Thursday, November 4, 2010

Galas dan Batu Sapi dimenangi Barisan nasional

Alhamdulillah...Tahniah buat calon Galas dan calon Batu Sapi kerana telah memenangi kerusi DUN masing-masing

Saudara Abdul Aziz dari Barisan Nasional telah memenangi sebanyak 5,324 undi menewaskan calon PAS iaitu saudara Zulkifli yang mendapat undi sebanyak 4,134 dengan majoriti 1190. Terima kasih buat rakyat Kelantan khususnya Galas di Gua Musang atas kepercayaan yang diberi.

begitu juga kepada calon Batu Sapi iaitu Datin Linda yang telah memenangi kerusi DUN dengan jumlah Undi Sebanyak 6,359 undi menewaskan calon SAPP 2,007 undi dan PKR 3,281.

Parang Pedang mengucapkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi atas kemenangan ini. Semoga calon yang telah memenangi kerusi di Kedua-dua kawasan ini dapat melaksanakan tugas dengan penuh saksama.

Parang Pedang melihat ini sebagai suatu petanda keyakinan semula rakyat kepada Barisan nasional. Semoga Barisan Nasional terus maju memimpin negara ke mercu kejayaan.