Thursday, April 21, 2011

Benarkah Penyokong PAS anti hadis?


Terasa sangat marah Parang Pedang pada penyokong PAS ni apabila mempertikaikan sumpah laknat yang dibolehkan oleh Rasulullah S.A.W setelah sukar mendapatkan bukti yang jelas iaitu 4 orang saksi yang adil. Ini disebabkan oleh ketaksuban terlalu tinggi penyokong PAS yang mahu membela si pesalah yang telah berzina agar terlepas dari hukuman. Baru tadi Parang pedang terbaca kenyataan seorang Penyokong PAS yang dikenali dengan nama iskandhar Zulkarnain yang mengejek kaedah penggunaan sumpah laknat.

Disertakan bersama artikel ini ialah bukti kenyataan si anti hadis ini yang mempertikaikan apa yang telah dianjurkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W

Diharapkan agar ini akan menjadi iktibar kepada semua agar berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan kepada umum.

Adakah DAP akan bergabung dengan PAP apabila telah menguasai Malaysia?



Jika kita amati logo parti DAP (Malaysia) dan PAP yang berpusat di Singapura, sangat terserlah kesamaan antara kedua-dua belah parti ini. Kenapa Parang Pedang mahu kaitkan PAP dengan DAP sedangkan yang ada di Malaysia hanyalah DAP. Inilah yang Parang Pedang cuba bongkarkan disebalik suatu pemerhatian secara mendalam. Bagi Parang Pedang, demokrasi bermakna kebebasan bersuara oleh rakyat tanpa ada dasar kuku besi. Akan tetapi yang perlu diketahui ialah cara demokrasi tersebut sama ada berparlimen atau republik. Malaysia melaksanakan dasar demokrasi berparlimen manakala Singapura pula dengan demokrasi republiknya.

DAP beranggapan bahawa sistem parlimen yang bersandarkan kepada perlembagaan telah menjadikan sesebuah negara itu mundur. Oleh demikian parti ini telah nekad menjadikan negara sebagai sebuah negara republik. Dengan mengenepikan perlembagaan, kuasa institusi raja, ketuanan Melayu serta hal ehwal adat resam dan Agama Islam sebagai agama rasmi, parti tersebut akan dapat membentuk sebuah negara dengan sistem yang sama seperti Singapura.

Dalam mengejar cita-cita DAP sejak sekian lama, agak sukar bagi mereka untuk bekerjasama dengan PAS kerana majoriti penyokong PAS adalah bangsa Melayu beragama Islam dan sudah pasti tentangan sengit akan terjadi kerana matlamat PAS ialah mewujudkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem Islam seratus peratus (100%) sedangkan matlamat DAP adalah demokrasi republik. Oleh demikian, langkah terbaik ialah dengan cara bergabung dengan pelbagai parti pembangkang dalam membentuk suatu pakatan rakyat (sebenarnya pakatan DAP) agar mampu menjadi suara gergasi dalam amalan demokrasi di Malaysia. Dengan bertindak sebagai 'jeneral' dalam Pakatan Rakyat, DAP mudah saja mengorbankan parti-parti lain yang menjadi tentara caturnya. Kita imbas semula bagaimana caranya DAP mengorbankan calon-calon Pakatan Rakyat di kawasan yang diyakini amat tipis untuk menang kerana tidak mahu kerugian padahal kawasan yang ditandingi DAP mempunyai prospek untuk menang. DAP juga menjadikan parti lain sebagai bahan kajian bagi menentukan kadar sokongan terhadap pembangkang sama ada kuat mahupun tidak.

Berbalik semula kepada perbincangan asal sama ada DAP akan bergabung dengan PAP apabila telah menguasai Malaysia adalah tidak mustahil kerana Singapura pernah menjadi sebahagian dari malaysia walaupun sekejap. PAP boleh dianggap sebagai mentor kepada DAP kerana perlaksanaannya dalam demokrasi republik lebih matang dan berpengalaman. Perkara pertama sekali yang DAP akan lakukan ialah beberapa penghapusan hak milik melayu seperti yang diterangkan diatas. Ini sudah jelas kelihatan sama seperti yang berku di Pulau Pinang, itupun baru perubahan minor yang telah DAP lakukan. Bayangkan apa akan terjadi jika jika perubahan major berlaku setelah Malaysia dikuasai DAP dengan bantuan sokongan PAP.

Fikirkanlah masa depan anak bangsa kita. Penyesalan tidak sudah jika kita bertindak tanpa memikirkan buruk baiknya sesuatu perkara. Ingatlah pusara kita, tanah kebun, rumah pusaka dan segala apa yang telah dijadikan hak kita akan lenyap begitu sahaja. Sanggupkah kita cuma sekadar memiliki lantai batu berlapis-lapis sampai mencecah langit (pangsapuri murah) semata-mata?

Wednesday, April 20, 2011

DAP Ibarat Parasit Dalam Pembangkang

Hidup atas nama pembangkang, itu istilah yang paling sesuai buat parti ini. Sekian lama DAP menghadapi susah payah diatas penubuhannya ketika awal kemerdekaan dahulu dan kini sudah bergelar parti yang aktif menakluk beberapa kawasan di Malaysia.

Tetapi apakah hidupnya parti ini kerana wujudnya beberapa parti gergasi yang lain disamping mendapat bantuan beberapa parti yang tumbuh bagai cendawan? Inilah yang sedang kita lihat sepanjang berlangsungnya perjalanan politik tanah air. Lebih dikesalkan lagi adalah cara parti ini bergerak dengan berselindung disebalik kredibiliti parti pakatan mereka yang lebih agresif dan dalam masa yang sama menghirup darah parti-parti yang lain hingga menemui kekalahan tanpa disedari oleh parti yang bergerak sama dengan DAP.

Lihat sahaja contoh Pilihanraya DUN Sarawak dimana PKR yang menghantar wakilnya bertanding telah mengalami kekalahan teruk sedangkan DAP memperolehi kemenangan yang lebih banyak hingga mampu menewaskan Timbalan Ketua Menteri Sarawak dari SUPP.

Adakah Pakatan pembangkang masih tidak sedar akan muslihat ini hinggakan terkorban angkara DAP? Strategi DAP yang sangat licik telah mengaburi dua parti besar iaitu PAS dan PKR akan tetapi dapat dibaca oleh para penganalisis politik. DAP mempunyai pelan penaklukan Malaysia melalui beberapa buah negeri sebagai checkpoint seterusnya menjadikan negeri taklukan mereka sebagai center untuk meluaskan kawasan.

Apa yang harus kita ketahui ialah dasar perkongsian DAP yang berat sebelah dimana parti-parti lain tidak boleh mengganggu gugat kawasan DAP akan tetapi parti DAP boleh mencampuri urusan parti lain. Kita ambil contoh seperti apa yang berlaku di Perak setelah BN mengalami kekalahan besar pada PRU 12. PAS yang sepatutnya mentadbir telah dipertikaikan oleh DAP kerana menteri besarnya bukandari kalangan ahli DAP sendiri. Sedangkan undang-undang Perak berkehendakkan bahawa Menteri Besar mesti terdiri dari Bangsa Melayu Beragama Islam.

Jelaslah apa yang Parang pedang katakan disini semuanya berdasarkan fakti serta bukti kukuh. Bukan sekadar omong-omong kosong seperti yang selalu didakwa oleh puak pembangkang. Menjadi harapan parang pedang semoga mesej kesedaran ini akan sampai ke lubuk hati para penyokong parti pembangkang agar menerima hakikat bahawa siapa sebenarnya DAP didalam Malaysia.

Artikel akan datang: “Apakah DAP akan bergabung dengan PAP apabila telah menguasai Malaysia?”

Saturday, April 16, 2011

Dasar Anwar Ibrahim yang tidak mampu membayangi Tun Mahathir.

Tajuk yang diletakkan ini bukanlah bermaksud Parang Pedang ingin memuji individu yang dinyatakan, tetapi mempersoalkan sejauh manakah dasar pemikiran Anwar Ibrahim yang selama ini membayangi dasar pemikiran Tun Mahathir Mohamad selepas beberapa tahun dipimpin oleh Mantan Perdana Menteri tersebut selaku mentornya.

Kata orang jika mahu berguru biarlah sampai tamat, khuatir ilmu yang tidak tamat akan memakan diri. Begitulah jua jadinya dengan Anwar Ibrahim yang selama ini dibentuk dengan acuan Tun Mahathir sejak awal penglibatannya dalam UMNO sehinggalah saat kejatuhannya pada tahun 1998. Jika diimbas kisah lalu tentang perjalanan Anwar Ibrahim dalam dunia politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kita dapat lihat bertapa banyak kontrovesi yang ditimbulkan oleh Anwar Ibrahim sehingga pernah ditahan pihak berkuasa ketika bergelas siswa.

Tun Mahathir melihat pada awal penglibatan Anwar Ibrahim sebagai suatu kekuatan baru dalam arus poltik telah mengambil Anwar seperti anak beliau sendiri dan diberi didikan dalam pelbagai ilmu politik dan pentadbiran. Namun begitu setelah beberapa tahun berdiri dibelakang Tun Mahathir, beberapa kepincangan mula kelihatan dan ini amat mengecewakan Tun Mahathir selaku mentor kepada Anwar. Sehinggalah saat kemuncak kejatuhan Anwar secara total jelas menunjukkan apa yang diserapkan oleh Tun Mahathir ke dalam diri Anwar Ibrahim sebagai ganti diri beliau telah gagal. Walau apapun yang terjadi, kegagalan ini tidak boleh diletakkan diatas bahu Tun Mahathir kerana ia adalah kehendak Anwar sendiri yang mahu melakukan kaedah “try and error” (cuba dan salah). Tanpa memikirkan bahawa laluan yang dibawa oleh Tun Mahathir amat berisiko, Anwar telah menjatuhkan dirinya ke dalam jurang yang tidak mampu didaki semula.

Lalu bermulalah episod baru Anwar Ibrahim dalam dunia politik tanpa bimbingan seorang mentor sekaligus ia membuatkan bayangan Tun Mahathir dalam diri Anwar hilang begitu sahaja. Kini Anwar Ibrahim telah cuba membawa imejnya selaku pemimpin sebuah parti namun tidak mampu menyaingi pengaruh Tun Mahathir. Sifat egonya telah menutup pintu hati dari menghargai pengorbanan seorang mentor yang selama ini meletakkan kedudukannya hampir separas seorang pemimpin tertinggi dalam UMNO ketika itu. Bukan itu sahaja, Anwar Ibrahim nekad menentang mentornya dalam arena politik dan cuba membentuk ikon sendiri menerusi parti pembangkang.

Jelaslah perjuangannya bermotifkan dendam terhadap Tun Mahathir hinggakan sanggup memecah-belahkan sekelompok ahli UMNO untuk menyertai parti barunya. Bagai kacang yang melupakan kulit, serangan demi serangan telah dilancarkan oleh Anwar terhadap Tun Mahathir ekoran pemecatan terhadapnya dari jawatan TPM. Anwar sememangnya jauh tersimpang dari jalan asal matlamat ketika awal penyertaan ke dalam parti UMNO tidak seperti Musa Hitam yang akur pada kenyataan apabila jatuh dari kedudukan beliau.

Sememangnya hukum Tuhan tetap adil terhadap hamba-Nya apabila tembelang Anwar mula pecah dengan beberapa isu, ditambah pula kredibilitinya mulai hilang kerana ramai ahli yang menyertai PKR telah bertindak keluar parti dan mempetikaikan kemampuan Anwar dalam memimpin PKR. Jika dilihat pada aura Tun Mahathir, masih wujud kekuatan pengaruh beliau dalam meraih sokongan orang ramai sekalipun beliau tidak lagi menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri. Buktinya ialah kempen pilihanraya yang mana pengaruh penyokong Tun Mahathir kelihatan hangat disetiap tempat dilawati beliau.

Misi dan Visi Tun Mahathir ternyata banyak memberikan keuntungan kepada seluruh rakyat Malaysia berbanding apa yang dirancang oleh Anwar Ibrahim sejak penubuhan PKR telah mengecewakan pelbagai pihak kerana tiada hasil. Kita seharusnya melihat sesuatu secara rasional sebelum memberikan sebarang kritikan terutama sekali dalam soal sokongan terhadap mana-mana pemimpin. Banyak perbezaan diantara kedua-dua pemimpin parti ini walaupun pernah berdiri diatas platform sama terutamanya dari segi kekuatan pengaruh dan daya kepimpinan. Apa pun, hanya rakyat sahaja yang mampu menilai perbezaan kedua-dua tokoh ini. Lihat, fikir dan buat penilaian sebelum memberikan keputusan.

Wednesday, April 13, 2011

Husam taknak bertanding….Nik Aziz kenapa tak letak jawatan?

Bukan nak bagi berapi, cuma nak hanguskan jer. Itulah yang Parang Pedang cuba persoalkan bila ajk PAS pusat iaitu Datuk Husam Musa menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding sebagai Presiden PAS. Tindakan professional Datuk Husam yang memikirkan soal kemampuan untuk memimpin sebuah parti dilihat lebih matang berbanding dengan TGNA (Tuan Guru Niak Aziz) yang masih tidak mahu melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan dan memberikan laluan kepada orang lain yang lebih layak.

Adakah tidak ada yang sesuai menggantikan kedudukan Nik Abdul Aziz dalam soal mentadbir sebuah Parti? Husam didalam BERNAMA (Berita Nasional Malaysia) menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk menentang Dato Seri Hadi Abdul Awang kerana menghormati pucuk pimpinan PAS. Bagaimana pula dengan pucuk pimpinan PAS terhadap penyokang bawahnya?

Cuma parang Pedang nak menyampaikan suatu pesanan disini, rahsia kekuatan sebuah parti adalah toleransi antara pucuk pimpinan dengan akar umbi yang baik seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional. Oleh demikian, kalau rasa tidak mampu untuk mentadbir dan membangunkan sebuah negeri, lebih elok meletakkan jawatan demi kesejahteraan rakyat. Rakyat taknak dengar ceramah dan laungan pidato semata-mata, tetapi perlu disertakan dengan bukti berupa sebuah pembangunan dalam negeri.

Tiada jurang persahabatan kerana perbezaan politik (untuk semua sahabat Parang Pedang).

Disini bukanlah Parang Pedang nak mengadu apa-apa masalah kepada pembaca. Tetapi sekadar menyampaikan apa yang terpendam dalam hati sejak menjadi penulis dalam dunia politik. Parang Pedang tahu ada yang mengenal diri ni secara mendalam iaitu rakan-rakan Parang Pedang sendiri. Jauh dalam fikiran Parang Pedang ialah berkenaan dengan pandangan serong sesetengah sahabat Parang Pedang akibat kurang senang dengan penulisan blog ini. Tapi apa yang mereka perlu tahu ialah prinsip Parang pedang yang tidak mahu mencampur adukkan antara dunia politik dengan hubungan baik dalam berkawan. Sangat jarang Parang pedang nak bangkitkan isu politik dengan seorang kawan melainkan ia dah dibangkitkan, itu pun selepas beberapa waktu Parang Pedang akan tukar topic yang lain.

Lain jadinya pula dengan beberapa orang kawan yang bertindak memboikot Parang Pedang (melalui FB dengan nama sebenar Parang Pedang). Tapi Parang Pedang tak ambil kisah sebabnya kalau terjumpa tengah jalan, Parang Pedang sendiri yang akan hulur tangan untuk bersalam. Kalau taknak bertegur sapa tu lainlah ceritanya, tapi memtuskan hubungan dengan seorang kawan memang pantang pada diri Parang Pedang.

Jadi untuk menjelaskan perkara ni, terpaksalah Parang Pedang menulis artikel ini bagi menyatakan pendirian serta prinsip Parang Pedang berkenaan jurang antara dunia politik dan persahabatan. Harapnya selepas ini para sahabat yang sangat Parang pedang hormati tidak adalah salah faham dan sengketa disebabkan hal sebegini.

PAS pernah menentang pembentukan Negara Malaysia

Suatu yang perlu kita kenang suatu masa dahulu. Sejarah yang patut diketahui dalam dunia politik negara mungkin telah dilupakan kerana pertimbangan budi bicara kerajaan BN. Namun begitu bagi pejuang politik negara ia takkan mudah dilupakan kerana pengkhianatan sebegini sukar dilupai.

Tambahan pula apabila melihat kesungguhan pembangkang yang mahu menguasai Sabah dan Sarawak, bertambah kebencian terhadap puak-puak yang tak tahu malu macam ni. Dahulunya merekalah yang tidak mahu Sabah dan Sarawak dimasukkan ke dalam Malaysia, tapi sekarang mereka pula yang beriya-iya mahu menawan kedua-dua negeri tersebut. Tidakkah wujud rasa malu dijiwa mereka yang mengkhianati Sabah dan Sarawak suatu ketika dahulu?

Berdasarkan sejarah awal penubuhan Malaysia, para pemimpin UMNO telah berjuang menyampaikan misi penubuhan Malaysia di Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei Darussalam. Walaubagaimanapun hanya Sabah, Sarawak dan Singapura (cuma berada dalam Malaysia untuk beberapa tahun sahaja) yang menyertai Malaysia. Ketika dalam penubuhan sebuah negara pada tahun 1963, beberapa pihak seperti Indonesia dan Filipina telah menentangnya, tidak terkecuali sebuah parti dalam Malaysia iaitu PAS yang terdiri dari bekas biro agama dalam UMNO. Jelaslah disini bahawa perjuangan UMNO adalah suci kerana ingin menyatukan seluruh negeri di nusantara dibawah satu nama iaitu Malaysia.

Parang Pedang nak bertanya kepada PAS, apakah sumbangan mereka kepada Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri tersebut menjadi sebahagian dari Malaysia? Nampaknya satu apa pun yang tak disumbangkan kepada Sabah dan Sarawak. Malah mereka berhasrat untuk memecah belahkan seluruh warga dikedua-dua negeri tersebut yang sentiasa aman. Pada hari ini kita lihat usaha pembangkang dalam mengkucar-kacirkan Sabah Sarawak masih berterusan.

Saf pejuang Barisan nasional tidak meminta apa-apa dari rakyat Sabah dan Sarawak, cuma fahamilah dan ingatlah siapa pejuang sebenar yang membela nasib mereka sejak dahulu hingga kini.

Monday, April 11, 2011

Lagi mau putar alam ka?

Sikit sikit isu minyak….takde isu lain ke dah? Itulah yang Parang pedang rungutkan pada pembangkang yang telah ketandusan isu. Mereka akan menggunakan isu lama dalam penyebaran fitnah mereka. Kali ini isu minyak pula yang dibangkitkan lagi dalam kempen di Sabah dan Sarawak. Cerita yang dibawa mereka ialah berkenaan isu minyak naik lebih tinggi di Sabah dan Sarawak. Apa jadah mereka ni buat cerita macam ni?

Parang pedang selama ni diam saja bila pembangkang buat cerita palsu, tapi nampaknya kali ni beria sangat mereka gunakan cerita palsu ni untuk kempen mereka. Apa yang dapat parang pedang buat ialah menangkis tuduhan mereka. Bertapa biadabnya mereka dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan berkenaan Kerajaan BN. Tanpa mereka sedar bahawa setiap kenyataan yang dikeluarkan itu telah menyinggung hati rakyat Sabah dan Sarawak. Memang patut jika ramai yang menganggap bahawa Pembangkang merupakan satu-satunya parti yang miskin. Bukan saja miskin dengan maruah malah miskin dengan isu serta moral.

Keegoan dengan kemenangan lalu menjadikan mereka lupa diri hingga sanggup melangkaui nilai-nilai moral. Tanpa merujuk kepada fakta (lebih kepada auta), mereka menuduh harga minyak telah dinaikkan untuk menambah kemarahan rakyat terhadap Barisan Nasional. Kini rakyat telah mula membuka mata dalam menilai bahawa siapa yang merosakkan siapa. Seperti baru-baru ini ketua menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng yang mahu membangunkan Sarawak telah menyakitkan hati penduduk Pulau Pinang kerana keadaan di Pulau Pinang bawah pemerintahan DAP pun masih gelap dan kebajikan tidak dijaga. Bagaimana pula hendak memerintah negeri Sarawak? Bukalah mata wahai rakyat Sarawak, jangan jadikan Sarawak seperti Pulau Pinang kedua.

lihat berita penuh

Tamak kuasa!

Lim Guan Eng tamak! Mahukan negeri lain sedangkan negeri sendiri tak terjaga. Itulah luahan Parang Pedang apabila Guan Eng mengeluarkan kenyataannya mahu mentadbir negeri Sarawak padahal rakyat Pulau Pinang menderita dibawahnya. Apakah tidak cukup pendertiaan masyarakat Pulau Pinang sampaikan dia mahu memijak Sarawak?

Inilah sikap pembangkang yang tak pernah cukup dan bersyukur dengan apa yang dimiliki sedangkan miliknya yang ada tidak terjaga kebajikannya. Perkara ini pernah terjadi di Perak apabila selepas kejatuhan kerajaan PAS, pemimpinnya tidak serik untuk bertanding di sebuah kawasan dan memenangi pilihanraya kecil ditempat tersebut. Namun begitu disebabkan sikap dendam dan tamaknya pemimpin tersebut, setiap pilihanraya kecil pastinya dia muncul untuk membalas kekalahan partinya di Perak.

Bukan dia sahaja, bahkan hampir keseluruhan pemimpin pembangkang menyimpan dendam tak sudah terhadap parti UMNO sampaikan negeri sendiri tak terjaga sedang negeri orang mahu diganggu. Berbalik semula kepada isu tamak kuasa di Sarawak, orang ramai sudah pandai memilih siapa pemimpin yang sepatutnya dan Guan Eng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan untuk mentadbir Sarawak padahal Pulau Pinang terumbang ambing goyah ekoran pentadbiran yang berat sebelah.

Sebagai Rakyat yang telah menikmati kemakmuran selesa seharusnya faham bahawa apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah sekadar janji kosong dan dendam kepada Barisan Nasional.

Mesyuarat Agung Cawangan Rapat Setia pada 10 April 2011 jam 3.00 petang

Petang tadi bertarikh 10 April 2011 jam 3.00 petang, Mesyuarat Agung Cawangan Rapat Setia telah diadakan di Dewan Koperasi Rapat Setia. Kehadiran seramai 66 orang telah merancakkan majlis dengan diperhatikan oleh seorang pemerhati dari Taman Ipoh Jaya sebagai wakil Bahagian Gopeng .

Dari pihak pemuda, seramai dua orang telah dihantar sebagai ahli perwakilan pemuda Bahagian Gopeng . Manakala dari pihak cawangan pula , seramai lima orang telah dihantar termasuk Parang pedang sendiri ke perwakilan Bahagian Gopeng. Beberapa usul telah dibangkitkan oleh beberapa ahli dan usul disokong oleh keseluruhan hadirin.

Sikap toleransi sesama ahli membuatkan mesyuarat berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Begitu juga barisan kepimpinan cawangan yang bijak menyusun aktiviti menjadikan masa mesyuarat selesai mengikut waktu yang sepatutnya.

Antara aturcara mesyuarat disertakan dibawah untuk tatapan umum:

- Pendaftaran ahli
- Ucapan aluan pengerusi majlis
- Bacaan doa
- Nyanyian lagu kebangsaan dan lagu “UMNO Bersatu”
- Perlantikan pengerusi mesyuarat dan akuan sumpah perlantikan
- Pengumuman jumlah ahli yang hadir
- Perlantikan jurutulis
- Ucapan ketua cawangan
- Pembentangan peringatan persidangan cawangan 2010
- Pembentangan penyata tahunan cawangan 2010
- Pembentangan penyata kewangan berakhir 31.12.2010
- Pemilihan 5 wakil cawangan ke perwakilan bahagian
- Perbahasan usul-usul
- Penangguhan persidangan (disokong)
- Ucapan penangguhan
- Persidangan ditangguhkan jam 5 petang.

Mengapa ahli politik pembangkang banyak terlibat dalam skandal seks?

Parang Pedang selalu tertanya tentang hal ni kerana kerap sangat skandal seks yang dilakukan oleh puak pembangkang terutamanya PAS dan PKR. Seperti yang kita semua tahu banyak kes skandal seks yang melibatkan ahli PAS manakala PKR pula telah dicop sebagai parti homoseksnya. Sebelum ini mereka telah banyak membuat pertuduhan mengenai skandal seks orang UMNO dalam cubaan menjatuhkan reputasi saf kepimpinan UMNO dan parti itu sendiri.

Apakah pertuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang sekadar untuk menutup kelemahan mereka sendiri daripada terlihat oleh rakyat? Mungkin juga kerana taktik ini seringkali dipakai oleh segolongan pemimpin diluar negara untuk menutup kelemahan mereka sendiri. Namun begitu pertuduhan mereka seringkali tidak didatangkan dengan bukti atau saksi. Inilah yang membuatkan orang ramai semakin meluat dengan sikap mereka. Baru-baru ini timbul lagi isu skandal oleh DSAI berikutan video aksinya bersama seorang pelacur. Sebelum itu juga kecoh dengan kes penangkapan seorang tokoh wakil rakyat PAS yang melakukan perbuatan zina didalam gerabak keretapi. Pernah suatu ketika dahulu terjadi kes khalwat Mat Sabu dengan seorang wanita didalam bilik. Ekoran peristiwa itu, maka orang-orang PAS pun bertempik memarahi orang yang melakukan penangkapan tersebut.

Maksum ke orang PAS ni hingga dihalalkan perbuatan zina? Tuan guru sila jawab kerana dengar katanya tuan guru tidak mahu memanjangkan kes ini. Kenapa tidak mahu mendedahkan kebenaran? Apakah kerana hudud tidak dilaksanakan di Malaysia lalu perbuatan sumbang disembunyikan? Mengapa pula apabila ahli UMNO yang melakukan perbuatan buruk , Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tuduhan? Adakah layak dia digelar ulama’?

Isu ini bukanlah bertujuan untuk menyerang TGNA, tetapi secara umumnya teguran ini disuarakan kerana mahukan suara yang adil dari seorang ulama’. Sebagai pewaris Rasulullah S.A.W. dia seharusnya bersikap tidak berat sebelah dalam mengeluarkan kenyataan mahupun menegakkan kebenaran. Bukan semua ahli PAS itu bersih hinggakan dosa yang dilakukan itu mudah saja diampunkan terutama sekali dalam persoalan skandal yang terjadi dikalangan ahli PAS.

Pada pendapat Parang Pedang, jika hukum hudud dilaksanakan sudah pasti majoriti yang menerima hukuman adalah orang PAS dan konconya kerana kebanyakan dari kes adalah melibatkan golongan tersebut. Jadi yang demikian harapnya janganlah mereka menelanjangkan diri sendiri dengan tuduhan skandal keatas UMNO kerana khuatit akan memakan diri.

Kes rumah pelacur di Kota Bharu tak diketahui siapa tokoh yang mendalanginya…….bila nak dedahkan?.........

Adakah Media hipokrit? Atau Dia yang putar belit?

Tadi Parang Pedang ada menonton Berita jam 8 malam, isu berkenaan sikap AI yang melenting apabila ditanya wartawan berkenaan isu kehilangan jam tangan Omega. Antara dialog AI ialah mengatakan bahawa media bersikap hipokrit dalam menyiarkan maklumat kepada umum. Kenapa dikatanya bahawa media bersikap hipokrit sedangkan media hanya mengatakan apa yang dinyatakan oleh AI. Jadi dimanakah sikap hipokrit yang ditunjukkan itu sedangkan apa yang disiarkan ialah apa yang pernah dikeluarkan olehnya.

Bagaimana pula dengan media yang berpihak kepada AI? Adakah media tersebut bercakap benar atau sama seperti media yang lain? Sikapnya yang tidak menghormati soalan dari media telah menyinggung semua pihak media sama ada media cetak, media elektronik mahupun media baru. Pihak media cuma mahukan kepastian yang terbuku dihati para penonton, pendengar dan pembaca. Dimanakah sikap adil yang didakwa diperjuangkannya atau adakah sekadar adil untuk mereka yang menjadi kroninya semata-mata?

Ternyata sekali AI adalah seorang yang hipokrit dan pandai berputar belit. Sebagai seorang yang profesional, dia seharusnya menjawab segala soalan yang dilemparkan dan memulangkannya dengan baik dan cekap. Bukannya dengan melenting serta mengherdik wartawan yang bertanyakan soalan. Apakah sudah tiada individu yang mahu dijadikan ayam laga dengannya selain wartawan? Atau tidak sedarkah dia bahawa apa yang ditanya oleh wartawan adalah persoalan yang diajukan oleh rakyat. Soalan yang mudah iaitu ‘kenapa tak serahkan jam tersebut’. Sepatutnya dia mampu menjawab dengan baik atau mengatakan tidak ada komentar dapat diberi. Bukannya bertelagah dengan wartawan terbabit, itu saja.

Didalam situasi saat akhir minggu berkempen, AI sempat mengeluarkan kata-kata kasar terhadap wartawan telah menonjolkan sikap sebenar dia hinggakan timbul kisah Altantuya dan Najib pula. Apa kena mengena Dato Seri Najib dengan kes dia? Mengapa harus putar ayat ke perkara lain? Jadi fikirkanlah wahai rakyat bahawa bertapa dia tidak mahu bersikap profesional dalam menjawab pertanyaan wartawan. Apa pula yang bermain difikiran anda semua apabila insiden sebegini terjadi? ……………………………jawab sendiri……………………………..

Bloggers Pembangkang saling berbalah kerana ketandusan idea

Apa yang ditulis bukanlah auta semata-mata, tetapi ia adalah fakta yang harus diterima. Parang Pedang menulis bukan dengan isi yang kosong kerana kita semua tahu bahawa mereka hanya sekadar pakatan dan bukannya barisan. Istilah pakatan hanya untuk suatu gabungan sementara dan akan terlerai selepas misi tercapai. Dibandingkan dengan barisan yang semestinya dibawah satu panji-panji dan membuat perancangan bersama-sama tanpa ada pertelingkahan. Bloggers pembangkang harus akui bahawa perjuangan mereka tidak akan membawa kemana pun kerana ketiadaan penyatuan yang kukuh.

Parang Pedang masih ingat saat mereka memenangi pilihanraya lalu ekoran wujudnya media cyber sebagai medium penyebaran maklumat kepada generasi muda khususnya peti undi nombor 5. Namun begitu kesilapan ini di perbaiki dan mengajar BN khususnya UMNO supaya menyusun pasukan pejuang cyber yang terdiri dari beberapa blogger dan trooper laman sosial. Beberapa kelompok cyber trooper ditubuhkan dan bergabung dibawah satu angkatan dengan sebilangan ahli yang mempelajari kaedah membina blog dan laman sosial seperti friendster, tagged, facebook, myspace dan tweeter. Kini setiap negeri bersedia membantai bloggers pembangkang dengan adanya blogger yang terlatih. Parang Pedang sendiri berjuang dibawah angkatan PCT (Perak Cyber Trooper) untuk menjatuhkan lawan di Perak. Pelbagai kelemahan pembangkang serta tindakan negatif mereka didedahkan melalui laman blog milik Parang Pedang. Alhamdulillah ekoran tindakan pendedahan yang dilakukan oleh pejuang PCT, banyak kegiatan maksiat anjuran DAP Perak didedahkan di Ipoh hinggakan pernah memasuki rancangan 999 tv3.

Kini keadaan blogger pembangkang mula bergoncang dengan kekalahan debat diruangan forum laman sosial. Ini terbukti apabila kebanyakan tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang akhirnya termakan diri sendiri. Selain laman blog, laman sosial juga memainkan peranan penting bagi membantu UMNO menyusun pasukan menghadapi serangan pembangkang dengan wujudnya kumpulan-kumpulan khas yang disertai s ahli laman sosial tersebut. Dengan gerakan berkumpulan ahli laman sosial yang ditubuhkan, amat sukar bagi pembangkang untuk melemparkan sebarang tuduhan ekoran gabungan ahli laman sosial yang saling berkongsi idea membantu antara satu sama lain. Dengan penguasaan lebih 50 peratus ahli BN dalam dunia cyber, pembangkang semakin kurang kekuatannya akibat ketiadaan isu untuk dibangkitkan.

Kini Langkah terakhir yang akan dilakukan oleh bloggers BN ialah memastikan penguasaan dunia cyber mencecah lebih dari 80 peratus supaya pembangkang tidak ada peluang sedikitpun untuk membalas serangan isu politik.

Bloggers politik memenuhi kedai mamak

Semasa menulis artikel ini sememangnya Parang Pedang sedang melepak dikedai sambil minum the tarik. Seperti kata iklan teh Lipton “teh penjana minda”, begitulah ia telah menjana minda Parang Pedang bagi mencari idea dalam bidang penulisan. Sebenarnya bukan Parang Pedang sahaja yang berada disini (kedai mamak), bahkan hampir kesemua sahabat Parang Pedang berstatus penulis blog politik sedang menikmati hari-hari mereka dimeja kedai mamak bagi menulis artikel.

Pernah suatu ketika sewaktu Parang Pedang menulis artikel berkenaan isu semasa politik Malaysia, kebetulan ada seorang pemuda duduk menghadap Parang Pedang sambil bermain notebook. Pada mulanya tidaklah mahu diambil kisah sangat tentang orang didepan Parang Pedang, tapi lama-kelamaan terperasanlah akan si penulis tu asyik memerhatikan Parang Pedang saja. Lalu terlintas difikiran Parang Pedang untuk berjalan dibelakang orang tu. Pada sangkaan Parang Pedang orang tu sama seperti Parang pedang yang berjuang dipihak BN tetapi ternyata meleset kerana dia seorang bloggers dari PAS. Maka dengan laptop yang dibawa, Parang Pedang berpindah tempat untuk duduk dimeja bloggers PAS tersebut. Bukanlah tujuan berbuat demikian untuk menimbulkan sebarang kekecohan tetapi bagi membincangkan soal politik negara. Alhamdulillah bloggers terbabit tak ada masalah untuk duduk semeja berbincang tentang isu yang dibangkitkan. Dalam soal begini Parang Pedang memuji sikap blogger berkenaan kerana berfikiran terbuka dalam perbincangan (tajuk dirahsiakan kerana ia terlalu sensitif). Walaubagaimanapun Parang Pedang menghormati ideologi blogger berkenaan yang kekal dengan keputusan memihak kepada partinya.

Dimasa lapang pada kebiasaannya Parang Pedang akan duduk bersantai di kedai mamak sekurang-kurangnya sejam hingga dua jam, kadangkala terlajak sampai 4 jam hingga lima jam berpandukan pada situasi. Tapi yang pasti pemilik kedai mamak tersebut tidak merungut sebab bukan segelas teh yang dipesan semata-mata sebabnya Parang Pedang akan pesan makanan sekali, tidak seperti sesetengah pengguna wifi yang hanya memesan segelas teh ‘o’ ais dan melepak hingga 2-3 jam. Harus diingat bahawa mamak menyediakan perkhidmatan wifi atas ehsannya sahaja, bukan wajib menyediakan wifi dikedai mamak. Oleh itu, hargailah apa yang diberikan oleh mamak dengan memesan apa yang sepatutnya boleh ditimbal balik.

Bagi mereka yang tidak menggemari kedai mamak boleh memilih opsyen lain seperti starbuck atau Mac D (air carbonat boleh refill secara percuma bagi isian kedua dan seterusnya-di Mac D saja). Selain itu bagi penduduk di sekitar Ipoh boleh melanggan perkhidmatan wifi berbayar milik Jaring.net dengan kerjasama KPerak Corp dengan bayaran serendah 20.00 sebulan dan menikmati perkhidmatan ini di kawasan yang dinyatakan oleh Jaring (Parang Pedang merupakan pelanggan Jaring Flite wifi).

Demam blog yang semakin panas terutamanya sekitar hari berkempen sangat menyeronokkan kerana pada waktu inilah detik perjuangan para blogger semakin mengganas dalam menulis artikel. Lebih melucukan lagi ialah ada antara bloggers yang mencecah sampai tahap memaki hamun dan memecahkan rahsia pemimpin politik hanya semata-mata kemarahan memuncak kepada suatu pihak yang dibencinya. Apa pun yang paling penting ialah sikap profesional para blogger dalam mengeluarkan artikel supaya tidak melanggar undang-undang dan perlembagaan ketika berblogging.

Parang Pedang mengucapkan selamat berjuang kepada semua blogger terutamanya pejuang saf angkatan perang Perak Cyber Trooper. Kita berjuang 24 jam tujuh hari tanpa henti sehingga terjamin akan kemenangan untuk agama bangsa dan tanah air. Tidak akan berhenti bahkan sehingga akhir hayat kita semua dibawah satu angkatan siber.

“GEGAR ! GEMPUR ! (Gegor!Gempor!)

Saturday, April 9, 2011

Wan Azizah tak mahu terima hakikat


Betul ke? itulah yang terpacul dari mulut Parang Pedang apabila Wan Azizah iaitu isteri kepada AI apabila dia beriya-iya mempertahankan suaminya sedang menghadapi pertuduhan skandal seks dengan seorang pelacur. Tindakan ini dilakukan tidak pasti sama ada atas kebenaran ataupun kesetiaan kepada suaminya yang mungkin menyembunyikan suatu rahsia dari pengetahuan beliau. Mengikut pendakwaan seseorang yang menuduh AI melakukan perbuatan haram bersama pelacur tersebut, kejadian yang berlaku melibatkan sebuah hotel sedangkan isterinya mendakwa ia AI berada di rumah. Adakah Wan Azizah cuba menyembunyikan sesuatu atau sekadar ingin menyedapkan keadaan? Apakah Wan Azizah terlalu mempercayai suaminya hinggakan setiap aktiviti suaminya tidak diambil tahu? Kebiasaannya sikap tidak ambil tahu inilah yang menimbulkan masalah apabila suami mengkhianati kesetiaan isteri. Bagaimana pula jika Anwar berada ditempat lain selain apa yang diberitahu kepada isterinya? Ini bukanlah pertuduhan tetapi ia persoalan kepada situasi yang berlaku.

Parang Pedang harap supaya Wan Azizah berubah sikap dengan menyampaikan kebenaran kepada rakyat dan mengelakkan diri dari menyembunyikan sebarang fakta. Sepatutnya Wan Azizah menerima hakikat atas pertuduhan ini dan tidak mempertahankan keegoannya. Rakyat sudah mula muak dengan sikap sebegini sejak kemenangan besar PKR pada 2008 lagi. Tidak ada orang yang mulia hatinya hingga tidak melakukan sebarang kesalahan termasuklah AI. Jika dia mengatakan bahawa sumpah secara Islam adalah sumpah UMNO, mengapa tidak digunakan opsyen lain iaitu menyerahkan bahan bukti iaitu Jam omega? Bagaimana pula dengan pengakuannya bahawa AI bukan si pelaku dalam video tersebut? Apakah AI berani bersumpah dengan kalimat Wallahi Wabillahi Watallahi untuk membuktikan kebenarannya? Itulah sumpah yang dianjurkan Rasulullah jika tiada bukti sedangkan peristiwa itu pernah terjadi.

Melihat pada dakwaan itu (anwar tidak bersalah) diikuti dengan barua yang bertepuk tangan menyokong kenyataan bahawa Sumpah islam hanya sumpah UMNO memang menambahkan kebencian rakyat kepada AI dan Wan Azizah. Dan persoalan yang ingin ditanya ialah kenapa jam tersebut tidak ditunjukkan walau sesaat kepada umum agar memuaskan hati semua pihak?

Harapnya semua saksi yang pernah tertembung dengan AI ketika waktu kejadian tidak gentar untuk tampil menyatakan kebenaran agar rakyat tidak lagi tertipu dengan lakonan sebegini. Parang Pedang berharap agar keegoan Anwar dan keluarganya dapat ditundukkan oleh yang maha Esa demi keamanan semua pihak sama ada pro mahupun kontra.

Parang Pedang pada mulanya simpati dengan AI sebab dimalukan, tapi nampaknya simpati itu hilang dengan sikap keegoan ahli keluarganya yang angkuh dan menghina bangsa. Adakah sumpah secara Islam itu hanya sumpah orang UMNO? Apa pula sumpah cara pembangkang?

Bloggers SEKUPANGDUA diserang hackers lagi


Pembangkang memang dah panas hati dengan sekupangdua sejak dulu lagi bahkan Parang Pedang sendiri terkena tempiasnya sampai kadang-kadang rasa nak saja ajak pembangkang berganyang secara semuka. Tapi itulah adat bergelanggang dalam dunia politik kerana adakalanya kita menang dan adakalanya kita kalah. Tapi kalau bergelanggang biarlah sama berkeris sama bertangan. Jangan seorang saja yang berkeris. Namun begitulah apa yang terjadi apabila salah seorang sahabat merangkap guru Parang Pedang iaitu Sekupang Dua yang diserang oleh Puak blogger PAS Perak. Allah kurniakan kepakaran dalam bidang IT untuk digunakan secara baik, tetapi lain pula jadinya dengan pembangkang haram jadah ni apabila menjadikan kepakaran mereka sebagai platform menjahanamkan orang lain.

Dulu pernah sekali terjadi pada saudara sekupang dua apabila blognya dimusnahkan oleh puak pembangkang. Akan tetapi alhamdulillah sistemnya kembali pulih dengan bantuan seorang sahabat yang mempunyai kepkaran dalam bidang IT. Jika diikutkan beliau mampu memusnahkan laman pembangkang tetapi atas sifat rendah diri dan memaafkan, sekupang dua dan sahabatnya tidak membalas apa yang dilakukan oleh penyerang terbabit.

Mungkin sekupang dua terlalu baik sehinggakan beliau seringkali memaafkan sikap lawannya. Tetapi jika sekupang dua mengizinkan, maka hampir keseluruhan pasukan seangkatan dengannya akan membalas serangan blogger lawan termasuk meng’hack’ sistem mereka. Jangan disangka para blogger UMNO dan BN semuanya jahil dalam bidang IT. Bahkan ada yang diantara mereka menjadi pakar dan amat arif dengan hal ehwal sebegini. Masakan tidak jika ada diantara kami yang bekerja dengan pihak kerajaan hingga mampu mengesan kedudukan penyerang. Jadi kepada para hackers ‘Pembangang’…..BEWARE! anda akan diserang balas setelah sekian lama kami berdiam diri.

Satu perkara yang Parang Pedang ingin katakan disini. Jika satu laman sekupang dua di hack, 10 blog sekupang dua akan muncul membalas. Malah suaranya akan lebih gemuruh menyebat para blogger pembangang.

Sambutan terhadap calon BN lebih hangat berbanding Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak

Parang Pedang memang tak ke Sabah dan Sarawak tetapi perjuangan diri ini bukan berseorangan kerana ramai sahabat satu saf telah berangkat untuk pertempuran di medan politik. Parang Pedang menggunakan taktik serangan switch on dimana maklumat yang disampaikan dari Sarawak dijadikan point untuk menyerang lawan pada jarak jauh.

Berpandukan dari apa yang Parang Pedang perolehi adalah sambutan terhadap calon Barisan Nasional lebih hangat berbanding pembangkang. Inilah yang dikatakan aura pemimpin yang berkaliber dan berjiwa rakyat. Semenjak dari tarikh penamaan calon semalam, para calon pemimpin telah mula didekati rakyat dengan seribu harapan yang pasti tertunai seiring dengan manifesto dibentang.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa janji pembangkang hanya sekadar janji dan ada janji mereka yang belum tertunai lagi sehinggalah pilihanraya yang bakal menjelang. Inilah yang menjadi dendam rakyat kepada calon-calon penipu dari pembangkang. Kini parti pembangkang yang terdiri dari parti-parti negeri sabah dan Sarawak serta parti Pakatan Rakyat masih menabur janji kosong lagi untuk pilihanraya akan datang. Sikap tidak serik mereka telah menjadikan suasana politik di Malaysia menjadi huru hara ekoran penaburan janji palsu yang akhirnya mengecewakan rakyat. Akibatnya rakyat ibarat hanya sekadap bermimpi disiang hari sedangkan janji itu tidak dilaksanakan. Namun begitu mimpi menjadi kenyataan apabila Barisan Nasional melunaskan impian mereka. Adakah adil untuk rakyat terus memilih pemimpin pembangkang yang menipu? Sudah tentu tidak kerana pemimpin yang sepatutnya mentadbir ditolak ketepi sedangkan nikmat kemakmuran datang dari pemimpin itu.

Cubaan memperbodohkan rakyat dengan gula-gula tiruan oleh Pakatan Pembangkang tidak lagi berjaya kerana rakyat Sabah dan Sarawak bukanlah kanak-kanak yang boleh diperdaya. Begitu juga dengan cara-cara yang lain seperti mana kita semua ketahui akan kelicikan mereka dalam soal menipu. Segala jentera parti pembangkang telah mula lumpuh ekoran kebangkitan semula kekuatan padu antara semua kaum tidak kira pegangan agama dan bangsa asalkan berpayung dibawah Barisan Nasional. Itulah keramatnya Barisan Nasional sejak sebelum merdeka sehingga kini, tidak pernah bertelagah seperti yang terjadi pada Pakatan Pembangkang.

Parang Pedang sangat bangga dengan kekuatan padu Barisan Nasional hinggakan tidak ada percanggahan dalam soal pemilihan calon. Ditambah pula harapan demi harapan dipinta oleh rakyat telah didengari dan diambil perhatian oleh calon terbabit. Maka harapan Parang Pedang ialah kemenangan besar dalam pilihanraya bagi Barisan Nasional sekaligus memberikan tamparan terhadap lawan.

Sambutan terhadap calon BN lebih hangat berbanding Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak

Parang Pedang memang tak ke Sabah dan Sarawak tetapi perjuangan diri ini bukan berseorangan kerana ramai sahabat satu saf telah berangkat untuk pertempuran di medan politik. Parang Pedang menggunakan taktik serangan switch on dimana maklumat yang disampaikan dari Sarawak dijadikan point untuk menyerang lawan pada jarak jauh.

Berpandukan dari apa yang Parang Pedang perolehi adalah sambutan terhadap calon Barisan Nasional lebih hangat berbanding pembangkang. Inilah yang dikatakan aura pemimpin yang berkaliber dan berjiwa rakyat. Semenjak dari tarikh penamaan calon semalam, para calon pemimpin telah mula didekati rakyat dengan seribu harapan yang pasti tertunai seiring dengan manifesto dibentang.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa janji pembangkang hanya sekadar janji dan ada janji mereka yang belum tertunai lagi sehinggalah pilihanraya yang bakal menjelang. Inilah yang menjadi dendam rakyat kepada calon-calon penipu dari pembangkang. Kini parti pembangkang yang terdiri dari parti-parti negeri sabah dan Sarawak serta parti Pakatan Rakyat masih menabur janji kosong lagi untuk pilihanraya akan datang. Sikap tidak serik mereka telah menjadikan suasana politik di Malaysia menjadi huru hara ekoran penaburan janji palsu yang akhirnya mengecewakan rakyat. Akibatnya rakyat ibarat hanya sekadap bermimpi disiang hari sedangkan janji itu tidak dilaksanakan. Namun begitu mimpi menjadi kenyataan apabila Barisan Nasional melunaskan impian mereka. Adakah adil untuk rakyat terus memilih pemimpin pembangkang yang menipu? Sudah tentu tidak kerana pemimpin yang sepatutnya mentadbir ditolak ketepi sedangkan nikmat kemakmuran datang dari pemimpin itu.

Cubaan memperbodohkan rakyat dengan gula-gula tiruan oleh Pakatan Pembangkang tidak lagi berjaya kerana rakyat Sabah dan Sarawak bukanlah kanak-kanak yang boleh diperdaya. Begitu juga dengan cara-cara yang lain seperti mana kita semua ketahui akan kelicikan mereka dalam soal menipu. Segala jentera parti pembangkang telah mula lumpuh ekoran kebangkitan semula kekuatan padu antara semua kaum tidak kira pegangan agama dan bangsa asalkan berpayung dibawah Barisan Nasional. Itulah keramatnya Barisan Nasional sejak sebelum merdeka sehingga kini, tidak pernah bertelagah seperti yang terjadi pada Pakatan Pembangkang.

Parang Pedang sangat bangga dengan kekuatan padu Barisan Nasional hinggakan tidak ada percanggahan dalam soal pemilihan calon. Ditambah pula harapan demi harapan dipinta oleh rakyat telah didengari dan diambil perhatian oleh calon terbabit. Maka harapan Parang Pedang ialah kemenangan besar dalam pilihanraya bagi Barisan Nasional sekaligus memberikan tamparan terhadap lawan.

71 vs 142

Apa yang ingin Parang Pedang katakan berkenaan tajuk berikut bukanlah tentang gelanggang tinju atau gusti sebaliknya tentang gelanggang yang sangat jarang ditonton dan berlaku. Jika dibandingkan dengan gelanggang gusti atau tinju yang kerapkali diadakan, gelanggang kali ini melibatkan buka satu pihak sahaja tetapi seluruh jenteranya sekali akan dikerahkan. Kepantasan jenteranya adalah penentu kepada kredibiliti sesuatu pihak untuk memenangi hati penyokong dan penonton. Itulah adat gelanggang politik yang berlangsung selang beberapa tahun sekali sama ada di semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.

Pertarungan yang ingin diperkatakan pada artikel kali ini adalah berkenaan dengan pertarungan dipentas politik Sabah dan Sarawak atau lebih mudah kita sebut sebagai pilihanraya negeri. Apa yang menarik pada pertarungan kali ini ialah tiada pengisyitiharan kemenangan tanpa bertanding di mana-mana DUN kerana semua kerusi mempunyai persaingan tersendiri.

Namun begitu BN tetap BN yang bertanding atas satu tiket sahaja iaitu Barisan Nasional. Apa pun nama calon tersebut yang bertanding atau atas tiket parti mana pun dia sertai maka jika parti tersebut bersatu dibawah panji Barisan Nasional, ia tetap kekal dengan nama Barisan nasional. Inilah yang menjadi keistimewaan Barisan Nasional yang bergerak seiringan tanpa ada perbalahan serta saling bertolak ansur. Melihat kepada pilihanraya negeri Sabah dan sarawak kali ini, jelas kelihatan parti Barisan Nasional tidak sedikit pun gentar kepada parti lawan sama ada lawan dari semenanjung mahupun lawan dari Sabah dan Sarawak sendiri.

Dengan penyatuan parti parti komponen dibawah nama barisan nasional, kekukuhan parti bertambah baik dengan gabungan pasukan jentera dan pertahanannya sama ada secara fizikal, mentaliti sokongan tenaga dan juga barisan media. Ini termasuk juga saf saf pejuang cyber seperti blogger dan trooper laman sosial. Tanpa mengira dimana juga dan siapa calonnya, kesemua pejuang ini terus membantu tak kira masa sama ada siang mahupun malam. Malah ada juga saf pejuang cyber bergerak selama 24 jam tanpa henti untuk membantu kemenangan BN.

Tindakan 2 lawan satu oleh pembangkang jelas membuktikan pembangkang berhadapan dengan sebuah parti gergasi yang sangat matang dalam soal pentadbiran. Begitu juga dari sudut pemberian jasa bakti kepada rakyat di sabah dan sarawak masih belum mampu ditandingi oleh pihak pembangkang. Cuma apa yang dilakukan oleh pembangkang hanyalah sekadar pemberian kecil seperti bekalan makanan dan keperluan harian, kemudiannya diperbesar-besarkan ke seluruh negeri agar dilihat menyumbangkan jasa. Sedangkan apabila kepercayaan telah diberikan maka ia dikhianati dan dipersiakan oleh pihak pembangkang.

Pada pilihanraya negeri Sabah dan Sarawak kali ini, terdapat 2 kawasan yang menghadapi persaingan 6 penjuru dimana BN akan ditentang oleh 5 lawannya. Begitulah kekuatan BN yang tidak akan berundur walau lawannya ramai kerana keikhlasan BN mahu mempertahankan nasib rakyat. Penamaan calon yang barlangsung menampakkan wajah-wajah bakal pemimpin kawasan masing-masing. BN telah meneliti profil calon supaya dapat mentadbir kawasan dengan sempurna. Sikap saling bertolak ansur antara parti komponen menjadi rahsia BN mampu menyediakan calon terbaik.

Suasana kawasan penamaan calon dipenuhi bendera biru yang membawa mesej keamanan dan kemakmuran untuk rakyat disamping menjadi simbolik warna kematangan kepada parti. Begitu jualah dengan simbol dacing yang memberi makna kesaksamaan dan keseimbangan dalam pentadbiran agar nasib rakyat terpelihara.

Hingga kini semua pejuang BN telah bersedia dengan senjata masing-masing bagi menghadapi lawan. Tidak kira secara realiti ataupun dialam maya (cyber). Semuanya bertungkus lumus membantu parti agar memenangi lawan terutamanya apabila setiap calon menghadapi lebih dari satu lawan atau lebih. Pada BN, kuantiti bukanlah penentu kepada kemenangan. Akan tetapi kualitilah yang jadi penentunya disamping kerjasama erat antara jentera. Diri Parang pedang sendiri meronta-ronta mahu turun ke bumi Sabah dan Sarawak untuk berjuang bersama sama rakan seangkatan dari Perak ke sana (Sarawak) tapi apakan daya tidak mampu dari segi kewangan. Namun begitu ia bukan alasan untuk Parang Pedang tidak melancarkan perang saraf dialam maya.

*Parang Pedang kini sedang berjuang dan mengurangkan masa rehat yang sepatutnya demi Agama, bangsa dan tanah air (Alif Ba Ta)

Wednesday, April 6, 2011

kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee. dimanakah pembelaan dari pihak PAS?


Saiful Syazani Saiful Sopfidee. seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang bersekolah di Sekolah Rendah Islam Al Furqan, Jejawi. Berita kematiannya dimaklumkan akibat dari kecederaan oleh seorang penyokong PAS yang bertindak membelasah kanak-kanak tersebut (selama 2 jam) hingga menyebabkan kecederaan dalaman. kejadian dibelasah oleh orang kuat PAS tersebut sebagai tindakan tatatertib di asrama sedemikian. berita penuh

Satu soalan yang ingin diajukan. bolehkah dengan sekadar meminta maaf sahaja sudah cukup untuk menebus kesalahan ini? Inilah yang dimalkan oleh puak PAS apabila melakukan kesalahan. Sekadar memohon maaf dan kemudiannya mengulangi dan terus mengulangi kesalahan yang sama. Apabila UMNO melakukan kesalahan kecil, terus saja puak PAS melenting macam kuda liar marahkan UMNO. Bila ada saja silap UMNO dalam pengurusan sesuatu maka akan besarlah isu tersebut dibangkitkan.

Bagaimana PAS mahu mentadbir negara jika perkara sekecil ini pun tidak mampu ditangani. Apakah telah ada dalam peraturan sekolah kelolaan PAS bahawa setiap pelajar yang melakukan kesalahan akan diikat dan kemudiannya dibelasah sebagai ganti kepada hukuman rotan yang biasa dilakukan di sekolah milik kerajaan BN?

Parang Pedang bersyukur kerana belajar di sekolah kerajaan kerana nasib serta kebaikan terjaga dan dilindungi oleh akta. Bukan auta seperti yang dilakukan oleh puak PAS. Tidak ada dalam hukum Islam bahawa untuk membuktikan sesuatu perbuatan jenayah adalah dengan memukul si tertuduh. Memang jelas terpampang wajah jahiliyah didalam jiwa pengikut PAS. Masakan tidak jika kerana hal sekecil itu tak boleh dilakukan secara psikologi, atau mungkin orang PAS ni memang 'psiko' kerana terlalu taksub pada ajaran parti dan bukannya pada agama.

Harapnya selepas ni orang ramai akan ambil iktibar bahawasanya keselamatan anak-anak disekolah bukanlah terjamin dengan nama sebuah parti. Sebaliknya keselamatan itu terjamin berpandukan sejauh manakah pegangan sekolah pada kepatuhan undang-undang.

Parti tak melambangkan agama dan agama tak menonjolkan parti.

Friday, April 1, 2011

Pusat Kerjaya Amanjaya di Greentown Suria, Ipoh Perak.


Hari ni Parang Pedang pergi ke Pusat Kerjaya Amanjaya di Greentown Suria. Tiga hari sebelumnya resume permohonan kerja telah dihantar ke PKA dan pagi tadi menghadiri temuduga ditempat tersebut. Kepada sesiapa yang mahukan kerjaya tetap atau separuh masa, bolehlah berkunjung ke Pusat kerjaya Amanjaya. Ucapan jutaan terima kasih tak terhingga kepada Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang telah merasmikan tempat tersebut pada 21 Mac lalu. Kini ia akan menjadi tempat tumpuan para pencari kerja di seluruh Perak. Kepada sesiapa yang mahukan kerjaya, PKA adalah tempatnya. Sila bawa resume dan salinan sijil fotostat dan sijil asal serta salinan kad pengenalan.

*kerana semangat sangat, pagi ni Parang Pedang jadi orang yang pertama ditemuduga.