membincangkan segala persoalan dan permasalahan antara kedua-dua parti. Jika mengkhususkan kepada suatu tajuk itu dah dikira muqabalah atau istilah melayunya sebagai debat. Kita bukan nak debat, tapi kita nak berunding.

Nik Ajis tak tau beza ke antara muzakarah dengan muqabalah? Mungkin Nik Ajiz nak buat taktik lamanya seperti yang berlaku dahulu. Muzakarah ditukar istilah menjadi muqabalah, suatu permainan kotor PARTI AMBIGA SEMALAYSIA. Parang Pedang dah boleh baca taktik PAS ni masa awal-awal jemputan PAS untuk bermuzakarah. Parang Pedang sangat membantah sebarang cadangan untuk berbincang dengan PAS, sebabnya dimata PAS tidak ada sebarang pintu rundingan.

Jangan biarkan pisang berbuah dua kali, dulu kita UMNO juga pernah kena najis mereka ni. Selesai muzakarah, mereka spin cerita bahawa sebenarnya mereka bermuqabalah dengan UMNO. Orang yang bijak tidak akan dipatuk oleh ular yang sama pada lubang yang sama. Kita tak seharusnya telanjangkan diri kita dengan isu sebegini.

Parang Pedang tak sanggup menutup mata sahaja sementara melihat parti sendiri dikhianati oleh bangsa sendiri yang bertopengkan parti Islam sedang hati mereka berselaputi najis munafik. Biarlah disini Parang Pedang bangkit membidas sikap pemimpin PAS itu yang suka berdolak dalik mempermainkan isu politik songsangnya. Jangan letakkan serban dikepala jika tidak sanggup mencari kebenaran bagi kedua dua pihak serta bermuhasabah diri.

Parang Pedang dah kata disini, Tidak wujud istilah Muzakarah dah. Yang tinggal cuma muqabalah. Potong jari Parang Pedang kalau PAS nak bermuzakarah sebab akhirnya mereka akan kata bahawa ini adalah perbalahan, perdebatan atau muqabalah. Ptuih..... Busuk punya kepala....

Wednesday, May 16, 2012

KONVENSYEN MEDIA SOSIAL NEGERI PERAK.

Untitled




Kali ni Parang Pedang nak umumkan mengenai Konvensyen Media Sosial Negeri Perak. Program yang akan diadakan pada 19 Mei 2012 bertempat di Hotel Syuen Ipoh. Pendaftaran peserta bermula dari jam 7.30 pagi hingga jam 8 pagi. Para pembaca sekalian dijemput hadir menghadiri konvensyen ini. Kedatangan anda dialu alukan dan ia percuma.

Tuesday, May 15, 2012

Bantulah keluarga ini....

Azhar1

Kali ini Parang Pedang nak cerita sikit berkenaan dengan satu keluarga yang bagi Parang Pedang sangat memerlukan bantuan dari pihak berkenaan. Pihak mana tu Parang Pedang tak tahulah tapi kalau rasa-rasa diri tu memang dah tanggungjawab mereka, pergilah tolong mana yang patut.

Azhar rumah retak

Kalau dilihat pada keadaan rumahnya, harap jenguk-jenguklah keluarga tersebut. Biarlah Parang Pedang introduce sikit pasal keluarga ni, supaya para pembaca tak kata mereka ni kelentong atau sengaja buat cerita. Buat pengetahuan para pembaca semua, termasuklah pihak yang boleh membantu. Ketua bagi keluarga ini telah pun menghadap ilahi tahun lalu. Allahyarham Hassan merupakan bekas pekerja di Malayan Mining, sebuah syarikat perlombongan bijih besi dikawasan yang dihuni oleh keluarga ini. 

Azhar bumbung lentur

Hidup mereka agak susah walaupun mempunyai anak yang telah bekerja, namun begitu pendapatan anak-anak beliau tidaklah semewah yang kita fikirkan. Hanya yang boleh dilakukan ialah sekadar menghulurkan sedikit pendapatan untuk Allahyarham Hassan ketika masih ada hayatnya.

Kini setelah ketiadaan Allahyarham Hassan, tinggallah isteri dan seorang anaknya berdua sementara anak-anak Allahyarham yang lain tinggal berasingan bersama keluarga masing masing. Anak beliau (Azhar Bin Hassan) yang selama ini bekerja dengan sebuah syarikat swasta dalam lebih kurang 14tahun telah dipecat tanpa pembelaan akibat tuduhan tak berasas oleh majikannya (milik ajk PAS di Perak). 

Kini anak kepada Allahyarham sekadar mendapatkan sedikit sumber kewangan menerusi kerja-kerja sampingan. Manakala isteri Allahyarham pula cuma bergantung kepada pemberian anak-anaknya yang tak seberapa. Itulah sahaja sumber pendapatan yang mereka miliki selama ini.

Parang Pedang merayu kepada sesiapa yang prihatin pada keluarga ini supaya tampil membantu keluarga berkenaan. Bagi yang sudi membantu, bolehlah menghubungi saya sendiri ditalian 017-5739303 untuk ditemukan dengan keluarga berkenaan atau terus menziarahi keluarga berkenaan untuk diberi bantuan di alamat mereka: no. 2, Jalan Gua Kek Lok Tong, Taman Rapat Indah, 31350 Ipoh, Perak.

Azhar ceiling berlubang

Ahli Majlis MBI Prihatin pada Aduan Penduduk Rapat Setia

Ahli majlis MBI zon 20






Councillor Kok Pak Foo.....

Hari ini 15 April 2012, Rapat Setia Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Satu perhimpunan kecil telah diadakan bagi menyampaikan aduan kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap sebuah pondok kitar semula tak terurus. Sebelum ini pelbagai aduan telah dilaporkan kepada pihak MBI bagi tindakan selanjutnya. Namun begitu, masih tiada jawapan diberikan.


Penduduk yang kesal dengan sikap tidak bertanggung jawab pihak dalaman MBI telah mengadakan satu perhimpunan kecil bagi membantah sikap tidak bertanggungjawab MBI yang bersambil lewa dengan aduan diberi. Berita aduan penduduk ini telah mendapat perhatian Ahli Majlis MBI Zon 20 iaitu Ahli Majlis Kok Pak Foo. Beliau dengan ikhlas hati telah turun melawat keadaan yang berlaku seterusnya mengambil tindakan segera dengan menghantar petugas untuk bertindak menyelenggara kawasan padang permainan Rapat Setia. Sehingga kini kerja-kerja penyelenggaraan sedang berjalan bagi memperbaiki taman permainan yang rosak.


Parang Pedang sangat bersyukur atas keprihatinan beliau yang sanggup turun Padang dan membantu apa yang mampu bagi beliau selaku ahli majlis MBI. Apa yang Parang Pedang kesalkan ialah sikap wakil rakyat di DUN 44 dan wakil rakyat Parlimen Gopeng apabila mereka tidak mengambil sebarang tindakan melawat dan melihat nasib penduduk sekitar kawasan Rapat Setia serta kawasan sekitarnya.


Besar harapan Parang Pedang sekiranya Ahli Majlis MBI Kok Pak Foo dapat menjadi wakil rakyat bagi Kawasan N 44 pada pilihanraya kali ini. Semangat jiwa rakyat yang ada pada diri beliau seharusnya diikuti oleh para pemimpin BN yang lain. Sokongan pada beliau harus diberi untuk menerajui kawasan N44 Simpang Pulai memandangkan ciri-ciri pemimpin berkaliber yang wujud dalam diri Ahli Majlis MBI Kok Pak Foo..... Tahniah diucapkan buat beliau atas tindakan pantas menyelesaikan masalah penduduk yang telah lama dibiarkan.

Parang Pedang: Jom Tukar Pemimpin Kawasan DUN Simpang Pulai dan Parlimen Gopeng... Buang Chan Ming Kai dan Lee Boon Chye.... kita Undi BN semula !!!!!




Pondok usang





Pondok kitar semula yang tidak terurus.....

Monday, May 14, 2012

Nizar Perakman tak tahu malu .........

Hari ni Parang Pedang pouse jap teori Anwarisme sebab dapat satu bahan berita khas untuk pembaca...baik punya! Tengok gambar kat atas, apa dalam fikiran saudara? Nampak si Perakman? Kalau dulu yang pernah baca siapa yang Parang Pedang gelar Perakman tentulah tahu... Dalam blog ni pun Parang Pedang ada framekan gambar si Perakman ni. Ceritanya begini, Sempena 66tahun UMNO baru baru ni... Pemuda UMNO telah mengadakan satu ceramah berkenaan pendedahan ekslusif tentang pembohongan Nizar si Perakman. Tapi tak sangka pula beruk makye ni boleh datang ke program ni dan duduk mendengar pendedahan tersebut. Biasalah syaitan kalau nak gagalkan suatu majlis tu haruslah menyertai ceramah berkenaan. Dia pun join la sekali bersama geng ablasa untuk menguji diri menentang ayat suci. Al kisah setelah cuba bertahan mendengar ceramah berkenaan, tanpa bertangguh mereka pun angkatkaki sambil menutup telinga sebab tak tahan dengan suara kebenaran oleh penceramah UMNO. Pada sangkaan si Perakman ni, mungkin kehadirannya disitu akan menghentikan suara si penceramah. Sayangnya semua itu hanya mimpi, ceramah tetap diteruskan bagai alunan zikir menyatakan hak dan memusnahkan yang batil. Bumi Tualang Sekah di Malim Nawar menjadi saksi kelam kabut si Perakman ini meninggalkan majlis yang penuh keberkatan. Manakan tidak, cahaya kebenaran menentang api kebencian.... Tentulah cahaya menyinarkan segala apa yang tersembunyi. Larilah Nizar bersama bala tenteranya meninggalkan seribu satu kenangan hitam akibat dihentam. Inilah sejarah Perak yang harus dicatitkan disaat kejahatan cuba disebarkan dalam satu majlis yang mulia, tetapi tak berjaya. Yang pasti untuk Parang Pedang beritahu disini ialah, pendedahan tentang keburukan si Nizar terus terdedah. Jom kita lihat link video tentang apa yang berlaku sebenarnya... Nizar the Perakman kata penceramah UMNO terkedu dengan kehadiran beliau.... Tapi yang berlaku sebenarnya adalah sebaliknya... Kita saksikan.... Video nizar

Monday, May 7, 2012

FAHAMAN DARWINISME DAN ANWARISME (bahagian 3)

Anwarisme mensasarkan generasi X dan Y? Kenapa Anwar memilih generasi X dan generasi Y? Kita harus tahu bahawa dalam fahaman komunis menerusi teori evolusi Darwin, yang kuat akan memakan yang lemah. Menerusi teori Darwin ini, Anwar telah berjaya mengalahkan kerajaan pimpinan BN dalam pilihanraya 2008 apabila peti undi 4 dan 5 berpihak kepada pembangkang. Anwar tahu bahawa penyokong BN banyak tertumpu pada peti undi 1 dan 2, dengan demikian strategi yang dilakukan oleh Anwar ialah melalui pengaruh anak muda yang dirancang oleh beliau berserta anaknya sendiri. Cara yang agak mudah tetapi tidak dapat dihidu oleh ramai pihak, Anwar menjanjikan kuasa pemerintahan kepada golongan muda dan belia berupa jawatan menteri apabila berjaya memerintah kerajaan kelak. Seperti yang kita lihat, salah seorang contoh belia yang berjaya menjawat jawatan menteri ialah Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.  Satu lagi kaedah Anwar mempengaruhi anak muda ialah dengan memperjuangkan kehendak anak muda ini menerusi desakan penghapusan pinjaman PTPTN agar golongan generasi X dan Y ini terpengaruh dengan perjuangan Anwar. Dasar pemikiran Anwarisma atau Anwarisme ini mula merebak didalam Universiti Awam memandangkan kebebasan berpolitik didalam IPTA ini. Lihat sahaja di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) dimana Adam Adli yang berjaya membangkitkan sentimen Anti UMNO dikalangan penuntut UPSI. Dengan lantangnya Adam Adli menyerbu Bangunan PWTC dan menjatuhkan bendera di PWTC. Tindakannya disokong oleh pendokong Anwarisma hingga kelihatan tindakan Adam Adli tidak salah. Kenapa Anwar mensasarkan golongan anak muda? Satu persoalan yang sudah sedia ada jawapannya. Anwar tahu jika dia mempengaruhi golongan dewasa dan veteran, sokongan mereka pada kerajaan pimpinan BN sangat kukuh dan setia. Ini kerana hati mereka masih kukuh pada kenangan bersama pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir. Perjuangan sejati keempat-empat pemimpin ini dilihat sangat ikhlas hinggakan Anwar tidak mampu menandinginya.  Memandangkan Anwar tidak ada pilihan lain, beliau terpaksa mengubah strategi dengan menetaskan fahamannya dikalangan generasi muda. Jika kita lihat sebelum ini PAS dan DAP tidak mahu bersatu dalam perjuangan Parti Pembangkang, menerusi Dasar Anwarisma maka PKR bertindak sebagai pelekat kepada semua parti pembangkang.  Menurut dasar Anwarisma, segala cara dihalalkan bagi mencapai matlamat parti, maka kedua-dua parti yang sebelum ini tidak bergabung kini mula mengubah strategi parti masing-masing. PAS menyusun strategi dengan menggunakan pelbagai tafsiran Al-quran untuk menyatakan kebenaran perjuangan PAS dengan DAP manakala DAP pula membenarkan perjuangan PAS sebagai perjuangan Islam sejati dan wajib diikuti. Ini terbukti apabila pemimpin golongan muda pembangkang, Lim Guan Eng meletakkan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idola beliau ketika memimpin. Secara tidak langsung, golongan muda telah diterapkan agenda jihad menentang BN yang dianggap kafir. Maka isu kafir mengkafir telah wujud semula dalam ideologi Anwarisma. Atas musabab demikian, beberapa pemimpin pembangkang telah mula berani menganjurkan demonstrasi jalanan dengan tujuan menunjuk perasaan terhadap kerajaan pimpinan BN. Ditambah pula dengan semangat anak muda yang masih mentah dalam soal politik, demonstrasi bertukar menjadi suasana penuh emosi dan keganasan. Disebalik keghairahan pendokong Anwarisma menggunakan Al-Quran dalam hujah politik, mereka menolak hadis-hadis nabi yang menjadi rujukan umat Islam dalam soal kepartian. Mereka menganggap sesiapa sahaja yang bukan bersama fahaman Anwar tidak layak berhujah dengan Al-quran dan segala hadis yang diutarakan kepada mereka tidak boleh diterima. Kebanyakan apa yang tidak sesuai dimata mereka akan ditolak, atas sebab demikian wujud pula sekelompok anti hadis dikalangan fahaman Anwarisma. Suatu situasi yang membahayakan kita dari sudut pegangan dan cara hidup. Bersambung......... (Bahagian seterusnya akan membincangkan tajuk "Kesan fahaman Anwarisme kepada rakyat Malaysia")

Sunday, May 6, 2012

FAHAMAN DARWINISME DAN ANWARISME (bahagian 2)

Matlamat menghalalkan cara dalam pemikiran Anwarisma. Setelah beberapa kupasan dibuat menerusi perbincangan asal tentang fahaman Anwarisma, kita akan mengenali dengan lebih lanjut tentang matlamat dasar Anwarisma yang perlu diketahui ramai.  Seperti mana fahaman komunisma ciptaan Darwin, apa jua kaedah dihalalkan demi mencapai apa yang diimpikan dalam hala tuju kepartian. Jika komunisma menggunakan kekerasan bersenjata demi memperkukuhkan parti mereka, pendokong Anwarisma pula menerima kaedah kekerasan am bagi memuaskan matlamat mereka. Menghalalkan apa jua kaedah termasuk kekerasan melampau bukanlah cara rasmi demokrasi. Antara lain bagi memenuhi impian parti, dasar pemikiran Anwarisma menanamkan bahawa tidak ada rundingan dengan parti lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Ini termasuklah segala hubungan diplomatik antara pendokong Anwarisma dengan ahli parti lain. Kebangkitan Anwarisma yang bermula sejak 1998 hingga kini adalah berpunca dari penyokong kuat Anwar dari segenap sudut pertubuhan sama ada politik mahupun NGO yang bergabung menuntut hak Anwar. Bermula dari satu titik sokongan simpati hingalah ke tahap fanatik telah mencetuskan satu gelombang besar politik negara.  Kita masih menyamakan dengan konsep Darwinisme yang pada asalnya datang dari teori sains hingga terbentuknya satu fahaman sesat dan terpesong dari landasan sebenar. Pemikiran bebas atau free thinking Darwin telah mengubah pelbagai aspek sosio politik dunia hingga fahamannya diguna pakai dibeberapa buah negara republik komunis.  Begitu juga dengan apa yang dilaungkan oleh Anwar iaitu slogan "lawan tetap lawan" hingga kepada seruan "reformasi" telah menjadi pegangan pendokong Anwarisma. Daripada laungan tersebut, pendokong Anwarisma berpendapat bahawa istilah lawan tetap lawan itu bermaksud apa saja kaedah termasuk kekerasan fizikal boleh digunakan dalam memenuhi dasar yang dikehendaki. Istilah reformasi pula disalah ertikan dengan perubahan mendadak sistem pentadbiran negara sedia ada kepada sistem pentadbiran berpandukan kaedah Anwarisma. Pengaruh Anwarisma mula menyerap dikalangan anak muda kerana dasar Anwarisma lebih condong kearah keinginan golongan ini. Bermula dari kelompok remaja berusia belasan tahun hingga kepada peringkat usia belia, dasar Anwarisma mula diterapkan melalui media cyber. Kita tahu bahawa kebangkitan Anwar adalah ketika waktu kita menghampiri zaman millenium 2000. Ketika itu asas kemudahan jaringan tanpa batasan sedang rancak membangun.  Sangat berkesan dan pantas pemikiran Anwarisma diserapkan tanpa kita sedar. Kebangkitan Anwarisma turut sama dirasai dikalangan pemimpin pembangkang yang lain. Bagai memiliki suatu kuasa dasyat, mereka turut bangun dengan agresif dan lantang menentang kerajaan sedia ada.  Tahun 2008 merupakan detik hitam kepada kerajaan BN apabila gelombang Anwarisma melanda dengan menjatuhkan kerajaan BN sedia ada Menerusi pilihanraya. Bersambung......... (Bahagian seterusnya akan membincangkan tajuk "Anwarisme mensasarkan generasi  X dan Y")

FAHAMAN DARWINISME DAN ANWARISME (bahagian 1)

Sebelum memperkatakan tentang kedua-dua ideologi ini, seeloknya biarlah kita kenali apa itu istilah ideologi dan pecahan ideologi ini. Apa yang kita tahu secara kasar, ideologi adalah dasar pemikiran yang mempengaruhi aspek kehidupan orang ramai. Dasar pemikiran atau ideologi ini dipecahkan kepada beberapa fahaman bermula dari satu fahaman. Antara pecahan fahaman tersebut sama ada kepada aspek cara hidup, sosiopolitik, pegangan agama mahupun pengaruh individu.  Islam juga merupakan satu fahaman yang merangkumi segala aspek kehidupan kita selaku Umat Islam. Dasar Ideologi Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W melalui wahyu Tuhan tidak perlu diperkatakan lagi kerana ia sememangnya fahaman yang jelas terbukti kebenarannya menerusi kitab yang diturunkan kepada Utusan Tuhan. Kembali semula kepada Ideologi Darwinisme atau Dasar Pemikiran Darwin yang kita faham banyak mempengaruhi fahaman Komunisma. Teori evolusi merupakan hasil dari dasar pemikiran Darwin yang berpendapat semua ciptaan dialam ini datang dari satu unsur tunggal mikroorganisma dan melalui beberapa evolusi iaitu perubahan genetik hingga membentuk satu unsur hidupan yang lain. Salah satu teori Darwin yang paling terkenal hingga mencetuskan Perang Dunia 1 & 2 ialah teori evolusi manusia. Daripada teori tersebut maka timbullah dasar pemikiran yang meletakkan bahawa agama dan pentadbiran perlu dipisahkan. Akhirnya wujudlah fahaman komunisma yang menolak unsur ketuhanan dalam pemerintahan. Dirujuk kepada Surah Ar-Rum ayat 30 yang bermaksud:  Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus ke agama (Allah S.W.T.) , (Tetapkanlah atas) fitrah Allah S.W.T.yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Daripada apa yang difirmankan didalam surah tersebut, jelas sekali aspek kehidupan manusia tidak boleh diasingkan dari agama dan unsur ketuhanan kerana akal fikiran yang terpisah dari unsur ketuhanan akan menghadapi jalan buntu. Kita dapat lihat Firman Allah S.W.T. Ini sangat bertentangan dengan fahaman Darwinisma yang tidak mahu mencampur adukkan agama dengan politik. Begitu dasyatnya teori Darwin ini hingga lahirnya fahaman komunisma, sosialisma dan beberapa fahaman yang lain. Kesemua fahaman dari dasar pemikiran Charles Robert Darwin atau dikenali sebagai Darwinisme menolak campur tangan agama didalam aspek cara hidup dan sosio politik.  Seperti yang kita tahu sebahagian daripada fahaman ini mengalami evolusi sebagai mana yang dipegang oleh Darwin hingga wujudnya fahaman kecil tanpa disedari oleh pembuat dasar tersebut. Antaranya ialah dasar Anwarisma atau dikenali dengan nama Anwarisme. Suatu dasar kepartian yang meletakkan bahawa suatu perubahan sistem pemerintahan perlu dilakukan menerusi rombakan pentadbiran. Kita pernah mendengar tentang kenyataan Anwar mengenai pembentukan negara Islam dan beliau menolaknya. Amat hampir sekali dengan teori Darwinisme yang tadak mahu campur aduk agama dalam sistem kehidupan.  Anwarisme membentuk satu kefahaman bahawa perubahan adalah wajib dengan apa jua cara agar matlamat sesuatu parti dapat dicapai. Sama seperti kesan dari teori Darwin, pengikut fahaman ini terutamanya Komunisme berpendapat tiada undang undang khusus yang terikat dengan pegangan mereka hingga pada mereka apa yang dilakukan tidak menjadi satu kesalahan dan mereka bebas melakukan apa saja tanpa dikongkong.  Hasil dari teori ini, penyokong dasar Anwarisme berpendapat dasar republikan atau hak awam itu mesti diterapkan tanpa ada pemimpin monarki. Sangat bertentangan dengan perundangan Islam yang meletakkan perlunya panduan hidup beragama dan memiliki pemimpin untuk memerintah. Bersambung..................... (bahagian seterusnya akan membincangkan tentang matlamat menghalalkan cara dalam pemikiran Anwarisme)

Saturday, May 5, 2012

AL KISAH KAFIR MENGKAFIR TAK SUDAH



Bila ditanya tentang usaha menyatukan PAS dan UMNO, jawapan tetap sama. TAK NAK. 


Parang Pedang dah tak tahu apa nak cakap lagi dah. Jawapannya tak lain dah.. TAK NAK. Macam iklan rokok je bunyinya. TAK NAK. 

Akhirnya tahulah Parang Pedang bahwa najis kafir mengkafir ni masih tak padam dari jiwa penyokong tegar PAS ini. Entah sampai bila segalanya akan berakhir. Kalau dulu tahap kafir mengkafir ni sampai pada level haram memakan sembelihan orang UMNO. sekarang pula dah tak boleh bersalam dengan orang UMNO pula. Apa nak jadi dengan orang PAS ni? 


Sepatutnya PAS sedar siapa saudara mereka yang sebenar. Siapa pula musuh mereka yang sebenar. Nak bina negara Islam, bukan melalui cara bersekongkol dengan orang kafir. Hanya permata yang kenal manikam, bukan kaca. 

Mungkin kerana sistem Islam 100% belum terlaksana di Malaysia maka terus sahaja PAS menghukum UMNO kafir. Lupakah mereka bahawa sekutu mereka lebih dasyat dari UMNO kerana menolak Islam secara total. Bahkan telah ada suara sumbang menolak Islam secara mentah-mentah dihadapan semua orang, bahkan dengan lantang menyebut celaka UMNO tanpa disedarinya semua ahli UMNO itu berbangsa Melayu.


Masih juga PAS tak menyedari hal ini kerana masih diliputi seribu satu dendam tak sudah. Dulu generasi X sememangnya sangat fanatik dengan PAS, tapi kini alhamdulillah segalanya telah berubah apabila mereka telah mula kembali ke pangkuan UMNO kerana pemikiran semakin matang dalam memilih yang terbaik. 


Tambahan pula kehadiran generasi Y yang sememangnya sayang pada UMNO sangat dinantikan oleh pucuk pimpinan UMNO. inilah bakal pelapis kepimpinan negara suatu hari nanti. Isu kafir mengkafir dikalangan generasi Y telah lenyap sama sekali diminda mereka kerana mereka hanya mahu melihat kemajuan yang seimbang dinegara ini.


Tidak ada salahnya kita sesama Islam berjabat tangan kerana persaudaraan Islam itu tidak ada batasannya. Bahkan seorang muslimin yang disakiti oleh kaum kafir sewajibnya diberikan bantuan, sokongan serta perlindungan. Bukan ditambah lagi penderitaannya. Sikap inilah yang patut ditanam dalam jiwa kita semua tak kira UMNO mahupun PAS. 


Hanya satu yang perlu diingatkan didalam diri kita semua. Mengagamakan parti itu tidak salah kerana Islam itu merangkumi setiap aspek kehidupan termasuk politik. Tapi yang salahnya ialah mempolitikkan Islam dengan mengaku hanya parti mereka sahaja Islam seterusnya meletakkan parti lain sebagai kafir.

Friday, May 4, 2012

POLIS.... Terima Kasih Atas Perlaksanaan Tugas Anda Dengan Penuh Berhemah

28 April merupakan tarikh hitam negara apabila beribu-ribu orang penyokong pembangkang yang menyertai BERSIH mula bertindak ganas merosakkan harta benda awam. Apa yang tidak boleh kita terima ialah tindakan mereka yang memukul orang awam dengan sengaja. Tidak kurang juga mereka yang memukul anggota keselamatan kita tanpa belas ihsan.  Amat biadap sekali apa yang telah mereka lakukan didalam negara, seolah-olah tiada undang-undang dalam negara kita. Apakah ini yang menjadi idaman mereka sejak menjadi pembangkang? Sikap fanatik yang keterlaluan menyokong ideologi Anwarisme menjadikan jiwa dan akal mereka ibarat haiwan liar.  Namun begitu kita amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana tiada tindakan jenayah berat yang terjadi saat perhimpunan dan pemberontakan ini berlangsung. Tiada kes rompakan, cabul mahupun pecah bangunan.... Satu yang kita perlu tahu, Polis bukan pengganas seperti apa yang dilemparkan oleh suara pembangkang. Mereka tidak menyerang, sebaliknya mereka yang diserang dan diperangi oleh peserta BERSIH.  Perusuh tahu bahawa Polis tidak boleh bertindak jika tiada arahan. Atas sebab demikian, perusuh dengan sesuka hati mereka bagai zionis yahudi mencederakan anggota keselamatan ini. Beberapa gambar yang diambil dan video yang dirakam menjadi bukti perlakuan binatang yang merusuh ini. Bertapa peritnya derita anggota polis yang terlibat dalam menjaga keamanan dari bahana rusuhan ini. Lebih perit lagi Parang Pedang mendapat tahu bahawa sahabat sendiri yang baru pulih dari pembedahan implan organ hati terpaksa bertugas menjaga keselamatan negara disebabkan oleh rusuhan ini. Dihati ini terdetik bertanya kepada diri sendiri, kenapa sahaja tidak orang awam sahaja yang turun berhadapan dengan perusuh yang terdiri daripada orang awam ini... Biarkan pihak Polis melakukan tugas lain tanpa terlibat dengan tugas meleraikan rusuhan. Jika anggota Bomba bertugas meleraikan api kebakaran yang tidak kenal musuh, Polis pula terpaksa menghadapi makhluk yang berakal tetapi tidak kenal belas kasihan. Satu situasi yang lebih merbahaya dari api kebakaran. BERSIH 3.0 telah membuka mata semua pihak sama ada yang pro kerajaan BN mahupun yang duduk atas pagar bahawa bertapa hapraknya pembangkang. Ibarat imam yang menyeru makmum untuk bersolat tetapi tidak membetulkan saf makmumnya. Selama ini ramai yang mengatakan bahwa polis bertindak kejam ke atas perusuh. "cubit sikit, jerit serupa pondan" sememangnya layak dikatakan kepada perusuh. Baru kena sedikit, mengadunya berlebih-lebihan hingga masuk ke dalam akhbar. Satu soalan sahaja yang Parang Pedang nak tanya, kalau dah tahu Polis garang kenapa masih nak merusuh? Jangan salahkan Polis jika perusuh kena pukul kerana anda sendiri lempar batu ke dinding, terpelantinglah ke dahi sendiri. Jangan pula nak ajar anak supaya membenci Polis kerana perusuh adalah penjenayah jalanan.  Siapa polis yang perusuh nak bencikan? Kalau rumah perusuh kena pecah masuk, takkan nak panggil unit amal PAS? Kalau anak bini kena cabul atau rogol, takkan nak mintak unit amal PAS ambil tindakan? Wujudkan unit forensik dalam unit amal PAS ni? Pistol pun tak ada apatah lagi kelengkapan pertahanan dan peralatan untuk siasatan. Pastinya kepada Polis anda akan kembali minta bantuan. Perusuh menuntut hukum hudud, apa pula hukuman yang sesuai untuk mereka yang memberontak? Bagi Parang Pedang, perusuh ini telah wujud sejak zaman Sayidina Usman Affan lagi hingga khalifah kita ini syahid dibunuh pemberontak. Selalunya perusuh didalangi oleh orang kafir dan fasik, bukannya kelompok cediakawan Islam.  Sangat elok tindakan Polis menyebarkan wajah-wajah perusuh agar dapat kita tahu siapa yang paling 'baik' dikalangan mereka. Parang Pedang sangat berharap agar tindakan tegas dapat diambil terhadap perusuh ini, biar duduk dalam penjara dan rasakan bagaimana jika terpisah dari dunia luar. Buat pihak Polis, terima kasih daun keladi kerana sudi jaga keamanan negara ini. Bokan nak mengampu, bukan Parang Pedang nak bodek sesiapa pun. Cuma ingin mengucapkan syukur atas keamanan yang terjaga selama ini.

Al-Fatihah.....Salam Takziah Buat Keluarga Pelakon Komedi Bob Kuman

Tak dijangka pemergian Allahyarham Bob Kuman meninggalkan kita semua yang masih dahagakan gelak tawa keriangan menonton jenaka Allahyarham. Sememangnya ketika awal kebangkitan nama beliau disaat bersama barisan pelakon dan pelawak terkemuka seperti Saiful Apek, Senario dan barisan pelawak veteran. Turut sama ketika awal penglibatan beliau dalam bidang seni adalah Kumin. Allahyarham Bob Kuman atau nama sebenar beliau Husni Mohd Rawi, berusia 40 tahun meninggal dunia pada jam 4.38 petang semalam, 3 Mei 2012 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1433 Hijrah. Punca pemergian beliau adalah disebabkan oleh komplikasi jantung, paru-paru berair dan darah tinggi. Punca beliau jatuh sakit dikatakan bermula sejak terjatuh sewaktu proses penggambaran filem Jangan Pandang Belakang Congkak memegang watak pengamal perubatan tradisional. Semejak kejadian tersebut kesihatannya mulai menurun hinggalah saat pemergiannya meninggalkan kita semua. Allahyarham meninggal dunia dikediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara Petaling Jaya. Al-Fatihah buat Allahyarham Bob Kuman. Semoga roh beliau ditempatkan bersama insan yang soleh.... Amin......

Thursday, May 3, 2012

ANWARISME SATU DASAR FANATIK KETERLALUAN PENYOKONG

Dalam budaya kita selain beberapa ideologi yang telah lama bertapak dinegara ini, terdapat juga beberapa ideologi lain yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.  Salah satu daripadanya ialah dasar Anwarisme atau Anwarisma. Satu fahaman atau ideologi yang baru bertapak dibumi Malaysia sejak 1998. Ketika itu pengikut atau penyokong Anwar terlalu ramai hingga UMNO kehilangan ramai ahli disebabkan kebanyakannya pergi kepada Anwar.  Bermula dari laungan LAWAN TETAP LAWAN hingga kepada laungan REFORMASI. Anwar terus bangkit mempertahankan dirinya yang mendakwa konon beliau dianiaya. Saat berada didalam penjara, Anwar terus dipertahankan  oleh penyokong fanatik hingga tak ubah seperti Aung San Suu Kyi. Namun perlu diketahui bahawa Su Kyii ialah pejuang demokrasi sedangkan Anwar mempertahankan diri sendiri saat terbukti dia bersalah hingga dipenjarakan. Ternyata terlalu jauh dasar perjuangan mereka berdua.  Satu fakta yang perlu diketahui oleh semua pihak ialah sejauh mana Anwar memperjuangkan matlamatnya dan untuk apakah matlamatnya itu. Jika benar Anwar dipihak yang betul, mengapa beliau memulakan langkah reformasinya selepas tuduhan liwat dan rasuah dibuat? Apakah beliau tidak boleh memulakan sejak dari dahulu lagi? Kenapa tidak beliau memulakan tindakan reformasi ketika beliau didalam ABIM atau sebelum dikutip oleh Tun Mahathir ke dalam UMNO? Satu lagi persoalan yang perlu dibangkitkan ialah, apa faedahnya meminta bantuan pihak luar negara sedangkan mereka tiada kena mengena dengan politik dalaman negara. Adakah sudah hilang kepercayaan Anwar terhadap ahli parti sendiri hingga perlunya bantuan luar?  Dasar Anwarisme semakin kuat dengan peranan yang dimainkan oleh keluarga beliau sendiri. Kini kita tahu pelbagai strategi telah dirancang oleh Anwar untuk dirinya sendiri. Selaku mastermind dalam parti pembangkang, sudah tentu idea tersebut akan diagihkan kepada beberapa pemimpin parti pembangkang untuk digunakan oleh ahli mereka. Maka setiap tindakan yang dilakukan oleh ahli parti pembangkang seolah-olah bukan dirancang oleh beliau. Anwar telah mengubah dasar pemikiran semua pihak tidak kira kawan mahu pun lawannya. Jika dahulu beliau merupakan orang yang paling disayangi oleh Tun Mahathir hingga pembangkang sendiri jijik melihat beliau. Masih kita ingat apa gelaran yang diberikan oleh Mat Sabu terhadap Anwar? Apa kata-kata Karpal terhadap Anwar? Hingga saat beliau dikeluarkan dari Umno dan mendapat sokongan dari mereka yang pernah membenci beliau. Karismanya tetap ada dan mampu mempengaruhi pemikiran orang ramai. Anwar mempunyai kepandaian dalam taktik politikal Malaysia hingga mendapat perhatian pihak luar negara. Tindakannya diibaratkan dua dalam satu iaitu merancang dan bertindak seolah-olah wujud dua watak yang meletuskan perang dunia iaitu Darwin dan Lenin. Kini ideologi beliau semakin mengembang hingga tercetusnya pemikiran Anwar dikalangan anak muda. Ideologi ini jika tidak dibendung akan mencetuskan keadaan yang tidak stabil terhadap suasana demokrasi Malaysia. -Parang Pedang-

LEGA DAH JUMPA ADIK NAYATI

syukur ke hadrat ilahi, adik Nayati yang hilang pada 28 April Lalu dah ditemui semula..... Parang Pedang tak dapat bayangkan jika apa yang akan terjadi jika anak kecil ini diapa-apakan oleh si penculik.  Apa pula motif penculik mengambil anak kecil ini? Adakah disebabkan dendam atau ingin meminta wang tebusan? Parang Pedang tak peduli tentang hal itu, tapi Parang Pedang percaya pada satu sebab, DOA dari semua pihak tak kira agama mahupun bangsa.  Parang Pedang percaya Tuhan tidak akan menolak doa orang yang meminta dengan bersungguh sungguh serta ikhlas. Akhirnya Tuhan mencampakkan perasaan takut ke dalam hati si penculik hingga menyebabkan dia takut untuk meneruskan hasratnya.  Kepada ahli keluarga adik Nayati, ini adalah satu anugerah dari tuhan bertapa mahalnya nilai seseorang kepada kita. Buat pihak polis pula, sikap ambil berat dengan melakukan tindakan mencari menjadi satu lambang keprihatinan anda. Apa yang penting ialah sokongan dan dorongan orang ramai yang turut sama bertindak mencari dan menyebarkan gambar adik Nayati untuk dicamkan. Semoga perkara ini tidak akan berulang lagi.....

Wednesday, May 2, 2012

WAHHHHH...... SKANDAL THREE SOME........ ATAU THREE STOOGES ?

Nampaknya skandal seks pemimpin pembangkang dah sampai kemuncaknya apabila tiga pemimpin pembangkang atau kita panggil 3A (makan cili sendirilah rasa pedas) mengharumkan nama parti pembangkang dengan bau tahi hasil skandal seks. Doggy, three some, 69, blowjob.... Semuanya sudah lali dimata mereka. Terlalu banyak kontroversi yang mereka wujudkan hingga bau haruman tahi mewarnai dunia politik kotor mereka. Sesuailah nama pembangkang itu dengan gelaran BERSHIT atau SHIT seperti apa yang pernah dikarangkan oleh Shahnon Ahmad.  Satu demi satu tahi yang dikeluarkan oleh ponggong pembangkang menerusi jubur dan mulut mereka. Parang Pedang sudah tidak dapat menahan hidung mencium bau tahi yang dikeluarkan oleh SHIT ini. Sangat kotor lagi menjijikkan hingga BERSIH yang dianjurkan oleh mereka bertukar menjadi BERSHIT. Inilah salah satu permainan wajib dalam dunia pembangkang iaitu main tahi. Halal haram tak dipandang asalkan niat dihati tercapai.  Buat insan 3A, insaflah dan jalanilah hukuman yang telah termaktub dalam Al-Quran. Apakah dah melakukan kesalahan besar disisi agama, lalu hukum hudud ditolak ke tepi? Apa pula maruah sebagai bangsa melayu, seharusnya sembunyikan diri didalam tanah kerana maruah telah disiat. Apakah perjuangan bangsa Melayu yang dilaungkan oleh UMNO ditolak ke tepi juga kerana tak mahu kehilangan kuasa? Alahai 3A, masih dibuai mimpi politik kotor sedangkan rakyat sudah mula jernih mata.  Parang Pedang: 3A( aku adalah aku)

Watikah dari Perak Cyber Troopers

Amatlah terharu akan Parang Pedang melihat bertapa meriahnya majlis pelancaran PCT pada 28 April baru-baru ni... Ucapan tahniah dari saf angkatan PCT kepada yang hadir dan kepada yang tidak berkesempatan, ini adalah langkah pertama dan akan ada lagi perjumpaan sebegini. Apa yang diharapkan ialah sokongan padu dari para pembaca dan penyokong angkatan PCT. Parang Pedang sukacitanya ingin menyatakan bahawa PCT dalam sedar mahupun tidak sedang bangkit menggegarkan dunia cyber tatkala semboyan perang telah dibunyikan oleh pucuk pimpinan kerajaan BN. Wujud dari individu blogger jalanan yang tidak dikenali langsung kepada sebuah angkatan siber paling menggerunkan. Dibawah ini merupakan ucapan ketua angkatan PCT berikutan program pelancaran Perak Cyber Troopers. TERIMA KASIH DARI PCT Wednesday, May 02, 2012     Ucapan terimakasih kepada para pejuang Maya yang sudi hadir ke majlis pelancaran PCT pada sabtu lepas. Walaupun hujan lebat sebelumnya namun kehadiran untuk meraikan majlis pelancaran tidak diuzurkan.  Walaupun majlis dianjurkan secara santai dan sederhana namun sikap pejuang maya yang sporting membuatkan majlis menjadi begitu meriah. Tidak di lupakan juga ucapan terimakasih kepada para penyumbang yang sudi memberikan sumbangan yang serba sedikit dapat membantu menjayakan kemeriahan majlis ini seperti : Dato Zainol Fadzi Paharudin, Dato Hamidah Osman, Khairul Azwan kp/ BN-UMNO pk, MAYC (Azmi Ismail ), Salbiah mohamed K Puteri, Ddin bunga, Dato Azian Othman, Iskandar Rahman, Perak Aman Jaya dan Hang Tuah Hj Din. Terimakasih diatas kehadiran para tetamu seperti abang tuah, braveheart, chegu man, wakil BPN dan wakil BNPC. Daripada : Blogger PCT (sekupangdua, angkatan pemikir, budak benteng, awekz, kinta menjerit, kamunting, taiping, kinta, house of reban, angin pak tam, perak emas, topan alam, perghhh kirikanan, biggie, parang pedang, mari kuat ) Sekiranya ada nama nama yang tertinggal kami mohon maaf.