Monday, February 14, 2011

Keterangan mengenai negara Islam

Islam yang diturunkan Oleh Allah Subhana Wa Taala melalui Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam dengan perantaraan Jibril Alaihi Salam bukanlah sekadar anutan agama semata-mata tetapi merangkumi pelbagai aspek kehidupan didalamnya. Malah melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan kita merupakan suatu kewajipan sesuai dengan firman Allah Subhana Wa Taala yang bermaksud:

"Jika kamu tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah, nescaya akan berlaku kekacauan dan kerosakan besar dimuka bumi ini" (surah Al-Anfal ayat 73.

merujuk kepada ayat diatas, apa yang dimaksudkan bukan sahaja sekadar peraturan Allah dalam soal pentadbiran semata-mata. Malah ia juga turut meliputi aspek moral dan keimanan dalam jiwa hambanya.

Dalam membentuk sesebuah negara Islam, ia hendaklah dimulakan dengan diri seorang hamba itu terlebih dahulu. Ia perlu dimulakan dari moral seorang pemimpin terlebih dahulu kemudiannya diserapkan ke jiwa rakyat. Untuk menjadikan negara Islam, beberapa orang Ulama' telah menghuraikan ciri-cirinya mengikut beberapa kaedah yang telah dipersetujui oleh jumhur Ulama'.

Negara Islam dimata Sheikh Muhammad Abu Zuhrah menyatakan bahawa ciri-ciri sesebuah negara Islam ada dua perkara iaitu sistem pentadbirannya serta kekuatan ketenteraannya berada dibawah pemerintah Islam. Disini jelas menunjukkan bahawa kekuatan Islam dalam sesebuah negara terletak pada kaedah pentadbiran serta pertahanan.

Pada pendapat seorang tokoh mazhab Imam hanafi iaitu Sheikh Muhammad Ibni Hassan Al-Syaibani mengatakan Negara Islam bermaksud keamanan bagi orang Islam yang diperintah oleh orang Islam. Ini bermaksud selagi negara tersebut diperintah seorang yang beragama Islam dan penduduk Islam dinegara tersebut masih mampu bergerak dengan aman maka negara tersebut telah diiktiraf sebagai negara Islam.

Imam Syafie Rahmatullahi Alaihi pula menyatakan bahawa Negara Islam ialah sebuah negara yang asalnya sebuah negara Islam tetapi ditewaskan oleh negara kafir. Ini menunjukkan bahawa negara Islam diiktiraf walaupun pernah mengalami zaman penjajahan oleh bangsa kafir.

Jelas apa yang diperkatakan disini bahawa negara Islam bukanlah bermakna perlaksanaan hukumnya semata-mata tetapi ia bermaksud keamanan dalam melaksanakan aktiviti agama Islam serta kebebasan melakukan ibadah tanpa diganggu gugat oleh orang kafir.

Oleh yang demikian bagi persoalan Parang pedang, apakah sekadar melaksanakan hukum hudud tanpa mengambil kira faktor-faktor lain sudah memadai untuk membentuk sebuah negara Islam? Dalam melaksanakan hudud, perlulah mengambil kira urusan lain supaya tiada sikap sebelah dalam melaksanakannya.

Jauhi diri dari menyambut hari kekasih

Sesuai dengan dasar perjuangan UMNO dalam mempertahankan Agama, Bangsa serta Tanah Air, pada artikel kali ini Parang Pedang ingin menyampaikan nasihat buat anak melayu beragama Islam supaya beringat-ingat akan maruah dan harga diri dari keterlanjuran ekoran terikut-ikut pada budaya sambutan hari valentine. Sayang sekali jika maruah yang ada diserahkan begitu sahaja tanpa ada ikatan sah sebagai suami dan isteri.

Parang Pedang tahu sikap anak bangsa yang suka mencuba sesuatu yang baru hinggakan terleka akan baik buruknya sesuatu perbuatan itu. valentine Day bukanlah datang dari ajaran Baginda rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam, bahkan ia juga tidak pernah diajar oleh Nabi Isa Alaihissalam. Ia datang dari pengikut kristian yang telah sesat dari jalan yang diajarkan.

Amat menyedihkan hati apabila tarikh sambutan Hari Valentine ini bersebelahan dengan tarikh Sambutan Maulidur Rasul dan sudah pastinya bagi siapa yang kurang pegangan agamanya maka sambutan hari Valentine diraiakn lebih meriah berbanding Sambutan Maulidur Rasul.

Hari ini sahaja laporan berita di televisyen menyampaikan maklumat berkenaan operasi cegah maksiat dan beberapa tangkapan dibuat dihotel. Sangat memalukan anak bangsa kerana kelihatan anak gadis bertudung ditangkap khalwat bersama orang bukan Islam. namun begitu Parang Pedang bersyukur kerana rasa keprihatinan timbul dijiwa penjawat awam yang bertugas membuat tangkapan. Lebih baik bertindak sebelum berlakunya perbuatan sumbang yang lebih teruk lagi.

Akhir pesanan dari Parang Pedang, jadikan islam sebagai landasan hidup dan berpegang teguhlah pada islam kerana ia satu-satunya pembimbing ke jalan yang diredhai Allah Subhana Wa Taala. Insyaallah.

Salam Maulidur Rasul

Esok merupakan suatu detik mengenang kembali saat kelahiran Junjungan Besar Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam ke dunia. mengingati kembali perjalanan hidup baginda sejak dilahirkan dengan diiringi beberapa perkara mukjizat. Api di biara majusi yang dihidupkan sejak sekian lama tiba-tiba terpadam, keruntuhan istana Kisra Parsi. Diikuti pula dengan cahaya putih menerangi kota Mekah. Kelahiran baginda disambut oleh seluruh alam, bahkan bapa saudara baginda yang memusuhi baginda dihari dewasa baginda juga turut memerdekakan hamba demi menyambut kelahiran Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam.

Parang Pedang ingin mengajak saudara sahabat sekalian agar bersama-sama mengucapkan selawat dengan sebanyak-banyaknya dan senantiasa mengingati perjuangan baginda dalam menyebarkan syiar Islam. Bagindalah yang menjadi teraju kepada pembangunan tamadun manusia melalui Hadis dan kitab Al- Quran yang disampaikan dari Allah Subhana Wa taala.

Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam menyeru kepada kita umat islam agar saling berkasih sayang dan menghormati sesama muslim tanpa mengira pandangan serta ideologi politik. Rasulullah juga menekankan bertapa pentingnya penyatuan umat agar tidak terpedaya dengan ancaman orang kafir. Apakah kita masih berpegang kepada pesanan baginda?

Sunday, February 13, 2011

Pesanan buat Parti Islam Global di Malaysia.

Taktik PAS nampaknya kali ini lebih menjerumus ke arah penambahan jumlah pengaruhnya dari parti politik global setelah tiada tempat mengadu nasib didalam dunia politik negara sendiri. Dengan berbekalkan nama parti Islam ( hanya atas nama ), mereka telah mula menyeru nama-nama parti politik global agar memberikan sokongan kepada parti mereka. Beberapa bulan dahulu Parang Pedang dapat maklumat bahawa PAS telah melakukan lawatan rasmi ke pejabat parti politik tersebut dengan tujuan meraih simpati agar sokongan diberikan kepada mereka.

Parang pedang tahu bahawa parti politik global tersebut memperjuangkan Islam. Tapi apa yang Parang Pedang kesalkan ialah sikap mereka yang terikut-ikut pengaruh PAS dengan meletakkan hukum bahawa UMNO adalah parti Imperialis. Tanpa mereka sedari bahawa rahsia pakatan rakyat yang disertai oleh PAS sebenarnya diketuai oleh Parti Kafir yang memperjuangkan dasar=dasar pemikiran Mustafa kamal Attartuk bahkan lebih teruk lagi, mereka memperjuangkan kerajaan sekular secara total.

Harapnya Parti Islam Global tersebut dapat berfikir secara mendalam baik buruknya tindakan mereka secara terburu-buru. Bukan apa, Parang Pedang cuma taknak tindakan sebegini mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia aman. fikirkanlah tentang masa depan Islam jika negara dikuasai oleh orang kafir. Jangan sampai kita terpaksa solat secara bersembunyi nanti.

akan datang : keterangan mengenai negara Islam dan apakah ciri2 negara Islam dari kaca mata para Ulama'.

Tahun Tandas Bersih oleh PAS


Inilah yang Parang Pedang Dengar dari seorang kawan yang memang cukup kuat dengan Parti Panadol di Kelantan. Mungkin ada yang pernah dengar nama Dr. Lo'lo iaitu salah seorang orang kuat muslimah PAS. Beliaulah yang menyarankan agar tema bagi negeri Kelantan ialah "kita jadikan tahun ini Tahun Tandas Bersih". Mengapa mahu dimalukan Kelantan sebegitu rupa? Adakah rakyat kelantan dicop oleh PAS sebagai pengotor?
Kepada rakyat kelantan, fikir-fikirkanlah apa yang dikatakan oleh Dr. Lo'lo bukanlah suatu saranan tetapi ia merupakan kata-kata sindiran untuk rakyat Kelantan secara keseluruhannya.

Salam Takziah untuk ADUN Kerdau, Pahang.

Parang Pedang ingin mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang meninggal dunia pada 6.30 ptg 12 Februari 2011. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama insan-insan yang beriman. Amin Ya Allah.

Al- Fatihah.

Perbetulkan Niat Sebelum Menyertai UMNO.

Parang Pedang baru balik dari berjumpa dengan salah seorang ahli UMNO Cawangan yang juga merupakan senior Parang Pedang sendiri. selama satu jam setengah duduk bersama beliau sudah cukup memberikan suatu kesedaran besar terhadap daya pemikiran Parang pedang. Mungkinkah sesetengah ahli UMNO menyertai Parti ini hanya semata-mata untuk mendapatkan projek atau peruntukan? Atau mungkinkah juga atas dasar keikhlasan jiwa? Itulah yang diluahkan oleh sahabat Parang Pedang berkenaan isu mentaliti orang yang menyertai UMNO. Memang benar apa yang dikatakan oleh sahabat Parang Pedang ini kerana kebanyakan ahli UMNO yang Parang Pedang taja hanyalah semata-mata untuk mendapatkan projek serta kemudahan melalui peruntukan dalam parti sahaja. Tidak adakah sedikit pun keikhlasan dalam jiwa mereka untuk mempertahankan Agama Bangsa dan Tanah Air apabila menyertai parti ini?

Kadang kala Parang Pedang merasakan bahawasanya mengambil ahli baru ini seperti membebankan diri Parang Pedang saja kerana terpaksa menanggung tuntutan dari orang sebegini. Masih ingat akan kata-kata Sukarno (bekas Presiden Indonesia) "berikan aku 10 orang pemuda, nescaya aku akan mengangkat dunia". Dimanakah sepuluh orang itu? adakah perlu Parang Pedang mengambil 100 orang yang merosakkan dunia? Memang mendalam terasa diri ini diperlekehkan oleh ahli yang baru masuk UMNO hanya sekadar inginkan kemewahan parti sahaja.

Apa yang Parang Pedang harapkan dari mereka yang mahu menyertai UMNO adalah membetulkan niat asal mereka menyertai parti. Bukan apa, khuatir jika perjalanan diri dalam parti akan menemui kekecewaan bila hajat tak tercapai. jadilah orang yang ikhlas untuk memperjuangkan Agama Bangsa serta Tanah Air. Bukan mengejar projek mahupun peruntukan dari parti. Jangan terlalu selesa makan bersuap, tidur bertilam empuk kerana semua itu hanyalah sementara sahaja.

Perbetulkan mentaliti kita terhadap parti. Seperti yang sahabat Parang pedang katakan kepada diri ini supaya menjadikan diri kita nilai yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit, bukan harga maruah yang boleh dibeli dengan harta dan wang.

Friday, February 11, 2011

Penyatuan semua kaum oleh Pakatan Rakyat. Sejauh mana kemampuan mereka?

Kita semua tahu bahawa penyatuan semua kaum di Malaysia telah dimulakan oleh UMNO melalui kaedah 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun razak. Kaedah yang digunapakai ini telah mula menarik minat rakyat terhadap keprihatinan Barisan Nasional bahawa bertapa perlunya perpaduan semua kaum di Malaysia untuk membentuk sebuah negara yang mengamalkan sikap saling bertoleransi antara satu sama lain.

Dalam membangukan sesebuah negara, seharusnya kita mengenepikan sikap mementingkan diri sendiri. Seperti apa yang kita lihat pada dasar parti pembangkang, mereka lebih mengutamakan kelompok mereka sendiri tanpa mengira kepentingan kaum lain. Secara jelasnya kita melihat pakatan pembangkang hanyalah sekadar simbolik dalam penyatuan parti mereka seperti yang telah diulas oleh Parang pedang sebelum ini. Dari sudut penyatuan sebenar, mereka tidak mampu membentuk sebuah ikatan parti seperti yang BN lakukan sejak sekian lama sebelum merdeka.

Bercakap mengenai isu perpaduan oleh Pembangkang, Parang Pedang ingin suatu jawapan tentang kemampuan mereka untuk melaksanakannya. Seperti yang BN lakukan, penyatuan dilakukan dengan kerjasama semua parti komponen dengan ikatan bersama oleh parti induk. UMNO, MCA, MIC, PPP serta beberapa parti komponen yang lain duduk semeja atas nama Barisan Nasional. Inilah rahsia yang menjadikan semua kaum saling bertolak ansur tanpa ada bantahan.

Berbanding pula dengan pakatan Rakyat yang berdiri tanpa ada nakhoda yang mentadbir sebuah bahtera Pakatan Rakyat. Apakah kesannya keatas pelbagai parti yang berlayar tanpa pengemudi? Sudah pasti antara parti tersebut saling berebut kuasa dan akhirnya karam. Lihat sajalah contoh yang terjadi semasa dahulu hingga kini. Ketika dahulu Semangat 46 dan PRM (Parti Rakyat Malaysia) merupakan parti yang aktif bersekutu dengan PAS, kini hanya tinggal sejarah. PKR yang pada awal penubuhannya bergabung dengan PAS dan DAP kini telah mula kehilangan kredibilitinya apabila beberapa orang pengikut awal telah meninggalkan parti tersebut. Kita lihat pula PAS dan DAP yang mempunyai dasar yang berbeza dimana PAS memperjuangkan Islam manakala DAP memperjuangkan demokrasi republik hinggakan mereka seringkali bertelagah.

Itulah yang menjadi persoalan mengapakah mereka mengatakan bahawa Pakatan Rakyat mampu menyatukan semua kaum sedangkan antara parti mereka saling bergolak. Parang Pedang ingin mengajak para pembaca blog memikirkan sejauh manakah kemampuan mereka untuk mencapai suatu prestasi seperti yang sedang dilakukan oleh Barisan Nasional. Apa pun yang mereka laungkan mengenai kemampuan serta janji mereka, terpulanglah kepada anda semua. Kepimpinan yang baik datang dari parti yang profesional dan stabil.

Wednesday, February 2, 2011

Mohon makluman semua : mencari orang yang hilang.

ORANG HILANG : Pihak polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan Adik Nurul Atiqah binti Naim yang dilaporkan hilang pada 17 Disember 2010 di Kg Sri Keramat, Pasir Puteh, Ipoh, Perak. Usaha mencari Adik Nurul Atiqah telah diusahakan oleh keluarga termasuk mencari beliau di rumah kenalan dan saudara mara tetapi m...asih menemui jalan buntu.

Nama : Nurul Atiqah binti Naim
No. KP : 940417-08-5450 (Umur 16 Tahun)
Tinggi : 5 kaki
Badan : Sederhana
Kulit : Cerah

Sekiranya anda mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Adik Nurul Atiqah, sila laporkan ke balai polis yang berhampiran atau hubungi INSP Wan Mohd Hafizi bin Wan Hanafi di talian 017-980 7080 atau Ibu Pejabat Daerah Ipoh di talian 05-245 1500. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

untuk maklumat lanjut

Teguran 'mesra' untuk Anggota Polis Trafik Ipoh.

Pada artikel kali ini, Parang pedang secara peribadinya ingin menyampaikan rasa terkilan dengan sikap segelintir anggota Polis trafik Ipoh atas sikap kasar mereka. Pada hari ini, 2 Februari 2011 jam 1.30 petang, Parang Pedang sedang mencari tempat meletak kereta disekitar Jalan Sultan Idris Shah berhadapan dengan BSN dan Bank Muamalat Ipoh. Kebetulan dihadapan kenderaan parang Pedang ialah sebuah kereta Proton Wira yang hendak keluar dari tempat letak kerenderaan tersebut. Waktu sedang menanti keluarnya kereta tersebut, Parang Pedang telah didatang seorang anggota Polis Trafik pada waktu yang Parang sebutkan tadi.

Sememangnya Parang Pedang dah berikan isyarat kereta untuk menunggu kereta tersebut keluar dan mengambil sedikit masa. Sebagai menghormati anggota Polis Trafik tersebut, Parang Pedang sendiri membuka tingkap dan memberikan salam (Anggota Trafik Beragama Islam. Tanpa menjawab salam dan dengan kasarnya Anggota Trafik tersebut menengking Parang pedang menyuruh kenderaan yang dinaiki supaya jalan. Terkedu juga Parang Pedang bila ditengking begitu sedangkan orang ramai sekeliling melihat apa yang berlaku.

Apakah ini yang diajar oleh akademi Polis ke atas orang awam? Siapakah yang boleh menjawab segala apa yang telah berlaku? Parang Pedang masih boleh memikirkan tindakan lebih beradab dengan meminta maaf kerana memang salah parang Pedang sendiri atas sebab berhenti ditempat yang tak sepatutnya. tapi parang pedang bukan sengaja letak tanpa sebab. Memang parang Pedang nak meletakkan kenderaan ditempat tersebut dan menanti kenderaan yang mahu keluar dari tempat letak kereta berkenaan.

Rasanya biarlah Parang pedang rahsiakan nama, nombor anggota serta nombor plat motor anggota polis berkenaan demi menjaga nama baik anggota polis. Harapnya pihak atasan dapat menjaga nama baik serta tata tertib semua anggota polis dibawah mereka. Parang pedang faham faktor cuaca menambahkan lagi tekanan kerja mereka yang bekerja dibawah matahari terik, tapi jangan jadikan ia alasan unuk tidak bersikap sopan.



Kenapa motor-motor ini tidak disaman kerana meletakkan motor di tempat letak 'kereta'?

Helah serta taktik DAP yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar rakyat Malaysia.

Siapa sangka disebalik kekalahan PAS dibeberapa pilihanraya sebenarnya telah membuka ruang bagi PKR untuk menunjukkan taringnya di Merlimau. Namun begitu tanpa mereka sedari bahawa ada pandangan tajam sedang menunggu untuk membaham kedua-dua parti tersebut. Siapa lagi kalau bukan DAP, sebuah parti yang sangat terkenal dengan dasar republikannya. Semakin lama kekalahan dialami oleh PAS dan PKR maka akan semakin menurunlah kredibiliti perti tersebut dimata rakyat terutamanya yang bukan bumiputera. Dengan cara tersebut, maka DAP akan mendesak supaya diletakkan lebih ramai calon DAP dibeberapa kerusi Parlimen. Setelah pengaruh DAP menjadi kukuh maka mereka akan melaksanakan segala apa yang mereka impikan selama ini seperti yang Parang Pedang dah kupaskan pada artikel sebelumnya. Jadi, sebagai masyarakat yang matang seharusnya kita memikirkan tentang strategi mereka (DAP) yang begitu halus dalam menjalankan jarum mereka demi mencapai objektif selari dengan matlamat asal penubuhan mereka.

Tuesday, February 1, 2011

Bahaya DAP keatas umat Islam secara total serta apakah rancangan DAP disebalik pengaruh PAS dan PKR.


Seperti yang dijanjikan kepada para pembaca sebelum ini tentang artikel Parang pedang tentang tajuk yang akan dikupas berkenaan pakatan rakyat iaitu DAP, PAS dan PKR. Pada aritkel kali ini, Parang Pedang akan mengupas dengan lebih dalam lagi berkenaan komplot yang sedang dirancang oleh mereka apabila menguasai Malaysia nanti.

Istilah Pakatan rakyat atau pada waktu ketika dahulu lebih dikenali dengan nama Barisan Alternatif bukanlah suatu gabungan parti komponen seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional. Ia cuma sekadar suatu simbol bahawa rancangan mereka untuk menakluk Malayisa adalah dalam suatu saf seperti yang dilakukan oleh Barisan nasional. Namun begitu pada hakikatnya mereka masih tidak mampu duduk dalam saf yang sama disebabkan pandangan serta ideologi yang berbeza.

Kita semua sedia maklum bahawa dasr PAS, PKR dan DAP sangat jauh haluan masing-masing. PAS dengan perjuangan Islam, DAP pula memperjuangkan dasar demokrasi republik manakala PKR pula hanya memperjuangkan reformasi yang sebenarnya bermotifkan dendam.

Apa yang lebih membahayakan ialah DAP lebih menonjol ideologinya berbanding dua parti lain. DAP lebih dianggap sebagai master mind jika dibandingkan dengan PKR dan PAS. Masih ingatkah siapa yang memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim dari penjara? Kenalkah kita dengan Karpal Singh? Seorang peguam merangkap orang kuat dalam DAP. Beliaulah yang banyak membantu Anwar Ibrahim ketika dia dimasukkan ke penjara atas tuduhan rasuah. Anwar Ibrahim banyak terhutang budi dengan DAP.

PAS dan PKR tidak ubah seperti boneka yang dikawal oleh master mind ini. Buktinya ketika Perak dibawah pimpinan PAS, DAP memainkan peranannya sebagai ketua dibalik tadbir dengan mengawal segala keputusan Nizar Jamaluddin selama sebelas bulan pentadbiran PAS. Banyak hak milik negeri jatuh ke tangan kroni-kroni pembangkang terutamanya DAP. Ini telah menimbulkan kemarahan ramai orang awam terutamanya bumiputera atas ketidak seimbangan pentadbiran ini termasuk dari sesetengah penyokong Pakatan Rakyat sendiri.

Kini, tembelang DAP sudah mula semakin jelas kelihatan dengan ketidakseimbangan pentadbiran terhadap penduduk Bumiputera di Pulau Pinang. Semakin banyak suara lantang membantai DAP ekoran kesalahan yang dilakukan. Suatu persoalan yang sedang bermain difikiran kita, adakah DAP mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua seperti mana yang dilakukan oleh PAP ( People action Party)? Apakah nasib bumiputera di Pulau Pinang pada masa akan datang? Inilah yang sedang difikirkan selama ini sejak pentadbiran Pulau Pinang diambil alih oleh DAP. Jika dilihat secara mendalam akan perancangan DAP, mereka berjalan secara menyusur disebalik akar-akar pentadbiran Pakatan Rakyat yang lain. Tanpa kita sedari nanti bahawa sedar atau tak diri kita sudah terbelit dengan helah mereka.

Sebagai orang Islam berbangsa melayu khususnya, terdapat beberapa ancaman yang sedang dirancang oleh DAP untuk menguasai kita semua. Antaranya ialah hak beragama seperti yang terjadi di Singapura sebagaimana yang diseru oleh Lee Kuan Yew agar umat Islam mengurangkan pegangan agama untuk memajukan diri sedangkan untuk umat Islam, agama adalah matlamat utama kita menjana negara. Perkara kedua adalah berkenaan dengan adat Istiadat yang dianggap oleh DAP sebagai penghalang kepada tujuan utama mereka untuk mentadbir. Masih ingatkah kita pada Ngeh Khoo Ham yang sanggup menderhaka Sultan kerana tidak layak dilantik sebagai menteri besar Perak kerana status bangsa (Melayu Islam sahaja yang boleh menjadi menteri besar perak). Perkara ketiga yang akan DAP lakukan ialah cubaan penghapusan kuasa Sultan kerana pada anggapan mereka kuasa pemerintahan hanya layak ditentukan oleh rakyat tanpa ada campur tangan Istana. Perkara-perkara lain ialah pelupusan tulisan jawi di tempat awam dengan alasan tulisan jawi tidak lagi diguna pakai dan merosakkan pemandangan sahaja. Selain itu juga sebarang penggunaan pembesar suara yang dianggap mengganggu orang awam akan dimansuhkan, seperti contoh besar ialah azan waktu solat bagi umat Islam.

Sebagai umat Islam yang masih berpegang teguh pada ajaran suci ini, seharusnya kita pertahankan kedaulatan agama dan bangsa agar tidak dicemari oleh anasir kafir harbi ini. Bersama-samalah kita bersatu padu mempertahankan kesucian Islam di Malaysia. Fikir-fikirkanlan dan renung-renungkanlah. Jangan sampai kita termenung.

artikel seterusnya akan datang :
1. Helah serta taktik DAP yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar rakyat Malaysia.

2. Apakah benar sarang maksiat di Perak (ipoh Barat dan Ipoh Timur) didalangi DAP?
(gambar akan disertakan bersama)