Sunday, January 10, 2010

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Tun Fatimah.




Al-fatihah buat srikandi Tun Fatimah yang meninggal dunia pada 9 Januari 2010.. Beliau yang dilahirkan pada 25 Disember 1924 di Parit Keroma Muar Johor merupakan wanita pertama menjadi menteri kabinet.


Jasa beliau terhadap negara dalam kebajikan am amat dihargai. Antara sumbangan beliau adalah ketika menjawat jawatan berikut :-

Ahli Jawatankuasa Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat
Ahli Majlis Universiti Malaya
Ahli Jawatankuasa Hospital Assunta
Ahli Jawatakuasa Sekolah Latihan Wanita Ipoh
Ahli Jawatankuasa Perikatan Peringkat Malaya
Ahli Jawatankuasa Majlis Pepaduan Kebangsaan Malaysia
Naib Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah.

semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas roh beliau.Amin.

Saturday, January 9, 2010

Takziah atas kecelakaan pada saudara Nizar. Dari UMNO Rapat Setia

Disini UMNO Rapat Setia nak ucapkan salam takziah buat Saudara Nizar dari parti PAs atas kemalangan yang menimpa beliau...Walaubagaimana pun Saudara Nizar harus sedar bahawa beliau seharusnya bersyukur atas kehendak Allah Taala beliau masih hidup dan hanya mengalami cedera ringan sahaja. UMNO tidak pernah menganggap saudara Nizar sebagai musuh ketat. Oleh yang demikian, UMNO Rapat Setia berharap saudara Nizar berfikir bahawa pertalian sesama saudara Islam itu penting. Hatta sekali pun beliau kemalangan, masyarakat sekitar rela membantu beliau tanpa mengira pandangan politik.










Friday, January 8, 2010

SERUAN DERMA UNTUK PALESTIN

Kita orang UMNO tak mampu turun ke Palestin sebab tambang ke sana tiggi sikit, kita juga perlukan visa dan pasport untuk ke sana....jika dikira semuanya boleh memakan sejumlah beribu ringgit...

Tetapi kita mampu memberikan bantuan lebih dari itu kepada penduduk Palestin....Kita sumbangkan wang kita kepada mereka...untuk sumbangan terus kepada AMAN PALESTIN, sila bank in wang anda ke:

AMAN PALESTIN BERHAD

MAYBANK: 562263010787
BANK ISLAM: 12029010047880
BANK MUAMALAT: 12070005133717

Jika tidak mahu, cukuplah kita sumbangkan sejumlah sedikit sekurang-kurangnya bagi meringankan beban mereka...

Cuma dengan sms sahaja, anda mampu membantu mereka.

1. taipkan PALESTIN -jarak- JUMLAH WANG : Contoh PALESTIN 5 (BERMAKSUD DERMA RM5.00)

2.hantar ke 39111

3. anda akan terima mesej terima kasih dari AMAN PALESTIN.




Wednesday, January 6, 2010

ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH DIDALAM KRISTIAN

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keputusan berkaitan isu kalimah Allah oleh mahkamah tinggi yang dimenangi oleh Herald Catholic. Suatu isu yang amat sensitif serta sangat takut untuk dipersoalkan selama ini telah mula disuarakan secara lantang oleh sesetengah pihak.
Pelbagai alasan yang dikemukakan bagi penyokong penggunaan kalimah ini didalam agama kristian tanpa menghiraukan perasaan umat islam di Malaysia. Pada mereka Kalimah Allah boleh digunakan kerana maksud Allah itu merujuk kepada GOD iaitu tuhan..
Walau bagaimana pun huraian bagi istilah Allah dan GOD diantara Islam dengan kristian amat berbeza kerana pengikut beragama kristian menzahirkan GOD itu kepada tiga kuasa (trinity) iaitu tuhan, anak tuhan dan ruhul qudus (roh suci) sedangkan Allah itu disifatkan sebagai Maha Esa (satu - tiada sekutu dan tidak beranak serta diperanakkan).
Sepatutnya semua pihak terutamanya yang menuntut penggunaan kalimah Allah faham bahawa mereka sedang menjolok sarang tebuan. Umat Islam merupakan suatu umat yang banyak bersabar dengan kerenah yang ditunjukkan oleh agama lain.Adalah dikhuatiri penentangan secara lisan dan tulisn akan bertukar menjadi lebih buruk lagi jika tidak dibendung dengan segera.

Dari surah al-anbia ayat 25 yang bermaksud:

TIADA KAMI UTUSKAN SEORANG RASUL SEBELUM ENGKAU MELAINKAN KAMI WAHYUKAN KEPADANYA BAHAWA SESUNGGUHNYA TIDAK ADA TUHAN SELAIN AKU, SEBAB ITU, SEMBAHLAH AKU.

Dari surah As-shafaat ayat 4-5 yang bermaksud:

SESUNGGUHNYA TUHANMU HANYA SATU. TUHAN LANGIT DAN BUMI DAN APA-APA YANG ADA DIANTARA KEDUA-DUANYA DAN TUHAN BEBERAPA TIMUR.

dari surah al-mukmin ayat 62 yang bermaksud:

ITULAH ALLAH TUHANMU, YANG MENCIPTAKAN TIAP-TIAP SESUATU.TIDAK ADA TUHAN SELAIN DIA, MAKA BAGAIMANAKAH KAMU BERPALING?

Disini sejelas-jelasnya Allah itu satu. Sedangkan Bible mengatakan tuhan itu ada tiga iaitu tuhan, anak tuhan dan roh suci. Bagaimana ingin mereka gunakan kalimah Allah dalam ugama mereka sedangkan maksud tuhan antara dua agama sangat berbeza.

Kita lihat pula didalam kitab bible The Gospel of St. John 20:17 yang menyebut:

"Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudaraKu dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada BapaKu dan Bapamu, AllahKu dan Allahmu."

Jelas sekali lagi disini bahawa Isa (JESUS) juga mengaku bahawa Allah adalah tuhan yang sebenar.Banyak pelanggaran maksud tuhan yang berlaku didalam kristian dan penggunaan kalimah Allah didalam ugama tersebut seperti yang dinyatakan didalam Bible The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut:

Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu".

Ini boleh menyebabkan terpesongnya akidah umat Islam dalam pengertian sebenar istilah Allah sebagai tuhan yang satu. Kita lihat perbezaan pada kedua-dua ayat yang dilampirkan dimana dalam satu perkara Isa mengaku Allah itu Tuhan manakala dalam ayat yang lain pula JESUS dianggap tuhan.

Adalah demikian wajar bagi seluruh umat Islam dan bukan Islam bagi menghalang penggunaan kalimah Allah dalam agama lain demi memastikan perjalanan Islam sentiasa lancar serta mengelakkan pertelagahan isu dari menjadi lebih buruk.Semoga Allah Taala memelihara kita dari kesesatan dan pencabulan terhadap Islam..