Saturday, December 22, 2012

Buluh Tumpat.

Rupanya kekayaan Allah tidak terhad bilangannya bukan sahaja atas kalamNya sahaja. Bahkan Allah turut memberikan kekayaan itu kepada setiap ciptaanNya sebagai tanda kekuasaan bagi mereka yang tahu bersyukur.

Semalam, Parang Pedang baru saja diberikan sepotong kayu hikmah dimana InsyaAllah dengan IzinNya mempunyai khasiat tersendiri. Kayu hikmah itu tidak lain hanyalah sejenis buluh tumpat yang tidak berongga didalamnya.

Mengikut pengalaman mereka yang memiliki buluh tumpat ini atas izin Allah mampu menghalang segala bentuk sihir, mematikan ilmu kebal musuh dan segala jurus ghaib.

Ia lebih bersifat pelindung dan mematahkan serangan musuh.

Gambar berikut merupakan gambar sebenar buluh tumpat yang dihadiahkan kepada Parang Pedang oleh sahabat dari Negeri Dibawah Bayu. Dia mendapatnya dari seorang di  Brunei. 

Insyaallah, buluh tumpat ini akan digunakan oleh Parang Pedang untuk kebaikan.






Bt

No comments: