Tuesday, July 14, 2009

MANEK URAI...OH.. MANEK URAI...

Kemenangan tipis PAS dan kekalahan tipis UMNO menunjukkan rakyat Manek Urai telah mula membuka minda terhadap kerajaan Barisan Nasional. Mereka tahu bahawa hanya BN sahaja yang mampu membimbing mereka kearah kemajuan. Keputusan rasmi menunjukkan bahawa majoriti undian hanyalah sebanyak 65 mata sahaja dan ini membuka harapan baru kepada Barisan Nasional untuk terus berjuang memperkasakan parti. Perbezaan jumlah undian ini juga menunjukkan bahawa Barisan Nasional masih relevan untuk terus memacu negara. Kita semua tahu PAS amat angkuh apabila menerima kemenangan besar pada PRU ke 12 yang lalu. Pelbagai kutukan dan kata keji yang dilemparkan terhadap UMNO, namun begitu UMNO tetap dengan sikap rasmi padinya yang sentiasa tunduk. Kini penduduk Manek Urai telah mula tahu membezakan mana kaca dan mana satu permata.

Berikut adalah keputusan undian PRK N41 Manek Urai
Mohd Fauzi, 50, memperolehi 5,348 undi manakala Tuan Aziz , 39, mendapat 5,283 undi.