Sunday, October 25, 2009

Program larian 1 Malaysia 25 Oktober 2009 telah berjaya

Alhamdulillah, pada pagi tadi 25 Oktober 2009 bertempat di Bandar Seri Botani, Program larian sempena festival 1 Malaysia anjuran Kerajaan Perak dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan telah berjalan dengan jayanya. Penyertaan seramai 700 orang peserta dari pelbagai kaum telah mengambil bahagian tidak kira umur atau jantina.Program yang bermula seawal 7.30 pagi telah mendapat sambutan hangat dari penduduk sekitar Ipoh dan turut disertai oleh peserta dari negeri-negeri lain. acara sampingan seperti senam tari dan pameran anti dadah telah menambahkan kemeriahan program tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak iaitu Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Yang Amat Berhormat Dato Hamidah Osman ADUN Sg. Rapat. Diharapkan agar program ini akan terus dilaksanakan ditempat lain pada masa akan datang.

Thursday, October 22, 2009

artikel penghinaan Sultan oleh PAS

http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&th=3367497&start=0&


Isi kandungan dari laman diatas telah saya copy paste tanpa ada pindaan ayat. sila baca kandungan artikel ini buat pedoman anak melayu.Daulat Tuanku!!!

*************************************************************************
Salam Iman fillah...

majoriti rakyat tidak mengetahui apakah yang sebenar terjadi disebalik kejatuhan kerajaan PR di Perak...maka, renungilah apa yang ana kongsikan ini....bangkit!! bangkit!! bangkit Rakyat!!! Bangkit! Bangkit Islam!!! Hancur!! Hancur BN!!! Allahuakbar!!

kita semua tahu apa yang berlaku di Perak...Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku...

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008...

Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru...

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini...

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini...

dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno...

Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor..Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku...Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri...Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali...Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam...Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana...Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan...

Dan ini menyebabkan Sultan murka...Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru...

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional...Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan...Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru...

Taktik Najib amat mudah...Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda...Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat..Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya..Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan.. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan...

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat...Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri...Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya...

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak...Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri...

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak...Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang...

astaghfirullah..bangkit!! bangkit!! bangkit rakyat!!! bangkit!! bangkit!! bangkit Islam!!! hancur!! hancur!! hancur UMNO!! Allahuakbar!!

salam jihad fisabilillah..
**********************************************************************

Begitu biadab sekali kaum etnik ini dalam mengeluarkan kata2 penghinaan terhadap Sultan.

---------------------------------------------------------------------------
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2009/10/orang-macam-ini-bukan-sultan-beb-dia-tu.html


Baca artikel ini juga, ia diambil dari laman diatas.

Tuesday, October 20, 2009
Orang macam ini bukan Sultan Beb, dia tu SYAITAN.
Sekiranya benar. Saya ulangi, sekiranya benar apa yang dititipkan oleh Raja Petra dalam lelaman webnya Malaysia Today hari ini maka saya berpendapat rakyat Malaysia bukan sahaja tidak perlu menghormati Sultan Perak, malahan manusia bernama Azlan Shah itu patut dihukum gantung sampai mampos.

Saya menderhaka?. Hello, kalau Sultan yang diamanahkan menjaga harta dan kesejahteraan rakyat sudah berperagai macam syaitan dan iblis apakah kita masih perlukan Sultan? Kalau Sultan menipu dan mencabul kedaulatan negeri dan rakyat, apakah rakyat masih ingin terus berdiam diri menjadi bacul membiarkan Sultan bermaharajalela sebagai pengkhianat..!!! Orang macam ini bukan Sultan Beb, dia tu SYAITAN.

------------------------------------------------------------------------

Apakah kita sanggup melihat insan sebegini hidup di bumi melayu ini?

Thursday, October 15, 2009

Program Larian Satu Malaysia 25 Oktober 2009

Larian Satu Malaysia akan diadakan di negeri perak pada 25/10/2009. bagi sesiapa yang ingin menyertainya boleh berurusan dengan saudara Nizal Izham selaku penolong setiausaha UMNO Bahagian Gopeng di talian 013-5843909. bayaran RM 10.00 dikenakan bagi satu penyertaan.


untuk pas....



Monday, October 12, 2009

BN menang di Bagan Pinang



Tahniah kepada BN yang berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan setelah calonnya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435.

BN memperolehi 8,013 undi manakala PAS mendapat 2,578 undi.

Terima kasih diucapkan kepada pengundi yang mengundi parti BN atas kepercayaan yang diberikan. semoga BN akan terus maju dan kekal relevan dimata hati masyarakat Malaysia.

Sunday, October 11, 2009

PENTING !!!!! SILA BACA POSTER INI....




PASTIKAN SETIAP RUMAH DI BAGAN PINANG MEMPUNYAI BUDU UNTUK MEMERANGKAP HANTU-HANTU INI......

Saturday, October 10, 2009

Calon PAS Bagan Pinang ada rekod saman Bank?




Calon PAS kena saman Bank Rakyat???????
Layak ke jadi wakil rakyat? Bank Rakyat pun dah saman dia, apa lagi Rakyat Malaysia? baca artikel tersebut......

Friday, October 9, 2009

BAGAN PINANG DILANGGAR SAMSENG PAS

Tak cukup dengan maki hamunnya, disusun pula bala tentera yang tak pernah kenal erti belas kasihan. seperti apa yang dikatakan oleh media baru-baru ini, seorang warga emas berusia 55 tahun yang berstatus pemastautin di Bagan Pinang telah dipukul oleh penyokong PAS. Hanya kerana menegur atas perkara kecil, beliau dibelasah oleh sekumpulan penyokong PAS seramai antara 5-10 orang.



Perkara tersebut turut disaksikan oleh bekas Menteri Besar Perlis Dato'seri Shahidan Kassim dan beberapa orang penyokong UMNO serta penduduk Bagan Pinang. Kebiadaban PAS turut menyerlah lagi apabila dikhabarkan beberapa ribu orang PAS dari Kelantan, Terengganu dan Perak akan dihantar ke Bagan Pinang bagi menjayakan jihad palsu mereka.



Beberapa gambar menjadi bukti bahawa samseng-samseng PAS dari Kelantan telah mula melancarkan gerakan biadabnya bagi menjamin kemenangan mereka di Bagan Pinang tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk di kawasaitu sendiri. Taktik ini telah mula dilancarkan sejak pembebasan Dato' seri Anwar Ibrahim yang bertindak sebagai 'master mind'. Amalan samseng bukanlah suatu jalan yang sesuai untuk meraih undi penduduk kawasan Bagan Pinang. Oleh sedemikian, adakah mampu bagi PAS memimpin negara mengikut acuan 'filem Tamil' yang menonjolkan budaya samseng? fikir-fikirkanlah tentang masa depan negara yang penuh dengan budaya keganasan.



Sila klik link dibawah ini...saksikan kezaliman samseng PAS terhadap kaum wanita.